Saturday, July 18, 2009

DIA SAHABAT SEJATI..SUKAR DICARI..SUKAR DIGANTI..

Semalam aku berfikir tentang hidup,rupa-rupanya ia terlalu kompleks dan sukar untuk dihuraikan.Waima melalui perbandingan yg sgt2 holistik. Tiada juga nisbah jawapan yang mampu digali yg mampu dicari.Semalam juga aku mula berfikir tentang semua sahabatku.Seorang demi seorang. Masih ku ingat,aku mempunyai seorang sahabat yang bernama Suhana Hanis. Cantik nama secantik senyuman empunya diri.Perkenalan kami bermula sewaktu hujan turun dengan lebat. Ini bukan karangan picisan. Tapi ia hakikat yg benar2 berlaku. Aku kesejukan menanti bas yg akan membawaku pulang. Tiba-tiba...Hampir2 aku tertiarap menyembah aspal. "Cish!Kurang ajar!Omelku didalam hati". "Ops..sori awk," suara kesal seseorang yg melanggar ku tadi."Takpe2.." sahutku walaupun hatiku baran juga.Sejak hari itu, pertemuan demi pertemuan berlaku ditempat yg sama. Sehinggakan dia memberanikan dirinya untuk berbual dengan ku, aku lazimya memang jarang untuk menegur org, melainkan yg aku kenal atau dia yg akn menegurku.Kami pun bertukar-tukar nombor telefon dan alamat.Sejak itu kami mula bersahabat baik,belajar bersama-sama kerana dia seusia dengan ku, tetapi hanya berlainan sekolah. Mesra kami bagaikan adik-beradik.

Suatu hari seperti biasa, aku menanti bas di tempat biasa. Lazimnya, pukul 7.05 minit dia sudah muncul dengan senyuman manisnya seperti biasa. Tapi hari ini, kelibat anis tidak kelihatan. Hatiku mula bersarang keresahan tapi aku kuatkan juga semangat untuk kesekolah. Tiba disekolah aku tidak dapat menumpukan apa yg dijarkan oleh guruku.Rakan-rakan juga mnyedari perubahanku. Bila ditanya aku tersenyum hmbar. Tengah hari itu, pulang sahaja dari sekolah aku bergegas ke rumahnya yg terletak tidak jauh dari rumahku. Tapi malang tiada penghuni.Genap dua minggu ana menghilangkan diri, aku semakin tidak keruan dan perbagai persoalan muncul dibenakku. Minggu ketiga tiba-tiba Anis muncul, bertubi-tubi solan yg aku tanya, sebaliknya dia hanya tersenyum tawar sahaja. "Anis, mana anis pg?anis hilang mcmtu je kan," protestku seakan merajuk. "Anis balik kampung la teh,sori tak bagitau awk," Anis memujuk tapi sinar matanya dan kejernihan wajahnya seolah-olah menyimpan sejuta rahsia. Aku masih tidak berpuas hati dan terus bertanya tetapi seperti biasa dia hanya akan tersenyum tawar.
Anis hilang lagi.Kini lebih lama aku ditinggalkan seorang diri. Sebulan tanpa khabar darinya membuatkan aku nanar keseorangan. Tapi ketiadaanAnis rupa-rupanya telah dimaklumkan lebih awal melalui surat yg ditinggalkannya melalui jiran sebelah rumah.
Anis,
17/02/04,
Assalamualaikum,
Kehadapan sahabat yg Anis sayangi,mungkin semalam kali terakhir kita bertemu.Mungkin semalam kali terakhir kita bergurau. Dan mungkin semalam hari terakhir kita bersama mengulum impian dan masa depan. Anis mohon maaf andainya apa yg Anis katakan bakal membuatkan Teh marah. Yg utamanya, Anis harap Teh halalkan segala-galanya moment indah kita bersama. Capaikan impian kita bersama. Untuk Anis dan Teh sama-sama berjaya menjadi manusia yg berdiri teguh di landasan undang-undangNya. Sebenrnya, Anis bukan pulang ke kampung tempoh hari, tapi sebaliknya Anis menjalani rawatan di hospital dan kali ini Anis pergi untuk hidup dan mati. Anis akan dibedah lusa. Doktor kata, hanya 30% sahaja harapan yg Anis ada untuk kembali meneruskan hidup dan ceria kembali disamping Teh. Mohon Anis bertemu hari esok dan Teh tolonglah doakan kejayaan pembedahan ini. Sebenarnya Anis menghidap penyakit jantung berlubang.
Sekian salam seharum bunga kemboja.
Dalam memori,
Suhana Hanis.
Allah..aku memohon kau berikanlah kekuatan padaku untuk berani menerima kenyataan ini Ya Allah. Empangan tubirku akhirnya pecah setelah lama ku takung. KepadaMu ku berserah. Berikanlah kebaikan hidup di dunia dan di akhirat bagi Anis. Aku maklumkan kepada ibu dan ayah, secepat yg mungkin kami berkejaran ke hospital. Tepat! Ini masanya penentu hidup dan mati Anis. Setelah hampir 5 jam bertarung nyawa. Pintu bilik ruang pembedahan terbuka. Syukur, Anis selamat. Hampir sehari suntuk aku menunggu Anis untuk membuka matanya. Senyuman Anis yg menawan merawat rawan di hatiku.Walaupun masih lemah tapi Anis mampu melayanku dan memohon maaf atas sikapnya yg menyembunyikan pembedahan ini. Setelah berbual-bual aku memeinta izin untuk pulang menyucikan diri. Belum sempat kakiku melangkah keluar,tiba-tiba mesin denyutan jantung berbunyi panjang. Aku memoleh kebelakang, Anis sudah terkulai. Aku menjerit sekuat hatiku. Air mataku mengalir deras. Ketika doktor mengesahkan kematinnya, darah keluar dari rongga munkanya. Seingatku, sewaktu berbual-bual dengannya ada darah dihidungnya,tapi Anis pantas mengesatnya. Suhana Hanis, kau sahabat sejati.Tiada pengganti utk dirimu. Saat ini aku sendirian ke kelas, mengejar cita2 kt berdua, mengulangkaji pelajaran, dan terus rakaman saat kt berdau bermaian di layar minda ku. Hilang sudah tempatku bergurau senda dan berbual seperti dulu...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu dan ditempatkan di kalangan hambaNya yg terpilih.
Amin..

No comments:

Post a Comment