Saturday, November 7, 2009

muzik kejappp..

aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

selalu itu yg kau ucapkan padaku


sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah

aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah

muzik kejappp..'

aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

selalu itu yg kau ucapkan padaku


sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah

aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah

Friday, October 9, 2009

::Dia idamanku::

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku ceritasehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama &alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat".Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis.

Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetujuuntuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing- masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Sehingga suatu hari, si jejaka d ipanggil oleh bala tenterauntuk pergi ke medan perang.Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku." Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian... Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan.Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.

Tiba-tiba..si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi rodasambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agakterkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihatke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada sigadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untukmakan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi.Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina...

Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...

May all the love in the world comes to you & your loved ones after reading this. Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia ini????Menerima seadanya...dgn hati yg tulus dan ikhlas......... fikir2kanlah..

::I feel guudd~::

salam n hai..

kembali bertemu di contengan yg seterusnya..setelah dua hari sy tidur lewat..hari ni dpt pulang ke pangkuan tersayang! hooreyy! ceritanya bermula apabila sy ditugaskan utk menyiapkan asgmnt csc 1012..*last minutes work* hari isnin ni, sy perlu submit dan sekaligus present pd cik yus..bersama kwn2 terhebat di alam maya ni, iaitu cidak, ika dan nita sekalung penghargaan pd korg sbb berjaya menjadikan mata anda2 semua bengkak seperti di gigit semut hitam.. kesian pada kami semua bukan..heheh..

2 malam berturut2 sy tidur pada pukul 4 pagi..dan bgn keesokan harinya pada pukul 6.30 pg juga..ehem..kepala terus menjadi beku..mungkin adrenalin xdpt menembusi ruang dinding oblogata ku kot..dan bersedia mengadap paper utk midterm undang-undang syarikat..apa yg telah dijawab?tidak tahu....kerana begitu bnyk juga fakta kes yg mana nama nya agak berbelit..sekadar contoh..
  1. Macaura lwn. Northen Assurance Co. Ltd (1925) AS615
  2. Hotel Jaya Puri Berhad lwn National Union of Hotel, Bar and Restaurant Workers (1980)
  3. Hawkesbury Development Co. Ltd lwn. Landmark Finance (1969)

dan lalu..ini lah keletihan yg sy ingin zahirkan di rumah..berehat dan bersantai..mungkin akan kt bertemu di lain contengan..

papai..

Sunday, October 4, 2009


salam n haiii..


hari ini sy perlu kembali ke bangunan berhantu..seperti biasa hujung minggu..whuaa..rasa seperti perlu pulang ke penjara setelah bermanja2 di rumah..


Ye!sy tidak suka pulang ke sana..sementara menunggu ibu masak lauk yg sy paling suka..tgn menconteng2 di dinding blog ini..pukul 3 sy perlu pulang..hari ini terlebih awal dari biasa..kerana apa?kerana..ayah ada hal dan xdpt lari dr memenuhi hal tersebut..


sebenarnya..angah sy sudah mula membunyikan terompet saktinya..utk sy bersiap2..dan mengemaskan barang2 yg perlu di bawa balik..*isk..isk..iskk...sy tidak mahu balik lah angah!!* ibu juga begitu..masih sempat mengingatkn walaupun beliau berada di dapur supaya..sy cepat2 mengutip segala jenis barang yg bersepah2..


ayah sy sahaja masih cool...*he is my honourable friend* .. oh..kelihatan sy tidak dapat meneruskan tabiat konkrit kepala ni..Lihat!ibu dan angah telah sama2 berganding bahu..mereka berkomproni..maka,perlu sy hentikan dahulu pergerakan jari ini..selamat tinggal dinding blog ku..


Nanti, minggu dpn sy pulang kita berconteng2 lagi..

..tempat sy selalu bermain2..



-isk..sy budak xsuka pulang!_



Saturday, October 3, 2009

::Its Red!::

hai n hai n hai..

apa perasaan korg bila korag rasa ditipu?hidup2 la kn..xkn nk tipu time da bersoal jawab kat nun di bwh tanah tu..hehhe..sangat sakit hati dan sangat tidak selesa bukan?tulah...betul kata kwn sy..hati tu allah bg sekeping...untuk kita kongsi dgn org yg kt sayang..kt cinta..
tp, bukanlah maksudnya bila org yg disayangi je msti couple..oh..bukan lahh...boleh masuk juga kwn yg paling rapat...famly yg paling dikasihi atau sapa2 je yg boleh dikongsi rasa kasih dan sayang kita..

Kadang2 kita minta pada allah supaya bg bunga yg cantik, mekar dan segar berkembang..
tp allah bg pula kaktus..yg tajam dan melukakan jari..
kadang kita minta lg pada allah supaya bg rama2 yg indah, terbang bebas dan berwarna warni..
tp allah bg kita ulat beluncas, yg kecik dan kdg2 mngelikan mata kasar yg melihat..
sabar,,,jgn lah merungut...tu semua kan akan memberi 1000 kebaikan di hari akan dtg..allah tahu apa yg di jadikan utk hambanya...(^^,)

Hati yg bersih..hati yg suci...jagalah ia..jgn mudah kita serahkan 100% kpd mana-mana org yg layak utk mdpt kasih dan syg kita..sbb..bila terjadi sesuatu, hati ni juga lah yg perlu kita rawat..sendiri pula tu..bulan dgn manusia yg menghancurkan hati kita..kan?oleh itu..berhati2 hati dlm memberi hati kita kpd manusia yg layak mndptkn hati ini..suci dan bersih..hanya utk hati yg suci dan bersih juga..!!

bye then~

::Beautiful Liar?!

Salam n hai..

Ada satu cerita yg nk dikongsikan bersama..
sy ada sorg kwn baik..
semenjak kecik lg ktorg sama2 mmbesar..
dan kami mmbsr sbgai sorg teman yg pling akrab..
raya yg lepas kami sempat berjumpa sebelum dia pulang belajar di Okinawa..
ini kisah cerita cinta kami ank remaja..
*sapa2 yg xberminat xpyh baca*
heheh..
ikutilah kisah seterusnya........

Perjalanan cinta mereka..
ibarat lela dan majnun..
romeo dan juliet..
2 hati menjadi satu..
semua yg dilalui indah2 belaka..
bersama ke sana dan ke sini..
tp batas pergaulan masih di jaga...

Satu hari...
sesutu terjadi dlm hgbn mereka..
ye..perkara normal dlm bercinta..
hbgn yg kecil menjadi parah...
dlm tempoh seminggu..
kwn sy (hati) membawa diri..
2,3 hari berlalu...
kekasihnya (jantung) xputus2 memujuk..
masuk hari yg seterusnya..
jantung diam membisu..
mmbwtkan hati tertanya2..
*kalau korg yg gurl ni problem dgn bf pun mst sama gk kn*

pastu around 2 weeks after..
hbgn diorg berjln seperti biasa..
tu pun disbbkn hati mencari jantungnya..
*perempuan mmg lembut hati*
*bg lelaki yg xreti menghargai cinta yg suci, keluar dan cari perempuan lain yg sama mcm korg*

Tiba-tiba..
one day coming..
jantung terbuka cerita...
ada wanita lain yg cuba merampas kedudukan hati dlm hidupnya..
tnpa bertanya bg mndptkan kpstian, hati mmbwt kesimpulan sendiri..
bahawa...
Jantung berlaku curang di belakangnya..
jantung cuba mencari kebahagian sendiri sewaktu hbgn mereka bermasalah..
hati yg kecewa kerana rasa dipermainkan...
membawa diri...
jauh....
dan lama....
dn hati mngambil keputusan...
Jantung mungkin memerlukan wanita lain....
lalu dgn perlahan2..
hati yg kecewa bercinta..
mngundurkan diri..
walau susah utk ditelan..
walau perit utk dilalui..
kehidupan hati kembali seorang...
dan jantung..
langsung tidak mencari hatinya kembali.......


Persoalannya:Adakah tepat keputusan mereka??

::Pay Back Time::

Salam n happy day..

Banyak yg dah berlaku..
Banyak juga yg akan berlaku..
Bila sekali kita cuba mngelak dari mnghadapi sesuatu..
maka lg bnyk la yg akan timbul..
oleh itu..
hadapi dengan tenang..
semua kan baik2 sahaja..
jika ditetapkan tuhan sudah..
maka sudah lah....~
jgn mngeluh..
setiap yg dijadikannya bukan demi apa yg kita inginkan..
tp demi apa yg terbaik utk kt....
SABAR itu separuh daripada iman..;p

Monday, September 28, 2009

::AnDai AdA CiNtA....::

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti. Itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sakit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang….

1-KUAT AGAMANYA.
Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-BAIK AKHLAKNYA.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-unsur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada keluarga begitu ketara.

3-TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, disko, pub dan bar?

4-AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan uwang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikonsi bersama mereka yang berhak.

6-TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.

8-RAKAN PERGAULANNYA.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk ibu bapa dan keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.

10-TENANG WAJAH
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.

~salam semanis iman~

Saturday, September 26, 2009

::kuim,please be inform!!

Assalamualaikum...

Yg utama lg penting dan terutama...tiada yg lagi penting dari-Nya..

..txt utk student kuim yg dpt asgmnt khusus. *korg jgn dalih2 lg, sbb teha pun ada task dr cik yus jugek* ;p
  • first n foremost...kpd searching blogger dari kuim, please be consider when you guys bwt research ttg blog...nk xnk mmg sy punya blog pun akn di kaji juga kan *all of you researcher mst perasan kan ade elemen yg xckup*
  • Yes! I admit it! just wait till the holiday ends n things will change like a back...!promise it guys!
  • Serangan seranggan dan lipas kudung telah berlaku ke atas sistem blog dlm talian ni..lalu mengakibatkan sedikit permasalahan ke atas pemilik www.shogunchinta.blogspot.com utk mengakses segala setting yg sepatutnya ada telah hilang.....p/s: INI BENAR DAN BUKAN COBAAN TAU SEBARANG TIPU DAYA..
  • Cish! kamu wahai serangga perosak semua!!harap berbanyak lah mengucap kerana 'venom of king frog' sedang dlm penghasilan..moga2 ahad atau isnin ini naik sekolah semuanya akan berjalan dgn lancar..

..text utk cik yus..* tu pun klau beliau singgah dan baca smbil minum kopi*

  • Cik yus, benda da jadik xdpt lah sy ni nk menolak..
  • walau apa pun, akan sy kerah kudrat dan keringat tulang 4 kerat ni bg membaik pulih semula sepeti sediakala blog ini...
  • ttg asgmnt cik yus tu...dlm proses pembikinan..almaklumlah kn..raya2 ni xdpt carik internet yg berkelajuan mcm pkai streamyx rumah..yet utk broadband n wifi pun i only can give,2 n quarter star for the system! worst..sgt worst dan sungguh worst..
  • Dont worry cik yus, kami semua student duus akn bekerja keras utk cover markah ktorg yg shining tu bg carry mark sepanjang sem nih..
  • p/s:korg yg xtau duus tu ape, meh sy terangkan..(Dip in Law n Syariah..)
  • oklah cik yus..till then..sampai sini sahaja aduan yg ingin sy ketengahkan..
  • maaf lah atas gangguan raya yg cuba diprovokasikan..;p

-Salam risau salam gusar._

::Lets laughing::

text utk kak syaza..ahax#..

  • There something i should share with y'all guys..
  • hahahah..(big laughing and big clapping!) toooo....kak iera! my senoir oke..
  • p/s: sorry laa terbwt kn u cuak seketika wahai akk..
  • anyway...a lots of congrats! tp syg..knpe la xgrab opportunity yg dah sedia ade dpn mata..
  • kalaula sy yg sdg menulis and very2 love to writing and mubbling ni dpt offer jpa..
  • i just packing my bag n wait for my flight at airport..
  • lain org lain caranya..;p
  • anyhow pun,,i wish u gambatte to the co lawyer ni semuga dpt kawin cpt2!
  • hahaha..toink!toink! "as human being..we need love.."

::Kelewatan!!::

Salam n hai to everyone..

Alkisah bermulalah cerita...
3dara pingitan di hujung kampung..
berjanji bersama utk berhari raya...
lalu tiba masa yg dijanjikan..
membawa seekor kancil beroda 4..
bermulah penjelajahan menakluk bumi air molek..
JUGA!4 jejaka sepupu Hang Tuah turut serta ke medan perang..
jajahan pertama..
Selesai! Pertarungan yg memakan 35 minit 32 saat..
Sultan Apis kecundang akhirnya..
Dengan hati yg duka nestapa,
jadilah beliau laksamana kami..
kasihan...
ke hulu ke hilir setia disisi..
Menjadi peta utk ke rumah bekas nakhoda Arab kami...
Ustat Syauqi, jajahan seterusnya dijejaki..
Oh sedikit sayu utk kami serangi..
kerana.....
Sultanah perempuan tiada di sisi..
Jauh ke Arabia mencari rezeki..
Utk yg tercinta dah tentulah si suami..
Lalu, dgn perikemanusiaannya..pulanglah dgn hati yang murni...
Bukan di situ penjajahan berhenti~
masih ada yg perlu ditakluki..
Lalu..
Dayang Istana, Hafizah Hussin kami jejaki..
Mencari redha dari Illahi..
Bukan ape..
bermaafan di hari yg diberkati..
hehehe...
Bertembung pula dgn gerombolan dari unit alteleri..
Habis musnah segala juadah yg diisi..
Habis kepenatan dara dan pemuda..
Meratah kegelapan pulanglah pula..
Sedekit kelewatan berentak senada..
Tiba di rumah lewatlah sudah!
Baiklah maharaja dan maharani sangat memahami..
kelewatan anakanda harap dimaafi..
janji xbwt lagi..
Sungguh!Anakanda insafi kesalahan ini..
Terima kasih bonda..
Terima kasih ayahanda..
ESOK KITA BERAYA DI KOTA..
heheh...neglect all the miong and biong things happen upside there~

Friday, September 25, 2009

::kesibukkkk::

salam aidilfitri..

masih dlm mud berhari raya..weee~
tetamu xputus2 kunjung tiba..
hai..penat dan pasrah..;)
duduk dapur tolong ibu..
tapi seronok!
sbb time mcm ni lah dpt merapatkn hbgn dgn keluarga..
bila along mula berceloteh..
bila angah galak dgn lawaknya..
dan bila sy! menyambut dgn gelak yg xputus2..
masa utk kira duit raya!
lalala~
collection tahun ni agak meningkat..:p
mungkin sbb da besar kot..heheh..
lalu, sampul duit raya msti dah diasingkan utk yg kecik dan yg besar..
so, yg besar ni dpt la duit raya lbh..
dan yg uniknya raya kali ini..
sekeping 5$ dolar amerika turut terselit..
thanx incik fahmi..
kesian awk kn first raya dah kne balik ke sana..(^^,)
p/s: incik redza: kalau baca tlg sediakan duit raya oke dr sana..heehhe
oh lupa!kami ziarah kubur atuk dan nenek..
kat johor dan melaka..
sayu dan syahdu..
bila igtkn mereka yg da pergi..............................
yg masih hidup..
teruskn hidup dan sedekahkan doa utk mereka..
"dan igtlah, tidak akan putus 3 perkara setelah kematian kita,
iaitu ILMU YG BERMANFAAT,SEDEKAH JARIAH, DAN DOA DR ANAK YG SOLEH"
(p/s:mizbi: kalau singgah tgk dan ade yg silap, tlg betulkan ek!)
oh...lupa juga!kami berjalan2 ke bnyk rumah sedara..
rasanya xcukup lah kan cuti seminggu..
bnyk lagi plan2 yg tergendala..
OMG!..naik ni ade midterm undang2 syarikat! whuss..goreng je la kes dgn seksyen yg ade.
Puan mashitah, maka akn sy distort kn lg segala seksyen yg ade!
hahahah..(gelak jht sikit je)
dlm 3 minggu lagi,final..
besedia utk menjaadi burung hantu..
doakan yg baik2 sahaja utk sem kali ini..
-slm penuh kekaguman.-

Saturday, September 19, 2009

::Salam Syawal Tinggalan Ramadhan::


Salam n hai to all readers..


Kini tiba masanya berhari raya..

Muslimin dan muslimat, berjalan bersama...

;) serangkap lagu membawa seribu makna..;)



Syukur alhamdullilah..

Masih aku sempat menghirup,

manisnya udara yg telah Kau ciptakan

Ya Allah..


Usai sudah sebulan berpuasa.

Pejam celik, pejam celik..

sampi juga ke garisan penamatnya bulan Ramadhan ini.


Selamat Datang Syawal!

bulan bg meraikan umat islam sesudah berakhirnya

Ramadhan..

Bulan kemenangan..


Namun, menang sudah kah kita dalam membendung nafsu sendiri??

menangkah kita dlm godaan amarah sendiri?

menang sudahkah kita dlm mengawal diri?


Tepuk dada, tanya iman.

;p



Kawan2! Selamat hari raya..

MAAF ZAHIR DAN BATIN..


Diri yg kerdil ni bnyk khilafnya..

bnyk kurangya..

bnyk cela pada sifatnya..


Lalu, dgn rendah dirinya..

izinkan ke dua tgn bersimpuh maaf..

utk lisan yg tak terjaga..

laku yg terlanjur..

janji yg terabai..

hati yg berprasangka

dan sikap yg menyakitkan...


Raya jemput dtg rumah!(",)


-Noor Fateha bte Arshad._

Thursday, September 17, 2009

::Sesuatu di dalam kotak::











salam and hai to everybody..

agak lama jejari runcing ni xmenari lincah.
mungkin kebizian yg melanda mnyebabkan sedikit sebanyak masa utk mengadap komputer agak terganggu.
mungkin....
penat mengurusan urusan harian..
kadang2 emosi turut terganggu..
maaf kpd insan2 yg berhampiran, jika ade yg kena tempias windy emotion sy ni..:))
jom selak ape yg minggu ni sgt memenatkan?

7.9.09= midterm csc (Introduction to system computer)

  • ergh!segala jenis system dan segala jenis permainan yg nk dihafal.

  • luck was beside me maybe..even last minute stdy, soalan yg keluar agak2 ade la yg sama..

  • p/s: tapi sy mmg sengal bg subjek ini. huhuh..

8.9.09= midterm ulum quran+ ulum hadis (tahriri gk utk 2 surrah yg perlu dihafaz)
  • aiyakk!6 bab tu~ nsb bk subjek ni ala2 alquran sunnah time f4/f5 dulu..

  • ustat punye cabaran menyerabutkan minda mmg syok! keluar2 je kpala cam miong ayam sket..;p

9.9.09=midterm usul fiqh

  • i have no comment bout it..dalil yg perlu dikeluarkan oke!

xigt ari apa. midterm undang2 kontrak.

  • overall...maybe oke..but for the result....nGeee~


  • hope puan Marina xrealise about the distort seksyen i had made..haha..

xigt gk ari ape.

have to conduct a meeting. for my midterm result bg subject..english for law..lalala~ xmu dgr ape2 komen dr sir helmi dan korang2 yg menjadi juri..;p

hahah,,juga mnghntr our paper work bg mini project.!! sgt bz dn sgt risau! pika, harap sir helmi terima la ek!

kenapa perlu sem ni sgt struggle dan mengfreaking kan minda sy?

oh..tiada jwpnnya..i've to attend the meeting, have to prepare my final..and have prepare to finding a lot of budget for our program.. can somebody out there helping me and trying to resolve it?(^^,)..


lately, when it was nearly midnight yg gelap dan seram, will lying in my bed sambil kira cicak, and blankets drawn right over my head like a tent di tgh2 hutan amazon..thinking bout life,friend,career, famly and future.. i wont lag far behind just because of my 'laziness'..heheh..study vigourously and more slightly than before!..n later u gain the reward! ini semua ayat2 utk membosting kan spiring utk belajar je..konon! huhuh.

padahal dlm bilik,,ya allah! Anita Zuraini Hishamuddin je yg tau cmne gamaknya..hahah..okelah, radically my whole of this week..sgt2 memenatkan..

neglect all the stress! n come close with Aidilfitri!semoga allah mempermudahkan segala urusan dan meredhai+merahmati dlm sy mencari ilmu..amin~

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..





















::layankan~::

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

3] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

4] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

5] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

6] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

7] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

8] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

9] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

10] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

11] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

12] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

13] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

14] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

15] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

16] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

17] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

18.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

19] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

20] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

21] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta..

::Hati::

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.


Ini dialog merekaIsteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?


Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!


Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.


Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..

Wednesday, September 16, 2009

Keutamaan Puasa 6 di Bulan Syawal

Daripada Abu Ayub bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari pada Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini menjadi dalil puasa enam Syawal adalah sunat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya. Orang yang berpuasa Ramadan diikuti puasa sunat enam hari pada Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun.




Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.

Puasa Syawal berfungsi sebagai penyempurna daripada kekurangan.
Seseorang yang hendak berpuasa sunat pada Syawal adalah lebih lebih baik berturutan seperti puasa Ramadan, tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

Cara berpuasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan. Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara berselang hari asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah s.a.w. menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan tidak pada pertama Syawal dan masih di dalam bulan Syawal.

Walaubagaimana pun puasa enam adalah lebih baik disegerakan pelaksanaannya berdasarkan kepada firman Allah s.w.t.:

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
[Surah Ali Imran 3:133]


Kelebihan puasa enam hari pada Syawal, Ia sebagai tanda diterima puasa Ramadan yang kita laksanakan. Ibadah ini juga sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang diberikan pada Ramadan seperti nikmat kesihatan tubuh badan, ganjaran berlipat kali ganda, Lailatulqadar, ganjaran bersahur, berbuka puasa dan sebagainya..

Oleh itu, antara tanda kesyukuran yang dapat dipamerkan daripada seorang hamba ke atas pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan kepadanya adalah dengan berpuasa enam. Sebaliknya, jika diganti dengan perbuatan maksiat, maka ia termasuk kelompok orang yang membalas kenikmatan dengan kekufuran. Apabila dia berniat untuk kembali melakukan maksiat lagi, maka puasa radhanya tidak akan terkabul.

Di antara kelebihan-kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal itu ialah :

1. Puasa enam umpama solat sunat sabelum dan selapas sesudah salat fardu bagi menampung kekurangan puasa fardu.

2. Puasa enam menjadi tanda diterima puasa Ramadan yang kita kerjakan.

3. Sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadan.

4. Mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya.

Oleh yang demikian marilah kita bersungguh-sungguh berpuasa enam dan merebut peluang yang ada demi mendapatkan kelebihan-kelebihan yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredaan-Nya.

Saturday, September 12, 2009

- NEW ENTRY POST-

de ja vu' ~

hidup ni...mmg pelik..
kdg2 dlm sekejapan kita semua di atas..
dan kdg2 sekejapan kita semua kat bwh..
kenapa semua ni berlaku??
kdg2...hidup ni mcm da pernah di lalui..
perah xkorang rase situasi tu?
de ja vu..
mungkin juga..
-.moing.-0

Tuesday, September 8, 2009

::I am the breakheart kid::

gosshh!never thought this weekend will be hell like this!
breakin my fasting alone without them..
my luvish..
as usual like im at home..
home sick!
yes I AM!
hopefully...ayahanda will fetch after finishing my dean's ceremony~
bonda~~~~ I MISH U much more and chipsmore..
plus with my boss my hero surely..

Friday, September 4, 2009

::Aku insan kerdil::

Maruah dan harga diri..
2perkataan yg berlainan kosa kata,
tapi mempunyai maksud yg hampir terarah..
xsalah utk kt bergembira dlm hidup.
sebab hidup mmg sekali..
dan kehidupan sebagai seorang remaja mmg xkn dtg bkali2..
oleh itu, kpd sahabat2 di luar dan juga igntn utk diri sendiri juga, berpada-pada lah dlm menghirup udara dan nikmat dlm kt berlari mengajar erti utk dewasa.
terkadang kt silap dlm membuat percaturan..
terkadang kt leka dlm memastikan hidup kt ni menuju kepada kesempurnaan.
ye mmg xde manusia yg sempurna..
tp xsalah kn dlm kt mencarik satu titik kehidupan yg mancapai redha-Nya cuba lah berlari menuju kepada kesempurnaan..
biar kt menjadi org yg lambat sampai ke garisan penamat.
namun jgn sesekali kt terjatuh di tempat yg sama berulang2 kali..
dan sampai dgn cepatnya ke garisan itu..
Wanita..ibarat mawar..
berbau wangi dan menzahirkan pesona yg menarik..
si kumbang sentiasa mengintai peluang utk menghirup manisnya madu si mawar tersebut.
Awas mawar! sekali dihirup..
tiada apa yg tinggal..
igtlah..ibu dan ayah membesarkan kt dgn penuh kasih syg..
sanggup mengerah keringat demi melihat kegembiraan yg terpancar di wajah kita..
lalu??!apa yg tinggal lagi bila sudah ada tgn si kumbang yg mengusik?
jaga lah yg satu tu..
sukar utk dipelihara..
tp sangat senang utk diragut oleh si kumbag durjana..
namun..jgn menyalahi si kumbang jika ia sudah berlaku..
bertepuk sebelah tgn xkn berbunyik..
fikir berkali2 sblm berani untuk mengambil keputusan drastik itu..
sekali berlaku..yg lama xkn bertukar menjadi asal.....
lemahlah kita sebagai insannya yg dipertanggungjawabkn utk memikul tugas sebagai khalifah di muka bumi ini, jika yg diamanahakn sudah pecah berderai kerana cuainya diri sendiri..
-.pesanan utk diri yg sentiasa lalai.-

Monday, August 31, 2009

::Bisikan Malam::

Bila ku didatangi malam, gelora perasaan mencengkam jiwa,
masihkah ada lg dayaku menghindar dari kealpaan?
Diterjah berbagai persolan..Dihujani air mata penyesalan,
Bisakah terhapus semua..
Segala disa dan nodayg bertakhta..
Terangi jalanku dgn cahaya kasih Mu..
Pimpilah daku dgn hidayah Mu..
Tuhanku...di malam syahdu ku merayu..
Ampunilah segala dosaku yg lalu..
Sujudku mendambakan keredhaan Mu..
Tempatkan lah daku di dalam rahmat Mu..
Tuhanku..usah kau biar diriku hanyut terleka..
di jiwa dunia membelenggu..
Dan aku sesungguhnya pasrah kepada Mu..
Hidup matiku hanya pada Mu..
Ya Allah..
Tunjukkan jalan kebenaran..
Suburkan jiwaku dgn keimanan..
Hnya padaMu oh Tuhan kusandarkan harapan..

::Sukanya dgn Mereka::
































salam ramadhan and hai everybody..

back to nomb as usual palls!(^^,) saje teha post kn gmbar ni..dsbbkn keboringan yg teramat dan terlampau..haha..anyway, asgmnt+kuiz+midterm+all the coming presentation betul2 meletihkan dan mnguji smgt yg ada dlm dr ni spnjg bergelar pelajar..(semangat utk belajar masih kuat oke) ..my last saturday (if im not mistaken) we were break our fasting at Mahkota Century Hotel near by Laut Melaka n beside too with Holiday Inn..Alaa yg berhadapan dgn Mahkota Prade tu laa...n that's it!a part of my kerja mngumpul mknn..n dsbbkn ni ramadhan, teha just letakkan mknnyg agak2 ala2 je..nnti kne komen dan dihentam oleh dearest blogger lain kerana cuba utk menjadikn puasa mereka menjadi setengah masak..hahah..to all walking blogger, rilex la ni cuma desert je oke..xlebih dari tu..:) oklah, komen mengenai place tu..i beat it more santai and relaxing..its only my point of view je..xtau la bg other person..erm, tempat mkn berhadapan dgn swimming pool tp masih lagi duduk di dalam air conditional box..kre selesa la..cume tmpt buffet set dan shoplet2 lain agk jauh dan sedikit menyukarkan pergerakan...dr segi mknn, its still be ok..tp, yg masih tip top utk berbuka puasa adlah di Equatorial and Golden Legacy juga di Renaissane..jgn salah fhm, teha hnya menyalurkan cdgn kpd mana-mana umat yg terasa ign sekali-sekala berbuka di luar bersama famly tercinta..pesanan yg ign teha titipkn,jgn membazir ketika berbuka..kn dunia tgh mengalami pergolakkan ekenomi plus malaysia pulak tgh mnenanggung inflansi gula..mmg la krjaan ckp gula masih cukup..tp, kn lbh baik beringat sblm terkna..:)



err..terpose pulak..salahkan 'si dia' yg amik gmba ni!;p

dia temanku yg paling best! syg kamu angah!~



Saturday, August 29, 2009

::Organ kurniaan Allah::






when i need you..



i just close my eyes n im with you..




and all that i so wanna give you..



it's only a heartbeat away..





u are my sunshine,

my only sunshine,u make me happy,

when sky are grey,u never know dear,

how much i love you..

so please dont take my sunshine go away...





ini lah kami...selesa bersama beliau..juga rindu pada beliau..kpd cik pah lana time raya kt mtk ampun ek!curik dan post kn gmba nih..lalalala~ xmu mrh2 ha..hahaha..baiklah..nama beliau?syarifah lana radiah bte ibrahim..ini budak ade jual itu shawl laa~ mana2 awek yg berminat utk mnyertai forum shawl beliau sila lah click di sini..www.syarifah-radiah.blogspot.com. (babe, betul ke nih) link kan di sister affair kn?ahaha..betol3! try la ye..kalau xdpt sila contact beliau di nombor..o12-9999188..:) aiyoh..keboringan~ minggu ni sgt freak dan pack..berbagai asgmnt dan kuiz serta midterm..blm lg utk minggu dpn.."Ya Allah!kuatkan lah hati ku dan teruskan la ketenangan ini utk aku belajar dan permudahkan urusan hidup ku,Amin ya Rabbal alamin"..Masih berangan utk tersenarai dlm dean's list..ahax#..teman2, tolong doakan sy boleh x?terutamanya rakan2 yg berada di bumi anbia..Incik Redza a.k.a 'ustat peribadi ' sy di Madrasah Al-Quran wal Qiraat, Syubra Universiti Al-Azhar..jgn lupakan teman utk bergaduhmu di sini..Ngee~ dan saudara di Zagazig Universiti, Cairo. baik2 belaja2 tau..balik dgn ilmu..I'allah..Special dedicated for...Incik Fahmi bin Jemaat (Ehem2, saje kasik glam sikit) yg berada di Ohio State, uSA. Sangat bnyk jasa anda, kerana mghabiskan masa lapangmu dlm menyiapkan asgmnt ku!ehehe..incik, nnti sy blnja anda tiket wayang ok?!:)(: kpd my darling eb!masih ada brapa bulan lg utk ke ausie sygs? jgn lupe kan teha kat sne ukes! dan rakan seperjuangan semua, hidup ini indah bila kt pandai mghargainya..OMG!iqbal zahin, thanx bnyk menasihatkan sy tentang hidup..syed firdaus, thanx juga ada di sisi kala susah dan sng..dan kpd (nama terpaksa dikaburkan) terima kasih sudi jaga hati dan perasaan teha..(^^,) anita zuraini!sy sayang kamu..hampir tertinggal incik Apiz bin Mohd, yg senantiasa menjadi parasit did alam hidupku..hahah..semoga bel;ajar utk menjadi dewasa dan bersedia melalui usia tua..ika speck sila jaga nad2 sy baik2 haa..kak iman, akidah,cidak,kak meng,pika ampang,enin,nadihah,yana,aida,kak dada,yana shuffle,kusnul,syakirah,miza,shahila...juga kpd kwn2 lelaki..erm,sidios,cuanos,alipios,esannos,omolos,zalikos, dan semua lah senangnye mari teruskan beljar utk menjadi dewasa dan berusaha sehabis yg boleh utk menjadi peguam yg disegani kerana akhlak dan peribadi kt..i'allah..
xperlu mencari teman secantik BALQIS andai diri xsekuat SULAIMAN...dan rasanya kwn2 hafal kan quote tu?habiskan sendiri ye~
Abaikan pd kegilaan susunan gmbar ini dan fonting bold ini..
.salam cinta kerana agama.-

Friday, August 28, 2009



Thursday, August 27, 2009

Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga

Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.


2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama

Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

Sunday, August 23, 2009

sepotong indulgence..







slm n hai to my readers..


bulan puasa ni xtahu la nk buat ape..



nk jln mncrk mkn kng ade la buang tabiat pula ye x.



lalu..jari ni menari lincah mencari ape yg boleh di cari kat laman sesawang ni.



jumpa resepi2 baru..



nyum3~


boleh mtk ibu test ni utk berbuka.


oh ya! agk berminat di sini utk mengepostkan gmbr ini.

HAPPY BIRTDAY Syed dan Kebal..(blated birthday to u guys)



ini utk syed firdaus a.k.a my budd!

(16 August '09)

(22 August '09)

ini utk kebal..a.k.a Muhammad Iqbal Zahin

tp utk awk sepotong je ye pakcik..;p

dan ini utk sy! Noor Fateha~
(17 February '09)

lalalala~ saje je nk juga kek tu..

lapar laa xsahur pagi td..2 y kelihatan seperti seorang2 kanak2 yg xde pekerjaan utk dilakukan..

-starving qid.-






Friday, August 21, 2009

::Ramadhan Menjengah::

salam Ramadhan kpd semua.

masa yg baik utk masing2 betulkan niat.
mungkin ada yg dah terpesong dan terlencong dr niat yg asal.
dan waktu puasa ni juga la masa utk sama2 bermuhasabah dr.
perbetulkan mana yg silap.
elokkan mana yg dah siap.
cantikkan mana yg khilaf.
mungkin hari ni hari kita.
mungkin hari ni kita di atas.
mungkin hari ni kita senang.
mungkin hari ni kita bangga.
TAPI..
atas tiket mungkin jugak, xmustahil segalanya boleh terbalik.
OLEH ITU,

sama2 berdoa kita semua menjadi insan yg lebih baik
dari hari ini dan smlm..

Salam insaf bulan ramadhan.
salam to all..

rasanya tgn nk menari dgn lincah.
tp waktu darurat ni dpt online.
dipendekkan cerita.
bengang..bengang..bengang..
selagi ada parasit.
selagi itu ada yg menumpang.
bila ade yg menumpang,
makanya akan ada yg menjadi mangsa.
mangsa itu?

-sy.-
salam taubat pintu dibuka..

Saturday, August 15, 2009

slm to all..

kalau jln2 ape yg kt rasa?
da tentu penat kan?
erm..
kalau penat selalu..
2 benda penting yg kt cari?
air dan minuman kan?
(^^,)
lalu..
JOM MAKAN!
lalalala~

lokasi bertempat di Parameswara, Medan Ikan Bakar Umbai.
erm, most tip top than ther stall yg ada kat sne i guess..;)
ok lah straigt fighter.silap!straight to the point.-->
dari lokasi kedudukan yg strategik boleh dilihat pulau besar kalau cuaca clear dn cantik.
ikatan kain tudung membuai2 manja ditiup angin china selatan.
horozon kaki laut time nk sunset tu mmg lawa.
kuning keemas-emasan.heheh..
sgt romantik kalau pg dng yg tersyg..:p
ok jom tgk ape yg ada kat sne..
sedikit gmbr yg memungkinkan,
berlakunya mouth watering menjadi waterfall..:))
rasai nimatnya Malaysia~
weeee~
~ni udang masak sambal..service first class~

::OOHH!yg ini pula ketika baru 2,3 lauk yg sampai::

"ini pun sama juga, nyum3~"

'sotong masak tepung, ketam masak 3 rasa, udang mask butter'

^ikan bakar yg utama masak sweet sour dan kankung masak masala^
lauk2 ni dimakan bersama dgn nasi lemak.
ibarat equation nye :nasi lemak vs. seafood:
tp amaran kpd pesakit gout..udah2 la ye.
lihat boleh sentuh kurangkan..;p
dan petua dari ibu sy,
kalau mkn seafood kwnnye mstilah air limau.
ini bagus utk penghadaman perut.
tp ktorg minum dgn air kelapa muda..
ibu ayah je yg amik air limau.
heheh..ok lah..sehingga bertemu lagi~
salam 5, semanis ukhwah..




Friday, August 14, 2009

Thursday, August 13, 2009

semalam sgt membengangkan.
tp xpe, ujian utk mnguji kesabaran. ;)
masalah dlm bilik.
selesai!
masalah nk balik.
selesai.
tp,
masih sakit hati.
guard hai guard.
kalau bulan puasa blh batal puasa ni.
;)
dimaafkan dn sy pn mtk maaf.
hehehe.
masalah baru.
purse hilang.
cuai kn sy?
xpe ade lg manusia yg lbh malang.
ksian kami yg sme nsb ni.
lalalala~
Bukan malanglah!;)
tu semua kecuaian dr sendirik.
xcye? check balik sape y salah.
ΞΎ
-sy yg slh.-
hadapi dgn senyuman.
semua yg terjadik biar sahaja terjadik.
hadapi dgn jiwa tenang.
semua, kan baik2 sahaja.
bila ketetapan Tuhan.
sudah ditetapkan, tetaplah sudah.
-sy.-

Sunday, August 9, 2009

tadi, iqbal zahin msg.
mengingatkan agar balik pakai mask.
beliau cakap, ramai dmm.
pesanan dari kwn.
thanx kebal!~
erm.ada seseorang yg pergi bercuti.
pulau besar?
apa yg ada?;0
sy yg duduk melaka ni pun xsampai lagi.
beliau dgn sepupu sy yg paling kejam.
limpa nya dan ginjalnya sangat lembek.
perutnya penuh dgn katak.
lalu matanya kemerah-merahan.
eyekss..
hahaha..
kwn sy pergi ke sagil..
apa lah yg ada kat sana cik saudara/i?
takpe,hang out sesama kwn kan?
chill it out babe!
kawan sy..
marah2..
emo..
jiwa xtng..
haihs..kenapa nk mrh2?
rilex..
kitkat kan ada..
;)
-.hari ini sangat gembira~
apa kata..
off hnset.
sbb..
bg sape2 yg terseksa jiwa mereka,
rasa tenang dan damai.
apa kata..
kalau kita duduk sbentar,
dan fikirkan kembali.
sudah cukup baik kah kita?
untuk dpatkan sesuatu yg baik?
apa kata..
kt duduk dan fikirkan kembali,
apa sebenarnya matlamat kita utk hidup?
apa kata..
semua diam dan muhasabah balik dr sendiri..
apa kata..
tiada kata lagi....
-Jiwa meracau.-

Saturday, August 8, 2009

td. sy ym dgn iqbal.
beliau sgt cool.
walaupun seorg exco dakwah mpm.
kami bnyk berbicara ttg hidup.
hahaha..rupe2 nye die ni klaka.
tp..yg paling best. dia juga tidak suka pada manusia itu.
si hipokrit.
sudah dpt..:)
juga berbincang untuk lantikan s/u baru.
sy calonya.
tapi.
beliau salah org.
heheh..
dan juga kami berbincang mengenai naqib.
dia orgnye.
kami cuma mahu mnegetest je.
berbincang lagi.
mngenai surau utk perempuan.
dan bermacam lagi masalah yang timbul
sekarang ni..
termasuklah isu memancing undi yang
semakin hebat sy perhatikan..
adakah ini hanya rekaan?
tidak ada yg bnr melainkan
yg benar2 belaka..

-peace-