Tuesday, September 13, 2011

MOURN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Al-Fatihah buat arwah, Mohd Aizat bin Razak.
Moga dicucuri rahmat ke atas roh si mati dan moga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman.


Mungkin dulu-dulu kita pernah mengukir kenangan bersama. Sekelas bersama. Satu taman bersama. Satu van bersama. Sekolah agama bersama. Dan mungkin banyak lagi kebetulan-kebetulan kita bersama merapatkan ukhwah bersama.


Tapi kini, tiada lagi...


Bila masa, masing-masing menginjak dewasa.
Masing-masing semakin sibuk dengan urusan dunia.
Kita semakin jarang untuk bertegur sapa. Namun masih ada segugus senyuman bila bertemu.


Allah lebih sayang kan awak.
Mungkin ini adalah perjanjian antara hambaNya dengan Pencipta.

Ijat, kami semua sebagai kawan sangat terasa dengan kehilangan awak. semoga awak tenang di sana.
Amin ya Rabbal ala min.


# Kad raya versi kanak-kanak awak dan ayat-ayat comel  bila awak luah kan perasaan awak kat saya, insha Allah balik nanti saya cari sampai jumpa. Kalau awak ada lagi mesti awak malu kan bila saya usik kenangan kad raya tu. ;) Tapi itu waktu kecil-kecil. Kenangan kecil itu lah memori yang ada bersama awak, kawan !

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tersembunyi di langit dan di bumi.

p/s : saya sedang berkabung.
Terima kasih ibu ada di sisi saya.

Saya sayang ibu juta-juta !

Monday, September 12, 2011

MATURED

Assalamualaikum..salam sejahtera.


Saya mungkin manusia yang kurang matang dalam tindakan.
Juga kurang matang dalam kata-kata.
Terpulang lah untuk menilai siapa pun saya. Sebab sesungguhnya memang saya sedar saya manusia yang serba kekurangan.


Dan saya akan terus berusaha untuk melebihkan berfikir sebelum bertindak.
Kan ke bagus macam tu. ;p

Semoga benda yang baik terus menjadi baik.
Dan semoga benda yang tak baik, boleh ditolak tepi. Jauh-jauh sampaikan tak boleh dikesan dah.

Kepada semua manusia yang mengenali saya yang pernah saya sakitkan hatinya sama ada saya sedar atau di luar sedar. Saya mohon maaf dan mohon agar hidup kalian dipermudahkan hendaknya.

Untuk ibu dan ayah. Maaf untuk semuanya. Anda berdua memang sesungguhnya ibu bapa yang terbaik dalam dunia. ! *nerd word
This your young lady, is very proud if i seen there was a cheesy smiley at urs faces.
IT HEAVEN.!
Sungguh, saya janji untuk ibu ayah semuanya untuk anda berdua.

# There is no word to describe how i love u two.



Dan untuk kakak-kakak.

Hey u girls ! I never seen if others have akin the best sister i ever had. -.-"
Yes admit damn it. hahah...
Lots of thingy we fought for. Lots of thingy i mubbling back both of u.
And lots of thingy i smash back you word along, angah. ;( i am sorry.

Without you both. haihh... i dont have the happiness like i had today.
I might looser infront of u girls, but i am winner infront of ibu ayah. ;p * evil laughing.   Hahah.ok jests only kakak!

#No doubt, i love you too kakak !;)

My only man.
Haihh... malu lah nak tulis panjang-panjang kan.
important too in my life !

ok alls, bye and good night !


Again,
Ibu & Ayah.
Lots of love for you both~

Sunday, September 11, 2011

ONCE IN A BLUE MOON

Assalamualikum dan sejahtera didoakan ke atas kalian.

Im smurfing love tonight !

THANK YOU SO MUCH sa!

I do really-really thanks for you. Ahha, eventhough there's lot of work to done at office, but u are very such a nice man enough to brought me meat the very cutties small-blue mushrooms! * eh awk cuti lah haritu ! so hiperbola je lebih kan.  Ringerbells. Memang best. lagi lah best kan ada awak yang sudi curik-curik bawak saya keluar nak tengok benda alah tu. It cool man! ;)

Haih.. i miss you suddenly this night. Supposely to be we spends a lot of times before im going here. This 'kaki gunung' places. Kan kan kan? Takpolah awak, as long as kita masih lagi bersama untuk lama-lama. Hahah.. im smurfing crazies tonight again. -.-"

ok good night man, and i wish have a great night. !

#Shiny stars in the sky.
Its times to say good night.
May you dream sweetly tonight, hun!

 * awak kan suka dengar saya nyanyi kan?;p then this song i sing for you.  and only you will heard my last voice before sleep. Good bye !

Till then, i love u much bonda.

GLOOMY

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat malam untuk si dinding comot !

Fheww~

Hai there over there ! it getting very long of time i didnt touch you huh?!;)

Macam biasa tajuk entry je dah tau. Mesti kali ni ada cerita yang tak berapa best untuk di contengkan.

Yes, Yes, Yes.

Saya masih belum sambung belajar. Dan saya juga masih belum berkerjaya.

So? ada ke alasan untuk saya rasa sangat gembira sehinggakan boleh bergelak tawa dengan riang ria?

Tentu lah tak da! itu lah turning pointnya untuk tajuk tulisan kali ni.

ok, thats only.
Hahaha. Good bye Baby!

-Love u Bondaaa~

Wednesday, June 29, 2011

brace.

entry untuk si montel saya..

Salam dan selamat sejahtera. 

To my dearest niece. 

I love you girl.

The sweetest way you are. 

HAPPY BIRTHDAY DARLING !
 
you step a year to growth well. 
and i wish everything going smooth for your year.
then, u have to well manner, study hard.
and make sure goals all your excellent studies remain perpetuate for all the year!

Angah and adik try our best to be your nearest models.
Not in ours bad manner. HAHAHA.
but, in our all steps to get the best! 

Then u sweet lady, im proud of your growth.
im proud to have you as my sweetest first baby.
be brace by ur future, then u can grab everything infront of urs.

last my sweet lady ! let us celebrate you today.!

-this mak su, very love you. Nur Fathiyatul Aishah.
Be my best !

absurd.

salam dan selamat sejahtera..

tangan ni sebenarnya tak ada apa yg nak ditaip..tapi memandangkan keadaan kat sini makin baik.jiwa makin pulih..hati makin tenang.  Dan semua semakin baik. Maka, boleh kembali berpoya-poya di ruangan comot ni.

Ahha ! "Kau si comot bertambah comot ya sejak dua kebelakangan ni"

'tak pelah, nnt tuan tanah akan bersih kan balik ok?"

Kat sini, semua yang jadik indah-indah. Alhamdullillah Tuhan.

Nampak tajuk entry kat atas tu sayang? :)

Yup, absurd lah..tak logik dan masuk akal sayang. awak cakap saya remove awak? ye? dan kemudian macam mana lah kalau dah diremove boleh pulak awk nk remove saya, wahai sayang?

OK, macam ni, selalu lah saya tnya kat roomate awk.kenapa lah saya tak boleh nk post komen kat wall awak. selalu pertanyaan tu keluar. awal sebelum semua menjadi semakin kritikal. susah. mmg susah. Saya remove awk, dan saya sangat bodoh untuk tanya kenapa semua nya? Ya, bodohlah saya agaknya. Kan sayang?

Kalau masing-masing pertahankan diri. Masing-masing kata nak betul. Maka, betul lah masing-masing.

Saya tau saya bukan yang baik. Saya tau saya bukannya cukup kuat dalam menahan nafsu marah. Sebab ini adalah diri saya. Marah bila perlu, menangis bila mahu..Saya bukan pura-pura. Yang boleh tersenyum dalam marah. Yang boleh ketawa dalam kecewa. Bukan.

Tapi janganlah kondem saya teruk sangat dalam blog awk. Sebab saya tak da masalah langsung dengan awak.. Jangan keterlaluan sayang.

Walau jadiknya mcm ni, walau jahatnya saya.walau hinanya saya (ye, pandangan awk kan?). Saya tau ni semua salah faham. awak tak nak maafkan saya ya? tak pe..saya tau mmg saya ni kan sejahat-jahat umat. dan sebaliknya pada awak. ;) ya, saya mengaku awak mmg sangat baik pada saya.

Allah susah lah nak berbincang macam ni. awk terlampau keras kepala. isu remove.

     Wallahi, wabillahi, watallahi.


sy tak remove awk.

Hebat awk kan? untuk awak cukup semua sumpah penuh saya lafazkan. :)

Oh lupa, tapi mungkin xcukup lengakap kot.

Yalah, manusia macam saya ni kan.. Hahahah.. Jahat ya? Mulut longkang ya? Yalah yalah yalah. saya lah tu.

Lagi sekali saya ingatkan, jangan cakap saya amik kesempatan atas awak. saya xsuka berhutang budi.

Printer ke yang awak maksudkan?  Printer? wahai sayang. Cukuplah. Saya tau benda tu bukan yang sepatutnya nak awak persoalkan. Awak tau saya macam mana. itu sahaja.

Nak tau? saya memang jahat. Yup! dari Semester 1 sampai semester 6, bukan ke saya memang jahat?

Banyak yang membawa cerita, untuk bukak mata awak kan? siapa saya yang sebenarnya? Tapi...dari dulu smaapi sekarang, benda tu sikit pun tak kjadik kudis. Malah, semakin baik. Siapa yang jahat? Allah mempermudahkan jalan saya. Salah kah saya?

Fikir lah sendiri, awak bijak. akal yang allah kurniakan untuk awak sangat cerdas. Cukuplah, dah malas saya nak panjangkan cerita ni semua. Ya kalau saya bersalah, maka salah lah saya. Kalau jahat saya, maka jahat lah saya. Terpulanglah lah awak untuk menilai siapa saya. Dan untuk gadis yang baik itu juga. Lama sudah saya maafkan awak. Sampaikan semua kenangan kita bersama, dah semua saya campakkan ke mana-mana.

Cukup, jangan provok saya berlebih-lebihan.

Atau,kata ganti diri ini akan berubah. Sekian.


Kau hebat, sampaikan tak boleh memaafkan. Tapi ingat, Allah lagi hebat. Tapi boleh memaafkan.

Kau memang baik, kawan !

Tuesday, June 28, 2011

sarcastic.







-IF YOU ARE READY, LIKE I AM READY.

Monday, June 20, 2011

pembetulan.

assalamualaikum..

lama tak menaip. kan? tapi xpe..perasaan utk melepaskn rindu-rindu menaip ni haruslah ditolak tepi.

ada benda lagi penting perlu ditaip.


Harap kau kawan, baca entry saya ni sampai habis. ye saya harap. sebab awak, dah terlampau jauh salah faham. terlampau jauh mungkin menyimpul dendam. Kerana seorang kawan yg lain. Perlu atau tak, saya tuliskan kan siapa orangnya? Anggap sahaja, itu cerita lama yang dah berhabuk. Tak perlu dibuka. Zaman hingusan, zaman kegelapan.

Kawan, surat ini khas utk awk. ditaip jauh di kaki gunung. Setelah lama masa yang di ambil, dan semakin lama melihat respon yang tidak berbalas.

Kita perlu berbicara.

Bicara seperti orang dewasa. Bukan keanak-anakan yang selalu bergaduh untuk merebut sebatang gula. Walau mungkin kita bergaduh semuanya punca dari akar yang sama,:

KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA.

kita berkawan untuk tempoh yang lama. Kita berkenalan bukan kerana niat yang menyimpang. Tak ada masing-masing berkawan untuk mengambil kesempatan. Sebab, kita berkawan dan tau kelemahan dan kekurangan diri masing-masing. Untuk apa, saya mengambil kesempatan ke atas awk , wahai kawan?


Maaf.
Maaf.
Maaf.
Maaf.


Ye, sgt maaf. Andai ada kesilapan yang dah saya buat sehinggakan awak rasa coretan kemarahan saya tujukan untuk awak. Tidak pernah sekali. Saya tau orang yang banyak membantu saya, macam mana sifatnya. Kita mungkin bukan kawan baik. Tapi pernah kita berkongsi rasa. Kan? Tak perlu untuk menafikan.


Semuanya bermula dgn si dia.

Yup, perempuan hitam manis. Sangat lembut dalam kata-kata.

Tapi sayang...


Kawan..

ape pun salah faham yang terjadi, semoga cepat semuanya kembali. Kita bukan semakin kecil, kita semua semakin dewasa. Semakin perlu untuk matang dalam berfikiran. Maaf, andai sepanjang kita berkawan. Terlampau banyak sudah kata-kata, perbuatan atau segalanya yang dah buat awk terluka hati. Maaf. Buang semua hubungan yg pernah dikongsi. Blok saya, remove saya, xperlu balas segala kenyataan saya. Andai tenang hati awak. dan andai percaya awak pd mereka yang mengatakan yg bukan-bukan mengenai saya. Silakan untuk trs mempercayai ;)

Saya bukan lemah lembut..
yang pandai untuk berbahasa..
yang pandai untuk menarik rambut di dalam tepung..
saya bukan bijak untuk meleraikan kemelut kita berdua.

Sekian. * maaf la, ayat terlampau klasik dan terlampau skema.

2.21pm.
Neverless.

Wednesday, April 27, 2011

Malam dah ni..

Assalamualaikum dan selamat malam .. * entry ditekan jam 3.01 am

Time tangan rajin nak menekan, mula lah semuanya jadi laju. Mana tak laju. Bila rasa bersalah ha mula lah tak sedap jiwa. Silap-silap boleh la meracau kan. Hee..;)


Terus saja lah ke titik.


Saya tau kadang-kadang saya selfish. Kan? Haa.. Tengok, senyap baca tak cakap apa-apa memang nak jawabkan ‘YE, KAU MEMANG SELFISH SAYANG! ‘ elehh... tak kesah pun lah. -.-“


Bila saya ada kerja, memang kepala saya akan jadik kejap je short. ! Terus je mengadap kerja nak selesaikan tanpa fikirkan hal lain-lain. Tak kesah apa pun yang melintang. Apa pun yang membujur. MAAF nak, mak cik tengah sibuk. Tak dapat nak melayan kerenah dan kehendak anak semua.


Tapi, saya kan manusia. Bukan lah alien yang dijadi kan dari Planet Nabula tu. Tak. Saya manusia. Ada hati lagi siap pakej dengan perasaan kan? Dah tu. Saya tau ada juga lah kadang-kadang ada orang yang kuciwa dan berulamkan jantung dengan perangai saya. Dan kadang-kadang jugak mesti kurang puas hati dengan sikap SELFISH saya. Tak de perkataan lain yang sesuai. Hanya reti minta MAAF. MAAF. MAAF. MAAF. Nak buat macam mana, dah kat sekolah dulu pun ajar kan, perkataan yang paling mudah kalau buat salah minta MAAF.


Like i had told already, the most cheapest n reasonable word all person able to say it is : SORRY! *)


Saya bukan Nabi.
Saya juga bukan dari kalangan manusia yang tinggi sifat timbang rasanya.
Saya pun tak lah sangat berbudi bahasa.
Saya juga *lagi sekali. Tak pandai untuk memujuk.


Ha’ah ni lah saya. Jujur ini saya. ! Maaf awak, kalau malam ni awak kurang gemar dan naik marah dengan perangai saya. Saya tau. Nak minta MAAF, tapi saya tak reti nak cakap depan-depan. ¬¬¬-.-” (Saya tak ego eh . tak tak tak. Cuma takut je kalau angin awak tak baik lagi. Saya minta MAAF!

nah ni utk awakkkk!




ehhh jap ! jangan cakap banyak aaaa.. lama dah saya awet kan dia. 4 sem kan? HAHAHA... sebab awak yang bagi. TERIMA KASIH daun keladi, nanti esok saya nak lagi.

Good Nite.!
I miss u Bondaaaa~

3.35 am

Wednesday, April 13, 2011

thanks baby !

assalamualaikum dan slam sejahtera!

mama rasa gembira hari ni. * ape buang tebiat ni aaaa? *)

Hahahah..okey macam ni citanya. Semalam baby vaio saya merajuk satu hari suntuk. Hai puas lah dipujuk dengan pelbagai kaedah dan cara. Sampaikan habes semua kedai laptop seleuruh dunia berdering-dering sebab saya perlu cari penawar untuk mengubati baby comel ni. Sehinggakan semua juga tukang-tukang expert dari seluruh kawasan jajahan dah ditanya. Mana taknya, baby V langsung xnak hidup. Takkan la nak tinggalkan mama dengan jasad awak je. Paling-paling pun say bye ke. Buat perangai ala-ala nak nazak terus ke. Okey lah juga kan. Ni tak.

Ni jawapan diorang:


1) Teha, biasanya hardisk problem kot? xpun mother board.

Ok, bila dengar macam tu . Jiwa da start lah meroyan. Tapi belum sampai masanya saya meroyan lagi lah. Hahah. Diam lagi. Berusah cari penyelesaian lain.

2) Teha, beli laptop baru je lah. Kalau betulkan mesti rosak balik punya.

Then after, air mata mula ngada-ngada nak tumpang bermanja. Dalam hati dah risau macam mana nak susun ayat utk di kasi tau pada ayahanda.

3) Awak dah cabut battery x, then try direct cable je?

Oh tuhan, kalau lah awak tau kan mamat dah berjuta-juta kali betulkan pasang buat benda alah tu berulang kali. No result found.

Last. Nangis sampai mata lebam. Kesian mama tau baby V buat macam ni. Yucks ! (ayat tu sumpah gedik tahap karma ) HAHAHAH. biarlah. do i care? :p


In end, ALHAMDULLILAH. stat buat hal arounding 7. Tapi baby V pulih balik selepas 7 jam dia merajuk .


Dan skhirnya! Yeayyh! you work back very well glooming darling! And i am so happy because u come baack n give me ur chessy smiley. Oh Tuhan. Syukur! Jangan biarkan lagi kesayangan ku ni pergi jauh. dan jangan biarkan dia hilang pada pandanganku.


p/s: Terrible sometimes is awesome. We know how to come foward immediately n fix the problem by ur own. Every people might have their own Bittles n Priority. Then after, smile! u win to resolve it NOOR FATEHA!~ :)

I love you mummy!

Thursday, April 7, 2011

Kawan bukan kawan.

Kenapa cemburu perlu wujud?

Adakah sebab:

1) Awak tak da apa yg orang ada?
2) Awak tak bijak macam orang yang bijak?
3) Atau.. awak xdapat peluang macam mana yang orang lain dapat?

Hmm.. ini lah ragam manusia.

Cuba sehabis baik dah untuk memuaskan hati orang..tapi kalau macam ni jadiknya. Tak pelah. Cukuplah sampai sini untuk semuanya berakhir. Saya tak kan lupa kan awak, sebab awak orang yang pernah tolong saya waktu saya demam dan sakit. Tapi setakat itu sahaja bantuan awak yang paling berjasa dan paling besar yang saya berhutang. Selainnya? sila nyatakan kalau ada. ;)

Pernah status facebook sorang manusia yang saya hormat berbunyi macam ni..;

" Muka suci, tapi hati macam bangkai"




awak tau x, dia tujukan pada siapa? Jarang saya nak bersuara bila berlaku perkara yang menyakitkan hati. Hampir 6 sem, banyak yang saya pendam . Sebab bagi saya, selagi mana saya belajar sungguh-sungguh saya malas untuk masuk campur dalam hal semua orang. Cakap lah apa yang nak di cakap. Janji saya belajar, saya makan, saya balik rumah, saya ada duit untuk belanja. Cukup Mudah kan? Saya tak mintak pun duit awak walau sesen$ untuk terus hidup kat sini. Sebab saya xmau menyusahkan kawan2 saya. Saya tau keadaan kewangan awak macam mana.

Tapi, makin saya diam makin awak melampau. Petang semalam, terbongkar semua cerita. Saya tak mintak semua tu. Tapi, akhirnya Dia buka semua cerita yang menyakitkan dah awak buat, kat rumah Allah sendiri. Susah saya nak percaya sampai macam ni sekali awak tikam saya.

Ada saya mengamuk pada awak? Ada saya jumpa awak terus bagi penampar kat mulut comel awak tu? Ada ke awak? xda kan? Takkan sesekali saya ungkit apa yang dah saya tolong awak. Sbb tu semua benda bodoh. Cuma harapan saya. Berubahla awak.

Kawan yang tolong kita, jangan sekali awak buat musuh. Jangan depan saya awak cakap lain. Belakang saya awak cakap lain. Sumpah! Perit saya nak tengok muka awak sekarang ni. Lagi pulak, kedudukan kita sangat hampir.


Awak lembut, semua orang percaya pada awak. Cakaplah apa pun, gaya awak sebagai seorang kawan yang baik memang akan terserlah. 30 orang yang bercakap dengan awak, mungkin hanya 1 atau 2 orang je takkan percaya pada awak. Selainnya, semua akan lega lepas dengar cerita awak kan?


Saya, memang xkan faham kenapa awak buat saya macam ni. Sedih awak. Tak pernah saya anggap awak yang bukan-bukan. Tapi kenapa macam ni yang awak buat saya? Saya xkacau hidup awak. Walau saya tau awak macam mana. Saya xpernah dedahkan kehidupan sosial awak. Walau saya tau awak macam mana.


Apa yang awak nak saya buat?

Tampar muka awak? mcam tu yg awk nak? Maaf lah. Saya takkan buat benda tu semua. Tunggu hari terakhir di sini. awak akan kenal diri saya mcm mana. Tolong berubah demi masa depan awak. Itu sahaja harapan saya.

Ingat, satu hari saya yakin awak akan datang kepada saya. Dan akan mengaku atas apa yang awak dah buat. Sekian. Saya tak kan anggap awak kawan saya. itu perkataan yg awak ucapkan pd orang lain kan? semata-mata sebab nak mneyelamatkan diri awak. Awak memang hati busuk.

Sunday, March 27, 2011

Tahniah kawan.

Assalamualaikum w.b.t..

Hai dinding comot. Perlu sy terus menulis. :) Sbb dah lama xmenulis. So, kena lah teruskan menulis. Sigh! Mode hari ni, agak kecewa. Ohh bukan sebab putus cinta. Bukan jugak sebab hilang kawan. Tapi sebab yang utama, kawan baik saya dah dapat peluang yang lebih baik dari apa yang saya mahu kan.

TAHNIAH AWAK!

Jujurnya, saya gembira. Tapi sebelah side yang lain, saya berduka. Gembira sebab akhirnya, awak menghampiri ke garisan yang saya impikan. Dukanya, bila saya masih menunggu. Belum lagi menemukan garisan yang diimpikan tu. Bayang pun masih belum kunjung tiba. :(

"Tuhan, berikan aku sedikit lagi kesabaran. Untuk aku sama mengucap syukur atas rezekiMu. Untuk aku sujud dan mengucapkan betapa aku sangat perlukan bantuanMu Ya Allah. Bukan aku tidak bersyukur untuk setiap usaha yang aku semai, dan Alhamdullilah aku beroleh ganjaran atas usaha-usaha tersebut. Namun,aku perlu lebih berusaha untuk dapatkan tempat yang terbaik bagi masa depan ku sendiri. Ya Rabb, temukan aku dengan ketenanganMu. Moga aku masih sabar untuk terus menunggu."

Awak, TAHNIAH. terasa macam awak akan pergi jauh dari saya. Terasa macam awak akan tinggalkan bumi Malaysia. dan tak kan lagi berpaling untuk diri saya. Tapi, saya yakin.! :) Kalau betul ini rezeki awak, Insya Allah masa depan yang awak simpulkan untuk bersama saya semakin kunjung tiba kan?*) Insya Allah. Ameen..

Saya tak kan mengeluh untuk setiap peluh yang keluar untuk saya belajar. Sampai lah ke tahap ini. Macam yang ibu,ayah dan jugak awak pesan. Insya Allah. Saya sayang awak sebab awak lah kawan dunia dan akhirat saya. Tolong pimpin saya untuk menjadi lebih baik. Saya tau saya boleh percaya kan awak. Walau jauh ke depan mana saya pergi, saya masih takut kan api milikNya. Pimpin saya ya awak?

Okey, saya tau awak tak mampu baca. Sebab awak kan tak de internet connection sekarang! HAHAHA. oklah awak. Semoga berjaya. Awak berjaya saya gembira. SEBAB...awak kawan saya mmg saya tak kan lupa kan walau sesaat. :)

Tapi..

saya menyayangi awak kerana pegangan awak. Dan saya juga menyayangi awak kerana agama awak. Saya tau awak berbeza dari yang dulu. Kerana kesabaran awak saya menyayangi awak. :)

Bila pergi jauh-jauh. Jangan tinggalkan saya. Time temuduga untuk semakin jauh dari saya dah dekat. Tolong jangan ingat kan saya. :'( I want what u have. Eagerly. Harapnya, saya juga mampu diberi rezeki tersebut. Insya Allah.

AGAIN. TAHNIAH! s

p/s: saya cemburu kan kejayaan awak.

Selamat Malam.!
0805 pm. I love u mom!

Saturday, February 26, 2011

marble n horrible?

salam n gud morning.

boleh xtolong faham saya? tolong la faham..boleh x eh?
kalau saya cakap saya taknak maksudnya saya nak. kalau saya betul cakap saya nak mmg lah saya akan nak. kenapa tinggalkan saya? penat la mcm ni punya game.! dah cukup tanam baik-baik dah. kalau xjaga terus mati . adoi3 farmville! (kau menjadi kegilaan ku! ) hahahah..

nitey! is not happy.

dawn is yawn.

assalamualaikum..


sebelum saya perlu ke sana esok dan merealease kan tensyen puas2. saya perlu lah harus siapkan sikit bacaan kes ni okeyyy.. tapi sorg2 saja lahh! tiada siapa mau teman meh. kenapa kah? biasa la kot kalau hidup single mingle ni kan. sob sob sob.. sabar sajalah limah.;) (kalau ada anak toke minyak yang datang pinang kau terima saja sambil senyum2 kambing ye! sbb pasni xya berendam air mata peruk kan hati kau yg selalu nak terkecik-kecik tu)hahahha..

okey-okey kembali serius nih. saje tgn menaip hilangkan kuciwa hilangkan segala bagai rase yg bersarang. persetankan semua nya! (wah bahasa agak kejam sikit kan) huahuahua..

baiklah. announcement ni! mokcik mokcik pokcik pokcik semua mari sini semua saya si wanita dan gadis melayu terakhir ni mahu bagi job baik pada makcik pokcik semua!hahaha.. kalau rasa ada anak dara yang mau kawin, meh saya kasik kan tolong adjust jodoh untuk anak anda! ye begini. saya ada sorang kawan. beliau sangat baik sangat-sangat okey.. meletup 5 bintang punya lah sifat terpuji yang dia ada! tambah muka pulak mokcik pokcik jangan risau sangat. comfirm dapat cucu comel-comel belaka. so boleh sini saya tolong kasik edar kan borang. heheh.. msti tnya-tnya dan sambil garu kepala kan kan kan. apa kejadah la si pateha ni nk adjust kan kawan kau tu pada anak ktorang? ye laaa... org yang baik haruslah jodoh baikk jugak mokcik oi oi!

hmm. alkisah nnti lah sampai si tu dulu.. saya perlu sambung layan hati ni. eh layan hati ke? silap-silap. perlu sambung study KOT. ngeh3.. selamat malam semua. kembali jumpa bila saya ni free2 ye!

/ saya perlukan dia. tapi buat masa ni. biarlah semua berjalan sendiri. if fix is become more worst, then till i just wait. gud nite babe.

*1.47am.

Friday, February 25, 2011

kembali pulang.

assalamualaikum.. dan selamat petang.

kalau saya xde readers pun sy xape. tapi yg penting saya masih ada awak si dindig comel. lama xmenjenguk lama juga x menconteng. ok itu xjadi masalah. :p

utk memulakan semula, dah jadi macam benda yang asing. tapi pun xapa juga kan? sbb ini dinding saya, punya suka saya lah! hehehhe..

nanti selepas semua selesai akan mula menulis lagi. sebab masih banyak benda yang tertunggak. bye2 si dinding comot!

Till then, wassalam. ;)