Monday, September 28, 2009

::AnDai AdA CiNtA....::

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti. Itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sakit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang….

1-KUAT AGAMANYA.
Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-BAIK AKHLAKNYA.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-unsur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada keluarga begitu ketara.

3-TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, disko, pub dan bar?

4-AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan uwang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikonsi bersama mereka yang berhak.

6-TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.

8-RAKAN PERGAULANNYA.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk ibu bapa dan keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.

10-TENANG WAJAH
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.

~salam semanis iman~

Saturday, September 26, 2009

::kuim,please be inform!!

Assalamualaikum...

Yg utama lg penting dan terutama...tiada yg lagi penting dari-Nya..

..txt utk student kuim yg dpt asgmnt khusus. *korg jgn dalih2 lg, sbb teha pun ada task dr cik yus jugek* ;p
  • first n foremost...kpd searching blogger dari kuim, please be consider when you guys bwt research ttg blog...nk xnk mmg sy punya blog pun akn di kaji juga kan *all of you researcher mst perasan kan ade elemen yg xckup*
  • Yes! I admit it! just wait till the holiday ends n things will change like a back...!promise it guys!
  • Serangan seranggan dan lipas kudung telah berlaku ke atas sistem blog dlm talian ni..lalu mengakibatkan sedikit permasalahan ke atas pemilik www.shogunchinta.blogspot.com utk mengakses segala setting yg sepatutnya ada telah hilang.....p/s: INI BENAR DAN BUKAN COBAAN TAU SEBARANG TIPU DAYA..
  • Cish! kamu wahai serangga perosak semua!!harap berbanyak lah mengucap kerana 'venom of king frog' sedang dlm penghasilan..moga2 ahad atau isnin ini naik sekolah semuanya akan berjalan dgn lancar..

..text utk cik yus..* tu pun klau beliau singgah dan baca smbil minum kopi*

  • Cik yus, benda da jadik xdpt lah sy ni nk menolak..
  • walau apa pun, akan sy kerah kudrat dan keringat tulang 4 kerat ni bg membaik pulih semula sepeti sediakala blog ini...
  • ttg asgmnt cik yus tu...dlm proses pembikinan..almaklumlah kn..raya2 ni xdpt carik internet yg berkelajuan mcm pkai streamyx rumah..yet utk broadband n wifi pun i only can give,2 n quarter star for the system! worst..sgt worst dan sungguh worst..
  • Dont worry cik yus, kami semua student duus akn bekerja keras utk cover markah ktorg yg shining tu bg carry mark sepanjang sem nih..
  • p/s:korg yg xtau duus tu ape, meh sy terangkan..(Dip in Law n Syariah..)
  • oklah cik yus..till then..sampai sini sahaja aduan yg ingin sy ketengahkan..
  • maaf lah atas gangguan raya yg cuba diprovokasikan..;p

-Salam risau salam gusar._

::Lets laughing::

text utk kak syaza..ahax#..

  • There something i should share with y'all guys..
  • hahahah..(big laughing and big clapping!) toooo....kak iera! my senoir oke..
  • p/s: sorry laa terbwt kn u cuak seketika wahai akk..
  • anyway...a lots of congrats! tp syg..knpe la xgrab opportunity yg dah sedia ade dpn mata..
  • kalaula sy yg sdg menulis and very2 love to writing and mubbling ni dpt offer jpa..
  • i just packing my bag n wait for my flight at airport..
  • lain org lain caranya..;p
  • anyhow pun,,i wish u gambatte to the co lawyer ni semuga dpt kawin cpt2!
  • hahaha..toink!toink! "as human being..we need love.."

::Kelewatan!!::

Salam n hai to everyone..

Alkisah bermulalah cerita...
3dara pingitan di hujung kampung..
berjanji bersama utk berhari raya...
lalu tiba masa yg dijanjikan..
membawa seekor kancil beroda 4..
bermulah penjelajahan menakluk bumi air molek..
JUGA!4 jejaka sepupu Hang Tuah turut serta ke medan perang..
jajahan pertama..
Selesai! Pertarungan yg memakan 35 minit 32 saat..
Sultan Apis kecundang akhirnya..
Dengan hati yg duka nestapa,
jadilah beliau laksamana kami..
kasihan...
ke hulu ke hilir setia disisi..
Menjadi peta utk ke rumah bekas nakhoda Arab kami...
Ustat Syauqi, jajahan seterusnya dijejaki..
Oh sedikit sayu utk kami serangi..
kerana.....
Sultanah perempuan tiada di sisi..
Jauh ke Arabia mencari rezeki..
Utk yg tercinta dah tentulah si suami..
Lalu, dgn perikemanusiaannya..pulanglah dgn hati yang murni...
Bukan di situ penjajahan berhenti~
masih ada yg perlu ditakluki..
Lalu..
Dayang Istana, Hafizah Hussin kami jejaki..
Mencari redha dari Illahi..
Bukan ape..
bermaafan di hari yg diberkati..
hehehe...
Bertembung pula dgn gerombolan dari unit alteleri..
Habis musnah segala juadah yg diisi..
Habis kepenatan dara dan pemuda..
Meratah kegelapan pulanglah pula..
Sedekit kelewatan berentak senada..
Tiba di rumah lewatlah sudah!
Baiklah maharaja dan maharani sangat memahami..
kelewatan anakanda harap dimaafi..
janji xbwt lagi..
Sungguh!Anakanda insafi kesalahan ini..
Terima kasih bonda..
Terima kasih ayahanda..
ESOK KITA BERAYA DI KOTA..
heheh...neglect all the miong and biong things happen upside there~

Friday, September 25, 2009

::kesibukkkk::

salam aidilfitri..

masih dlm mud berhari raya..weee~
tetamu xputus2 kunjung tiba..
hai..penat dan pasrah..;)
duduk dapur tolong ibu..
tapi seronok!
sbb time mcm ni lah dpt merapatkn hbgn dgn keluarga..
bila along mula berceloteh..
bila angah galak dgn lawaknya..
dan bila sy! menyambut dgn gelak yg xputus2..
masa utk kira duit raya!
lalala~
collection tahun ni agak meningkat..:p
mungkin sbb da besar kot..heheh..
lalu, sampul duit raya msti dah diasingkan utk yg kecik dan yg besar..
so, yg besar ni dpt la duit raya lbh..
dan yg uniknya raya kali ini..
sekeping 5$ dolar amerika turut terselit..
thanx incik fahmi..
kesian awk kn first raya dah kne balik ke sana..(^^,)
p/s: incik redza: kalau baca tlg sediakan duit raya oke dr sana..heehhe
oh lupa!kami ziarah kubur atuk dan nenek..
kat johor dan melaka..
sayu dan syahdu..
bila igtkn mereka yg da pergi..............................
yg masih hidup..
teruskn hidup dan sedekahkan doa utk mereka..
"dan igtlah, tidak akan putus 3 perkara setelah kematian kita,
iaitu ILMU YG BERMANFAAT,SEDEKAH JARIAH, DAN DOA DR ANAK YG SOLEH"
(p/s:mizbi: kalau singgah tgk dan ade yg silap, tlg betulkan ek!)
oh...lupa juga!kami berjalan2 ke bnyk rumah sedara..
rasanya xcukup lah kan cuti seminggu..
bnyk lagi plan2 yg tergendala..
OMG!..naik ni ade midterm undang2 syarikat! whuss..goreng je la kes dgn seksyen yg ade.
Puan mashitah, maka akn sy distort kn lg segala seksyen yg ade!
hahahah..(gelak jht sikit je)
dlm 3 minggu lagi,final..
besedia utk menjaadi burung hantu..
doakan yg baik2 sahaja utk sem kali ini..
-slm penuh kekaguman.-

Saturday, September 19, 2009

::Salam Syawal Tinggalan Ramadhan::


Salam n hai to all readers..


Kini tiba masanya berhari raya..

Muslimin dan muslimat, berjalan bersama...

;) serangkap lagu membawa seribu makna..;)



Syukur alhamdullilah..

Masih aku sempat menghirup,

manisnya udara yg telah Kau ciptakan

Ya Allah..


Usai sudah sebulan berpuasa.

Pejam celik, pejam celik..

sampi juga ke garisan penamatnya bulan Ramadhan ini.


Selamat Datang Syawal!

bulan bg meraikan umat islam sesudah berakhirnya

Ramadhan..

Bulan kemenangan..


Namun, menang sudah kah kita dalam membendung nafsu sendiri??

menangkah kita dlm godaan amarah sendiri?

menang sudahkah kita dlm mengawal diri?


Tepuk dada, tanya iman.

;p



Kawan2! Selamat hari raya..

MAAF ZAHIR DAN BATIN..


Diri yg kerdil ni bnyk khilafnya..

bnyk kurangya..

bnyk cela pada sifatnya..


Lalu, dgn rendah dirinya..

izinkan ke dua tgn bersimpuh maaf..

utk lisan yg tak terjaga..

laku yg terlanjur..

janji yg terabai..

hati yg berprasangka

dan sikap yg menyakitkan...


Raya jemput dtg rumah!(",)


-Noor Fateha bte Arshad._

Thursday, September 17, 2009

::Sesuatu di dalam kotak::











salam and hai to everybody..

agak lama jejari runcing ni xmenari lincah.
mungkin kebizian yg melanda mnyebabkan sedikit sebanyak masa utk mengadap komputer agak terganggu.
mungkin....
penat mengurusan urusan harian..
kadang2 emosi turut terganggu..
maaf kpd insan2 yg berhampiran, jika ade yg kena tempias windy emotion sy ni..:))
jom selak ape yg minggu ni sgt memenatkan?

7.9.09= midterm csc (Introduction to system computer)

  • ergh!segala jenis system dan segala jenis permainan yg nk dihafal.

  • luck was beside me maybe..even last minute stdy, soalan yg keluar agak2 ade la yg sama..

  • p/s: tapi sy mmg sengal bg subjek ini. huhuh..

8.9.09= midterm ulum quran+ ulum hadis (tahriri gk utk 2 surrah yg perlu dihafaz)
  • aiyakk!6 bab tu~ nsb bk subjek ni ala2 alquran sunnah time f4/f5 dulu..

  • ustat punye cabaran menyerabutkan minda mmg syok! keluar2 je kpala cam miong ayam sket..;p

9.9.09=midterm usul fiqh

  • i have no comment bout it..dalil yg perlu dikeluarkan oke!

xigt ari apa. midterm undang2 kontrak.

  • overall...maybe oke..but for the result....nGeee~


  • hope puan Marina xrealise about the distort seksyen i had made..haha..

xigt gk ari ape.

have to conduct a meeting. for my midterm result bg subject..english for law..lalala~ xmu dgr ape2 komen dr sir helmi dan korang2 yg menjadi juri..;p

hahah,,juga mnghntr our paper work bg mini project.!! sgt bz dn sgt risau! pika, harap sir helmi terima la ek!

kenapa perlu sem ni sgt struggle dan mengfreaking kan minda sy?

oh..tiada jwpnnya..i've to attend the meeting, have to prepare my final..and have prepare to finding a lot of budget for our program.. can somebody out there helping me and trying to resolve it?(^^,)..


lately, when it was nearly midnight yg gelap dan seram, will lying in my bed sambil kira cicak, and blankets drawn right over my head like a tent di tgh2 hutan amazon..thinking bout life,friend,career, famly and future.. i wont lag far behind just because of my 'laziness'..heheh..study vigourously and more slightly than before!..n later u gain the reward! ini semua ayat2 utk membosting kan spiring utk belajar je..konon! huhuh.

padahal dlm bilik,,ya allah! Anita Zuraini Hishamuddin je yg tau cmne gamaknya..hahah..okelah, radically my whole of this week..sgt2 memenatkan..

neglect all the stress! n come close with Aidilfitri!semoga allah mempermudahkan segala urusan dan meredhai+merahmati dlm sy mencari ilmu..amin~

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..





















::layankan~::

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

3] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

4] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

5] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

6] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

7] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

8] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

9] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

10] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

11] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

12] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

13] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

14] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

15] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

16] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

17] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

18.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

19] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

20] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

21] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta..

::Hati::

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.


Ini dialog merekaIsteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?


Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!


Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.


Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..

Wednesday, September 16, 2009

Keutamaan Puasa 6 di Bulan Syawal

Daripada Abu Ayub bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari pada Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini menjadi dalil puasa enam Syawal adalah sunat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya. Orang yang berpuasa Ramadan diikuti puasa sunat enam hari pada Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun.




Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.

Puasa Syawal berfungsi sebagai penyempurna daripada kekurangan.
Seseorang yang hendak berpuasa sunat pada Syawal adalah lebih lebih baik berturutan seperti puasa Ramadan, tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

Cara berpuasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan. Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara berselang hari asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah s.a.w. menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan tidak pada pertama Syawal dan masih di dalam bulan Syawal.

Walaubagaimana pun puasa enam adalah lebih baik disegerakan pelaksanaannya berdasarkan kepada firman Allah s.w.t.:

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
[Surah Ali Imran 3:133]


Kelebihan puasa enam hari pada Syawal, Ia sebagai tanda diterima puasa Ramadan yang kita laksanakan. Ibadah ini juga sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang diberikan pada Ramadan seperti nikmat kesihatan tubuh badan, ganjaran berlipat kali ganda, Lailatulqadar, ganjaran bersahur, berbuka puasa dan sebagainya..

Oleh itu, antara tanda kesyukuran yang dapat dipamerkan daripada seorang hamba ke atas pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan kepadanya adalah dengan berpuasa enam. Sebaliknya, jika diganti dengan perbuatan maksiat, maka ia termasuk kelompok orang yang membalas kenikmatan dengan kekufuran. Apabila dia berniat untuk kembali melakukan maksiat lagi, maka puasa radhanya tidak akan terkabul.

Di antara kelebihan-kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal itu ialah :

1. Puasa enam umpama solat sunat sabelum dan selapas sesudah salat fardu bagi menampung kekurangan puasa fardu.

2. Puasa enam menjadi tanda diterima puasa Ramadan yang kita kerjakan.

3. Sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadan.

4. Mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya.

Oleh yang demikian marilah kita bersungguh-sungguh berpuasa enam dan merebut peluang yang ada demi mendapatkan kelebihan-kelebihan yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredaan-Nya.

Saturday, September 12, 2009

- NEW ENTRY POST-

de ja vu' ~

hidup ni...mmg pelik..
kdg2 dlm sekejapan kita semua di atas..
dan kdg2 sekejapan kita semua kat bwh..
kenapa semua ni berlaku??
kdg2...hidup ni mcm da pernah di lalui..
perah xkorang rase situasi tu?
de ja vu..
mungkin juga..
-.moing.-0

Tuesday, September 8, 2009

::I am the breakheart kid::

gosshh!never thought this weekend will be hell like this!
breakin my fasting alone without them..
my luvish..
as usual like im at home..
home sick!
yes I AM!
hopefully...ayahanda will fetch after finishing my dean's ceremony~
bonda~~~~ I MISH U much more and chipsmore..
plus with my boss my hero surely..

Friday, September 4, 2009

::Aku insan kerdil::

Maruah dan harga diri..
2perkataan yg berlainan kosa kata,
tapi mempunyai maksud yg hampir terarah..
xsalah utk kt bergembira dlm hidup.
sebab hidup mmg sekali..
dan kehidupan sebagai seorang remaja mmg xkn dtg bkali2..
oleh itu, kpd sahabat2 di luar dan juga igntn utk diri sendiri juga, berpada-pada lah dlm menghirup udara dan nikmat dlm kt berlari mengajar erti utk dewasa.
terkadang kt silap dlm membuat percaturan..
terkadang kt leka dlm memastikan hidup kt ni menuju kepada kesempurnaan.
ye mmg xde manusia yg sempurna..
tp xsalah kn dlm kt mencarik satu titik kehidupan yg mancapai redha-Nya cuba lah berlari menuju kepada kesempurnaan..
biar kt menjadi org yg lambat sampai ke garisan penamat.
namun jgn sesekali kt terjatuh di tempat yg sama berulang2 kali..
dan sampai dgn cepatnya ke garisan itu..
Wanita..ibarat mawar..
berbau wangi dan menzahirkan pesona yg menarik..
si kumbang sentiasa mengintai peluang utk menghirup manisnya madu si mawar tersebut.
Awas mawar! sekali dihirup..
tiada apa yg tinggal..
igtlah..ibu dan ayah membesarkan kt dgn penuh kasih syg..
sanggup mengerah keringat demi melihat kegembiraan yg terpancar di wajah kita..
lalu??!apa yg tinggal lagi bila sudah ada tgn si kumbang yg mengusik?
jaga lah yg satu tu..
sukar utk dipelihara..
tp sangat senang utk diragut oleh si kumbag durjana..
namun..jgn menyalahi si kumbang jika ia sudah berlaku..
bertepuk sebelah tgn xkn berbunyik..
fikir berkali2 sblm berani untuk mengambil keputusan drastik itu..
sekali berlaku..yg lama xkn bertukar menjadi asal.....
lemahlah kita sebagai insannya yg dipertanggungjawabkn utk memikul tugas sebagai khalifah di muka bumi ini, jika yg diamanahakn sudah pecah berderai kerana cuainya diri sendiri..
-.pesanan utk diri yg sentiasa lalai.-