Wednesday, July 29, 2009

i love you..

yersterday, went to johor.very tired..

but still energetic..(^-,)

shopping kat pacafic.sangat seronok!

next, feeding my stomach kat nasi beriani mad shah. i suggest to all malaysian, try his very bumped recipe..two thumbs up palls!especially, plus with daging kambing..ergh..still flowed my mouth watering..hahahah..

pastu, jejalan lagi..act, plan nk g waterfall bukit perdana. But, unfortunately my mum lak pkai jubah.so, the plan is off! xpe2..still have another day.. before terlupe, the scenery sangat2 menarik..coz kat situ gk ade resthouse Sultan Johor. Take 5 minutes, and guess by ur own medulla how fascinating is it!

Kemudian our short trip still continueing, berjalan mencarik cempedak goreng.Sound crazy huh?! tp tu lah yg jadik..hahah..last2 cempedak xjumpe tp lain yg dpt..

Stop kat jambatan maharani n trying mee bandung muar..Even dah bnyk kali try n da bnyk kdai test, muar mee bandung still the best~ kalah mee udang kat Kuala Sepetang,Perak pnya dan Char Kueh Teaw Penang (in my next post later, nnti ade cte kat sne lak k)

Hahaha..sambil tgk sunset sambil mkn mee bandung sambil sedut milo tabur..fheww!No words can describe how great the moment i grab..huhuh..lagi pulak tuh g ngn ibu n ayah..plus y terkurang sikit my lovey dovey sistaz xde..Watever pun i still be my parents tailing..Ngee~

Perut da kenyang, dan bergerak untuk pulang..sangat2 mengantuk..on my way back pun hujan turun gn lebatnye..ditambah aircond yg kuat..Memula dgr lagi ibu ayah berborak2..Next 15 minutes later..all i see at the time is sorrow n narrow~ Zzzzzzzzzzzzzz......

Ok lah, still bnyk lg post yg nk dicrtekan..nk hang out nih..daa..

Salam 5 semanis iman..

Tuesday, July 28, 2009

Besh juga!dpat kain dah untuk dibuat baju..wawaawawa~

sangat sayang pada mereka berdua..

akhirnye di gedung itu juga kain yg menjadi perhatian utk di sarung pada hari raya pertama telah dpt dirampas di tgn mamat bangla yg bertindak selaku promoter..

tp..shit!care pandangan die sungguh2 menikam kalbu..ape die igt org nk kebas ke gedung kain milik employer die tuh..dah le tu..smcm je jdk tailing nk mngekor ke mane org pg..

nnti sambung lagi..ade kje nk buat..

p/s: mamat dia ats berada di euro moda!sape2 yg berminat sila tembak beliau!

Saturday, July 25, 2009

"Hidup ini indah"

  • Ini berita yg mengejutkan lagi!
  • hahaha...hati ini sangat gumbira...tersangat2 lah!~ lalaallalla..
  • kerana..jeng..jeng..jeng..Ikuti lah seterusnye punye entry k..

Dlm around kul 11 lebih td, ttbe hanset berbunyi..mesej berbunyi..

  1. "salam,cuti mungkin seminggu,alasan:air xde.nk turun bwh utk perjumpaan blok"
  2. "Sure!cuti seminggu,selamat bercuti!"
  3. "Awk2!comfirm cuti seminggu"
  4. "Hey there,dont come back k, leave for a week" (foreigner student)
  5. "Teha,dgr nie..cuti samapi 2 hb 8.jgn panik dan jgn gembira sgt ye (pesanan dr exco dakwah mpp)
  6. "Munchie, da tau lOm berita?kte dpt cuti tau start esok till 2nd august"

Dan ,msg2 seterusnya..xlarat la nk type kn sume2..heheh..

Itu lah yg tersangt mnegembirakan hati ini..wewewewe~

ok,lets come to the main point..sebenarnye cmni..yg sgt mngembirakan hati coz td time nk balik..Ya allah!kemain payah lagi..ayah sampai kne call cik baharom yg bertindak sbgai dekan akademik,next to the dekan api lak and last to puan marina selaku puan peguam..kuikuikui..Ni sume sbb kekecohan yg berlaku kat kolej paling elit kat melka ni lah!huh!sungguh dasat sungguh serangan wabak influenza a nih..

Sampai kan td ade bebudak yg terpaksa mengalirkan air mata semata-mata kes nk pujuk pak guard bg balik..Cish!Berkemampuan besar diorng nih..hahaha.yg pasti guard2 da dlatih xtermkn lagsung ngn segala bentuk rayuan..Kesian korg budak~ :)

Oklah,stop utk berfikiran hanky panky (walaupun mmg da otak ke arah tu)

hahah..cmnih,utk korg sume kat luar sne..jge kshtn bnyk2..jgn biarkan diri terdedah dgn sebarang bentuk bahaya..xkesahla bahaya kat diri ke bahaya kat org lain ke..asalkan jge dr bebaik..manfaat kan cuti2 nih dgn bnde2 yg berpaedah..As an example: Membeli belah di shopping, meninjau2 ke Hush Puppies utk persediaan raya nih atau pun pg ke libry menambah ilmu di dada (eiceh!kemain la nerd pula ye) bg sape yg berminat nk tambah duit utk raya nnti, leh kot kalau korg try mntk kje kat mydin..(^^,)

heheh, last not least peeps,jaga diri jaga kesihatan jaga iman jaga maruah jaga akhlak dan jaga barang2 yg ada pd dr kita semua okeh..Amanah Allah tu..oklah geng.papai~

Salam 5 semanis iman..Adios..

Friday, July 24, 2009

semalam yg mengemparkan..



  • Semalam sgt mengejutkan..kenapa?


  • Sebabnya....tiba2 perintah curfew dikuatkuasakan..mengapa?


  • HAH!ni la nk ckpnya...wabak binatang paling hina tu dah dtg cm angin sepoi2 bahasa menyinggah kejap kolej kediaman yg paling mewah di abad ni..apa yg jadik?


  • tepat pukul 15:43, maka dengar lah gegak gempita budak2 kat rumsis usman, omar, hussin menjerit2 dan merayu2 kami semua turun ke ruang bawah apartment mewah tu..sebab apa?


  • Orang dari kementerian kesihatan dtg n nk bwt saringan kesihatan..tapi mak aih..suasana tenang sebelum ni bertukar jadik satu keadaan yg sngt2 luar biasa..hiruk pikuk gle..ala2 dlm cte recording (kuarintin gk, tp sbb virus zombie)..ahax3~ nsb baik ni baru sbb ade kes suspek je..


  • Oleh itu,(ayat buku) berduyun-duyunlah semua siswi beratur panjang bwh apartmen saidina omar.Yg memeranjatkn sekejap, kwasn larangan rumsis siswi yg before ni jadik area haram buat siswa ttbe penuh dgn kaum adam tuh..


  • So, hahahah...ramai ktorg pakat mengendap bebudak lelaki ni..nGEE~


  • bukan selalau pun dan tak penah lagi sepanjang masuk sekolah elit nih ade kes dan suasana cmtu..amek kesempatan jp je..wewewew~


  • Yg tahan adik junior kat uma dengan siap berlipstik nye meninjau2 carik jantung pisang die gle siap promote uma..dahla cm kilang buat kasut uma tuh..wawaaawa~


  • So, tu lah kjenye ktorg yg mnjdk paparazi jp dengan keadaan gelabah+kelam kabut+cemas+tak terkawal dengan insiden yg terjadik semalam..Kenangan gk la even cm npk sengal2 je nk excited dgn atmosfera curfew..wee~ Do i care?!


  • Tgn da letih menaip..nk berehat..huhuhu~

Monday, July 20, 2009

::Saya yg Keletihan::


haish...sgt penat..terkejar2 dari libry ke sana sini..lalu saja m gagahkan diri singgah ke makmal komputer yg serba canggih ni..heheh...ape nk bwt lg ek pasni..rasenye carik mkn kemudian siap2 kan diri untuk ke klas yg seterusnya kul 2 ptg jp lagi..aiyak... sampai la ke kul 6 kng..Malam lagi..Sesungguhnya masa untuk membenih telah tiba.Oleh itu jgn merungut untuk merasai kemanisannya pada masa akn dtg.. nGEE~
Sebenarnya dtg ke sini pun sbb mcrk bahan assgmnt smbil2 mngetuk papan keyboard ni..sambil2 tu lah jugak mengambil kesempatan yg ada..hahaha..inilah kehidupan.untuk berjaya bkn mudah..apa yg ada depan mata kt jadikkan sebagai salah satu turning point.ala2 untuk survive kat dlm hutan haa apa yg ada tu yg kt mkn. (^^,) So..alkisahnya cmni lah..mgu dpn nk kne submit dah ayahanda Ustat Zul punya asgmnt. Sahih Bukhari pulak tu..mana la nk dicariknya. Pg ke libry..mmg bnyk.Tapi, SEMUA RUJUKAN DLM ARAB. Sungguh bahasa Al-Quran tu kan bahasa mulia. Kalau xmaster mcm mne nk teruskan hidup nih..alahai..terpaksa la crk guru untuk mngtranslate kannya.
Nsb bk dah ada seseorang dlm fikiran untuk bantu.Ok lah masa untuk mngundur diri. Kalau ada masa yg terluang lagi ada la post baru akn muncul.Heheh.. Salam 5 semanis iman..

Sunday, July 19, 2009

KATA-KATA HIKMAH..

PERPISAHAN
Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan - seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.

KATA TERINDAH
Kata yang paling indah di bibir umat manusia adalah kata ‘Ibu’, dan panggilan paling indah adalah ‘Ibuku’. Ini adalah kata penuh harapan dan cinta, kata manis dan baik yang keluar dari kedalaman hati.

SAHABAT SEJATI
Tidak ada sahabat sejati yang ada hanya kepentingan.

PERSAHABATAN
Persahabatan itu adalah tanggungjawaban yang manis, bukannya peluang.

SULUH HIDUP
Tuhan telah memasang suluh dalam hati kita yang menyinarkan pengetahuan dan keindahan;berdosalah mereka yang mematikan suluh itu dan menguburkannya ke dalam abu.

PENYAIR
Penyair adalah orang yang tidak bahagia, kerana betapa pun tinggi jiwa mereka, mereka tetap diselubungi airmata.
Penyair adalah adunan kegembiraan dan kepedihan dan ketakjuban, dengan sedikit kamus.
Penyair adalah raja yang tak bertakhta, yang duduk di dalam abu istananya dan cuba membangun khayalan daripada abu itu.
Penyair adalah burung yang membawa keajaiban. Dia lari dari kerajaan syurga lalu tiba di dunia ini untuk berkicau semerdu-merdunya dengan suara bergetar. Bila kita tidak memahaminya dengan cinta di hati, dia akan kembali mengepakkan sayapnya lalu terbang kembali ke negeri asalnya.

SUARA KEHIDUPANKU
Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.

KEINDAHAN KEHIDUPAN
Keindahan adalah kehidupan itu sendiri saat ia membuka tabir penutup wajahnya. Dan kalian adalah kehidupannya itu, kalianlah cadar itu. Keindahan adalah keabadian yag termangu di depan cermin. Dan kalian; adalah keabadian itu, kalianlah cermin itu.

RUMAH
Rumahmu tak akan menjadi sebuah sangkar, melainkan tiang utama sebuah kapal layar.

PUISI
Puisi bukanlah pendapat yang dinyatakan. Ia adalah lagu yang muncul daripada luka yang berdarah atau mulut yang tersenyum.

NILAI
Nilai dari seseorang itu di tentukan dari keberaniannya memikul tanggungjawab, mencintai hidup dan pekerjaannya.

PENDERITAAN
Penderitaan yang menyakitkan adalah koyaknya kulit pembungkus kesedaran- seperti pecahnya kulit buah supaya intinya terbuka merekah bagi sinar matahari yang tercurah.
Kalian memiliki takdir kepastian untuk merasakan penderitaan dan kepedihan. Jika hati kalian masih tergetar oleh rasa takjub menyaksikan keajaiban yang terjadi dalam kehidupan, maka pedihnya penderitaan tidak kalah menakjubkan daripada kesenangan.
Banyak di antara yang kalian menderita adalah pilihan kalian sendiri - ubat pahit kehidupan agar manusia sembuh dari luka hati dan penyakit jiwa. Percayalah tabib kehidupan dan teguk habis ramuan pahit itu dengan cekal dan tanpa bicara.

SAHABAT
Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau subur dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian.

SIKAP MANUSIA
Jauhkan aku dari manusia yang tidak mahu menyatakan kebenaran kecuali jika ia berniat menyakiti hati, dan dari manusia yang bersikap baik tapi berniat buruk, dan dari manusia yang mendapatkan penghargaan dengan jalan memperlihatkan kesalahan orang lain.

DUA HATI
Orang yang berjiwa besar memiliki dua hati; satu hati menangis dan yang satu lagi bersabar.

HUTANG KEHIDUPAN
Periksalah buku kenanganmu semalam, dan engkau akan tahu bahwa engkau masih berhutang kepada manusia dan kehidupan.

INSPIRASI
Inspirasi akan selalu bernyanyi; kerana inspirasi tidak pernah menjelaskan.
POHON

Pohon adalah syair yang ditulis bumi pada langit. Kita tebang pohon itu dan menjadikannya kertas, dan di atasnya kita tulis kehampaan kita.

FALSAFAH HIDUP
Hidup adalah kegelapan jika tanpa hasrat dan keinginan. Dan semua hasrat -keinginan adalah buta, jika tidak disertai pengetahuan . Dan pengetahuan adalah hampa jika tidak diikuti pelajaran. Dan setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak disertai cinta

KERJA
Bekerja dengan rasa cinta, bererti menyatukan diri dengan diri kalian sendiri,dengan diri orang lain dan kepada Tuhan.
Tapi bagaimanakah bekerja dengan rasa cinta itu ? Bagaikan menenun kain dengan benang yang ditarik dari jantungmu, seolah-olah kekasihmu yang akan memakainya kelak.

LAGU GEMBIRA
Alangkah mulianya hati yang sedih tetapi dapat menyanyikan lagu kegembiraan bersama hati-hati yang gembira.

KEBEBASAN
Ada orang mengatakan padaku, “Jika engkau melihat ada hamba tertidur, jangan dibangunkan, barangkali ia sedang bermimpi akan kebebasan.”
Kujawab,”Jika engkau melihat ada hamba tertidur, bangunkan dia dan ajaklah berbicara tentang kebebasan.”

ORANG TERPUJI
Sungguh terpuji orang yang malu bila menerima pujian, dan tetap diam bila tertimpa fitnah.

BERJALAN SEIRINGAN
Aku akan berjalan bersama mereka yang berjalan. Kerana aku tidak akan berdiri diam sebagai penonton yang menyaksikan perarakan berlalu.

DOA
Doa adalah lagu hati yang membimbing ke arah singgahsana Tuhan meskipun ditingkah oleh suara ribuan orang yang sedang meratap.

PENYIKSAAN
Penyiksaan tidak membuat manusia tak bersalah jadi menderita: penindasan pun tak dapat menghancurkan manusia yang berada di pihak Kebenaran: Socrates tersenyum ketika disuruh minum racun, dan Stephen tersenyum ketika dihujani dengan lemparan batu. Yang benar-benar menyakitkan hati ialah kesedaran kita yang menentang penyiksaan dan penindasan itu, dan terasa pedih bila kita mengkhianatinya.

KATA-KATA
Kata-kata tidak mengenal waktu. Kamu harus mengucapkannya atau menuliskannya dengan menyedari akan keabadiannya.

BICARA WANITA
Bila dua orang wanita berbicara, mereka tidak mengatakan apa-apa; tetapi jika seorang saja yang berbicara, dia akan membuka semua tabir kehidupannya.

KESEDARAN
Aku tidak mengetahui kebenaran mutlak. Tetapi aku menyedari kebodohanku itu, dan di situlah terletak kehormatan dan pahalaku.

ILMU DAN AGAMA
Ilmu dan agama itu selalu sepakat, tetapi ilmu dan iman selalu bertengkar.

NILAI BURUK
Alangkah buruknya nilai kasih sayang yang meletakkan batu di satu sisi bangunan dan menghancurkan dinding di sisi lainnya.

MENUAI CINTA
Manusia tidak dapat menuai cinta sampai dia merasakan perpisahan yang menyedihkan, dan yang mampu membuka fikirannya, merasakan kesabaran yang pahit dan kesulitan yang menyedihkan.

KEHIDUPAN
Sebab kehidupan tidak berjalan mundur, pun tidak tenggelam dimasa lampau.

KERJA
Kerja adalah wujud nyata cinta. Bila kita tidak dapat bekerja dengan kecintaan, tapi hanya dengan kebencian, lebih baik tinggalkan pekerjaan itu. Lalu, duduklah di gerbang rumah ibadat dan terimalah derma dari mereka yang bekerja dengan penuh suka cita.

SELAMATKAN AKU
Selamatkan aku dari dia yang tidak mengatakan kebenaran kecuali kalau kebenaran itu menyakiti; dan dari orang yang berperilaku baik tetapi berniat buruk; dan dari dia yang memperoleh nilai dirinya dengan mencela orang lain.

CINTA
Salahlah bagi orang yang mengira bahwa cinta itu datang kerana pergaulan yang lama dan rayuan yang terus menerus.
Cinta adalah tunas pesona jiwa, dan jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat, ia takkan tercipta bertahun-tahun atau bahkan abad.

CINTA
Ketika cinta memanggilmu maka dekatilah dia walau jalannya terjal berliku, jika cinta memelukmu maka dakaplah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu.

CINTA
Cinta tidak menyedari kedalamannya dan terasa pada saat perpisahan pun tiba. Dan saat tangan laki-laki menyentuh tangan seorang perempuan mereka berdua telah menyentuh hati keabadian.

CINTA
Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia kerana cinta itu membangkitkan semangat- hukum-hukum kemanusiaan dan gejala alami pun tak mampu mengubah perjalanannya.

CINTA
Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini, pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang

ATAS NAMA CINTA
Jangan kau kira cinta datang dari keakraban yang lama dan pendekatan yang tekun. Cinta adalah kesesuaian jiwa dan jika itu tak pernah ada, cinta tak akan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad.

CINTA YANG BERLALU
Cinta berlalu di depan kita, terbalut dalam kerendahan hati; tetapi kita lari daripadanya dalam ketakutan, atau bersembunyi di dalam kegelapan; atau yang lain mengejarnya, untuk berbuat jahat atas namanya.

CINTA LELAKI
Setiap lelaki mencintai dua orang perempuan, yang pertama adalah imaginasinya dan yang kedua adalah yang belum dilahirkan.

TAKDIR CINTA
Aku mencintaimu kekasihku, sebelum kita berdekatan, sejak pertama kulihat engkau.
Aku tahu ini adalah takdir. Kita akan selalu bersama dan tidak akan ada yang memisahkan kita.

CINTA PERTAMA
Setiap orang muda pasti teringat cinta pertamanya dan mencuba menangkap kembali hari-hari asing itu, yang kenangannya mengubah perasaan direlung hatinya dan membuatnya begitu bahagia di sebalik, kepahitan yang penuh misteri.

LAFAZ CINTA
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana… seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu… Aku ingin mencintaimu dengan sederhana… seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.

LAFAZ CINTA
Jangan menangis, Kekasihku… Janganlah menangis dan berbahagialah, kerana kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah… kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.

KALIMAH CINTA
Apa yang telah kucintai laksana seorang anak yang tak henti-hentinya aku mencintai… Dan, apa yang kucintai kini… akan kucintai sampai akhir hidupku, kerana cinta ialah semua yang dapat kucapai… dan tak ada yang akan mencabut diriku dari padanya

CINTA DAN AIRMATA
Cinta yang dibasuh oleh airmata akan tetap murni dan indah sentiasa.

WANITA
Seorang wanita telah dilengkapi oleh Tuhan dengan keindahan jiwa dan raga adalah suatu kebenaran, yang sekaligus nyata dan maya, yang hanya bisa kita fahami dengan cinta kasih, dan hanya bisa kita sentuh dengan kebajikan.

BANGSA
Manusia terbahagi dalam bangsa, negara dan segala perbatasan. Tanah airku adalah alam semesta. Aku warganegara dunia kemanusiaan.

KESENANGAN
Kesenangan adalah kesedihan yang terbuka bekasnya. Tawa dan airmata datang dari sumber yang sama.
Semakin dalam kesedihan menggoreskan luka ke dalam jiwa semakin mampu sang jiwa menampung kebahagiaan;

WARISAN
Manusia yang memperoleh kekayaannya oleh kerana warisan, membangun istananya dengan yang orang-orang miskin yang lemah.

RESAH HATI
Jika manusia kehilangan sahabatnya, dia akan melihat sekitarnya dan akan melihat sahabat-sahabatnya datang dan menghiburkannya. Akan tetapi apabila hati manusia kehilangan kedamaiannya, dimanakah dia akan menemukannya, bagaimanakah dia akan bisa
memperolehinya kembali?

JIWA
Tubuh mempunyai keinginan yang tidak kita ketahui. Mereka dipisahkan kerana alasan duniawi dan dipisahkan di hujung bumi. Namun jiwa tetap ada di tangan cinta… terus hidup… sampai kematian datang dan menyeret mereka kepada Tuhan.

LUAHAN
Setitiss airmata menyatukanku dengan mereka yang patah hati; seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaanku dalam kewujudan… Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan…dari aku hidup menjemukan dan putus asa.

LAGU KEINDAHAN
Jika kamu menyanyikan lagu tentang keindahan, walau sendirian di puncak gurun, kamu akan didengari.

DIRI
Dirimu terdiri dari dua; satu membayangkan ia mengetahui dirinya dan yang satu lagi membayangkan bahawa orang lain mengetahui ia.

TEMAN MENANGIS
Kamu mungkin akan melupakan orang yang tertawa denganmu, tetapi tidak mungkin melupakan orang yang pernah menangis denganmu.

PEMAHAMAN DIRI
Orang-orang berkata, jika ada yang dapat memahami dirinya sendiri, ia akan dapat memahami semua orang. Tapi aku berkata, jika ada yang mencintai orang lain, ia dapat mempelajari sesuatu tentang dirinya sendiri.

HATI LELAKI
Ramai wanita yang meminjam hati laki-laki; tapi sangat sedikit yang mampu memilikinya.

PENULIS
Kebanyakan penulis menampal fikiran-fikiran mereka yang tidak karuan dengan bahan tampalan daripada kamus.

HARTA BENDA
Harta benda yang tak punya batas, membunuh manusia perlahan dengan kepuasan yang berbisa. Kasih sayang membangunkannya dan pedih peri nestapa membuka jiwanya.

OBOR HATI
Tuhan telah menyalakan obor dalam hatimu yang memancarkan cahaya pengetahuan dan keindahan; sungguh berdosa jika kita memadamkannya dan mencampakkannya dalam abu.

KESEPIAN
Kesepianku lahir ketika orang-orang memuji kelemahan-kelemahanku yang ramah dan menyalahkan kebajikan-kebajikanku yang pendiam.

KEABADIAN PANTAI
Aku berjalan selalu di pantai ini. Antara pasir dan buih, Air pasang bakal menghapus jejakku. Dan angin kencang menyembur hilang buih putih. Namun lautan dan pantai akan tinggal abadi

MEMAHAMI TEMAN
Jika kamu tidak memahami teman kamu dalam semua keadaan, maka kamu tidak akan pernah memahaminya sampai bila-bila.

MANUSIA SAMA
Jika di dunia ini ada dua orang yang sama, maka dunia tidak akan cukup besar untuk menampung mereka.

MENCINTAI
Kekuatan untuk mencintai adalah anugerah terbesar yang diberikan Tuhan kepada manusia, sebab kekuatan itu tidak akan pernah direnggut dari manusia penuh berkat yang mencinta.

CERMIN DIRI
Ketika aku berdiri bagaikan sebuah cermin jernih di hadapanmu,
kamu memandang ke dalam diriku dan melihat bayanganmu. Kemudian kamu berkata,
Aku cinta kamu.
Tetapi sebenarnya, kamu mencintai dirimu dalam diriku

KEBIJAKSANAAN
Kebijaksanaan tidak lagi merupakan kebijaksanaan apabila ia menjadi terlalu angkuh untuk menangis, terlalu serius untuk tertawa, dan terlalu egois untuk melihat yang lain kecuali dirinya sendiri.

KEBENARAN
Diperlukan dua orang untuk menemui kebenaran; satu untuk mengucapkannya dan satu lagi untuk memahaminya.

Saturday, July 18, 2009

DIA SAHABAT SEJATI..SUKAR DICARI..SUKAR DIGANTI..

Semalam aku berfikir tentang hidup,rupa-rupanya ia terlalu kompleks dan sukar untuk dihuraikan.Waima melalui perbandingan yg sgt2 holistik. Tiada juga nisbah jawapan yang mampu digali yg mampu dicari.Semalam juga aku mula berfikir tentang semua sahabatku.Seorang demi seorang. Masih ku ingat,aku mempunyai seorang sahabat yang bernama Suhana Hanis. Cantik nama secantik senyuman empunya diri.Perkenalan kami bermula sewaktu hujan turun dengan lebat. Ini bukan karangan picisan. Tapi ia hakikat yg benar2 berlaku. Aku kesejukan menanti bas yg akan membawaku pulang. Tiba-tiba...Hampir2 aku tertiarap menyembah aspal. "Cish!Kurang ajar!Omelku didalam hati". "Ops..sori awk," suara kesal seseorang yg melanggar ku tadi."Takpe2.." sahutku walaupun hatiku baran juga.Sejak hari itu, pertemuan demi pertemuan berlaku ditempat yg sama. Sehinggakan dia memberanikan dirinya untuk berbual dengan ku, aku lazimya memang jarang untuk menegur org, melainkan yg aku kenal atau dia yg akn menegurku.Kami pun bertukar-tukar nombor telefon dan alamat.Sejak itu kami mula bersahabat baik,belajar bersama-sama kerana dia seusia dengan ku, tetapi hanya berlainan sekolah. Mesra kami bagaikan adik-beradik.

Suatu hari seperti biasa, aku menanti bas di tempat biasa. Lazimnya, pukul 7.05 minit dia sudah muncul dengan senyuman manisnya seperti biasa. Tapi hari ini, kelibat anis tidak kelihatan. Hatiku mula bersarang keresahan tapi aku kuatkan juga semangat untuk kesekolah. Tiba disekolah aku tidak dapat menumpukan apa yg dijarkan oleh guruku.Rakan-rakan juga mnyedari perubahanku. Bila ditanya aku tersenyum hmbar. Tengah hari itu, pulang sahaja dari sekolah aku bergegas ke rumahnya yg terletak tidak jauh dari rumahku. Tapi malang tiada penghuni.Genap dua minggu ana menghilangkan diri, aku semakin tidak keruan dan perbagai persoalan muncul dibenakku. Minggu ketiga tiba-tiba Anis muncul, bertubi-tubi solan yg aku tanya, sebaliknya dia hanya tersenyum tawar sahaja. "Anis, mana anis pg?anis hilang mcmtu je kan," protestku seakan merajuk. "Anis balik kampung la teh,sori tak bagitau awk," Anis memujuk tapi sinar matanya dan kejernihan wajahnya seolah-olah menyimpan sejuta rahsia. Aku masih tidak berpuas hati dan terus bertanya tetapi seperti biasa dia hanya akan tersenyum tawar.
Anis hilang lagi.Kini lebih lama aku ditinggalkan seorang diri. Sebulan tanpa khabar darinya membuatkan aku nanar keseorangan. Tapi ketiadaanAnis rupa-rupanya telah dimaklumkan lebih awal melalui surat yg ditinggalkannya melalui jiran sebelah rumah.
Anis,
17/02/04,
Assalamualaikum,
Kehadapan sahabat yg Anis sayangi,mungkin semalam kali terakhir kita bertemu.Mungkin semalam kali terakhir kita bergurau. Dan mungkin semalam hari terakhir kita bersama mengulum impian dan masa depan. Anis mohon maaf andainya apa yg Anis katakan bakal membuatkan Teh marah. Yg utamanya, Anis harap Teh halalkan segala-galanya moment indah kita bersama. Capaikan impian kita bersama. Untuk Anis dan Teh sama-sama berjaya menjadi manusia yg berdiri teguh di landasan undang-undangNya. Sebenrnya, Anis bukan pulang ke kampung tempoh hari, tapi sebaliknya Anis menjalani rawatan di hospital dan kali ini Anis pergi untuk hidup dan mati. Anis akan dibedah lusa. Doktor kata, hanya 30% sahaja harapan yg Anis ada untuk kembali meneruskan hidup dan ceria kembali disamping Teh. Mohon Anis bertemu hari esok dan Teh tolonglah doakan kejayaan pembedahan ini. Sebenarnya Anis menghidap penyakit jantung berlubang.
Sekian salam seharum bunga kemboja.
Dalam memori,
Suhana Hanis.
Allah..aku memohon kau berikanlah kekuatan padaku untuk berani menerima kenyataan ini Ya Allah. Empangan tubirku akhirnya pecah setelah lama ku takung. KepadaMu ku berserah. Berikanlah kebaikan hidup di dunia dan di akhirat bagi Anis. Aku maklumkan kepada ibu dan ayah, secepat yg mungkin kami berkejaran ke hospital. Tepat! Ini masanya penentu hidup dan mati Anis. Setelah hampir 5 jam bertarung nyawa. Pintu bilik ruang pembedahan terbuka. Syukur, Anis selamat. Hampir sehari suntuk aku menunggu Anis untuk membuka matanya. Senyuman Anis yg menawan merawat rawan di hatiku.Walaupun masih lemah tapi Anis mampu melayanku dan memohon maaf atas sikapnya yg menyembunyikan pembedahan ini. Setelah berbual-bual aku memeinta izin untuk pulang menyucikan diri. Belum sempat kakiku melangkah keluar,tiba-tiba mesin denyutan jantung berbunyi panjang. Aku memoleh kebelakang, Anis sudah terkulai. Aku menjerit sekuat hatiku. Air mataku mengalir deras. Ketika doktor mengesahkan kematinnya, darah keluar dari rongga munkanya. Seingatku, sewaktu berbual-bual dengannya ada darah dihidungnya,tapi Anis pantas mengesatnya. Suhana Hanis, kau sahabat sejati.Tiada pengganti utk dirimu. Saat ini aku sendirian ke kelas, mengejar cita2 kt berdua, mengulangkaji pelajaran, dan terus rakaman saat kt berdau bermaian di layar minda ku. Hilang sudah tempatku bergurau senda dan berbual seperti dulu...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu dan ditempatkan di kalangan hambaNya yg terpilih.
Amin..

8 sikap wanita yang disukai lelaki...

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.


1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.


2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.


3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??


5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.


6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.


7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.


8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Keistimewaan WANITA dimata Allah



1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.

14. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

17. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

18. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

Friday, July 17, 2009

Salam kata pembuka bicara...

Assalamualaikum kalimah utama..



Tatkala mlm kian menjengah, mata masih terkebil2 memandang kosong ke arah beberapa ekor cicak yg terperosok jauh ke sudut dinding..Kelam kah mlm?Dinginkah suhu?atau.......terlebih sudah rehat di siang hari...sampaikan mlm yg sepatutnya bahagia di sisi bolster empukku bertukar mjdk mlm y sgt sunyi..ini lah hakikatnya bila adik beradik jauh di mata...kerinduan memuncak pada along..angah..cepatlah balik..rindu sgt ni..whuaaa..ketidak tahuan ape lagi perlu di fikirkan mlm2 sepi begini..haish, moga bertemu esok untuk mohon dipermudahkan perjalanan hidup..mata sudah kuyu...mahu tidur..tutup lappy, pakai selimut,light off! bismikallah humma ahya wa ammuth~

Esok masih ada,, (^^,)