Sunday, July 18, 2010

silap

Assalamualaikum dan selamat mlm!

Sebelum tido ni tiba2 tgn rasa mahu menulis.
3 hari xdi update sbb ada induksi. Masya Allah. Hebat induksi tu rupa2 nya. Rugi sgt siapa yg xsempat joint sekali.

Ok lah. Merujuk tajuk entry di atas.

Ma'iz mengaku melakukan kesalahan zina dan dia merujuk kepada Rasulullah s.a.w. sebanyak tiga kali. Setiap kali beliau merujuk kepada baginda, baginda menolak untuk melaksanakan hukuman hudud ke atasnya. Ma'iz pun tetap datang semula untuk membuat pengakuan sekali lagi. Sehinggakan apabila hukuman hudud dikenakan ke atasnya.
dia lari kerana tidak dapat menahan kesakitan hukuman hudud. Orang ramai tidak membenarkan Mai'z lari dan meneruskan pelaksanaan hukuman ke atasnya sehingga mati. Perkara itu sampai kepada Rasulullah dan baginda bersabda: ``Kenapa kamu tidak membiarkan dia (lari) kerana dia mungkin akan bertaubat, maka Allah akan menerima taubatnya.''

Entry ini bukan merujuk kepada zina dan humumannya. Oh tidak. ;)

Cuma apa yang mahu diselak dan direnung sedikit pada kisah di atas.

Bagaimana berkhidmahnya cara Rasulullah dalam menangani masalah. Bukan masalah kecil. Zina. diulangi ZINA. Bukan masalah berkaitan salah laku yang tidak termasuk di dalam konteks dosa-dosa besar. Namun bagaimana rasionalnya baginda dalam menyelesaikan masalah?

Lihat:
Mengapa tidak pada waktu itu, terus sahaja baginda memarahi atas apa yang telah berlaku?
Mengapa tidak, pengakuan yang pertama sahaja terus diterima baginda?
Mengapa baginda memilih untuk menerima pengakuan yang ketiga?

Mungkin pemilik blog hukan dari kalangan ahli yang mampu menghuraikan mengikut kepada skop yang sangat detail dan yang sangat sahih.
Cukuplah hanya sebagai pengajaran yang boleh dipraktiskan sendiri secara peribadinya dalam diri penulis dindimg comot tapi comel ini.;o

Cukup. lihat sendiri apa yang tersembunyi.Zahirkan sendiri mengikut firasat diri.

Bertuah pada siapa yang menginsafi kekurangan diri. La Tahzan ya imraah~ ;p

Salam bertemu!

Thursday, July 15, 2010

kerdil

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Merujuk kepada tajuk entry di atas. Agak luas konsep definisi yang boleh dihuraikan.
Terpulang kepada mana-mana makhluk yang ingin menafsirkan sebagai apa.

Entry kali ini agak serius mungkin.

Kadang dugaan datang melanda.
Kadang teman tak sehaluan.
Kadang kejayaan gagal dicapai.
SABAR! Itu ujian dariNya.

Namun, kalau dah berusaha sehingga ke peringkat maximun, tapi kejayaan masih gagal dicapai. Kenapa mcm tu?

Jangan hanya bercakap sudah berusaha sudah berdoa sudah bertwakal. Sekadar kata di bibir hanya untuk menutup hakikat sendiri untuk apa?

Mengaku kelemahan sendiri adalah cara yang sgt baik untuk menilai di mana kualiti diri sendiri. Bukan menilai orang lain. Tapi. NILAI LAH DIRI SENDIRI dahulu. Bak pepatah omputih, "Figure urself before u'r judging others"

Kenapa dan kenapa dan kenapa. Kejayaan sukar dicapai walau pelbagai cara sudah dilakukan? Fikir semula tindakan-tindakan yang telah dilakukan. Kalau xhabis-habis menyumpah orang, xhabis-habis mencarik kelemahan dan kesalahan orang lain. Bila masanya utk muhasabah diri sendiri? Fikir dan renungkan.

Mungkin tiba sudah masa untuk mengubah diri supaya menjadi pemaaf. Bukan hanya mendendami kesilapan-kesilapan orang lain. Siapa kita untuk menjadi manusia yang sangat bongkak dgn kelebihan yang ada? Siapa kita untuk jadi makhluk yang sangat ego untuk memaafkan kesalahan orang lain? Siapa kita untuk berlawan siapa lebih hebat dgn makhluk yang lain? Sampah kita jika hanya fikir diri kita lebih hebat dari segalanya.

Sehinggakan kita lupa. KIta lah makhluk yang KERDIL berbandingNya. Dosa sesama makhluk perlu dilunaskan . Buang lah dendam wahai dinding yang comot. Xdi bawa ke mana. Biarkan sesiapa pun yang lebih daripada kita. Mungkin memang bahagiannya, dan rezekinya untuk mendapat keebihan yang lebih daripada kita.

Oleh itu? Untuk berjaya BUKAN hanya usaha semata-mata. Tetapi, PELIHARALAH HUBUNGAN SESAMA MANUSIA. agar dipermudahkan urusan sesama kita. Lagi-lagi pelajar. Belajar pun xhabis lagi. Masih jauh hala tuju dan langkah yang perlu direncana. ;o

Nota kaki: Berkat dan rahmat Allah bergantung kepada sejauh mana kuatnya ingatan kita kepadaNya. <.>

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]



U/P: sila lekat kuat2 ye penulis blog.

Salam dan semoga bertemu lagi.

Wednesday, July 14, 2010

rebas.rintik

Assalamualaikum..

Bicara tanapa suara. Hanya pandangan mata sebagai penawar. Hihihi.. Hujan membawa rahmat. Ya! Tiada suara perlu diluah.. sekadar sebuah senyum di utus mesra . Tanda perkenalan. ;o

Menggengam janji. kau ku sanjung tinggi. Moga secebis senyuman menjadi penawar ketika hati bergelodak. Lalu, kau hulur payung tanda salam kasihmu. (menari dan terawang2) .

Kalau ada sejuta seperti mu. Yakin, hanya kau satu di hati. Jika kau bukan seperti yang lain. Yakin hati ini mmg milikmu. Jika kata mu hanya satu untukku, Yakin kau pasti akan bahagia di sampingku..

Wink3! Perasaan apa yg sedang bermain2 di laman hati wahai dinding comot?!
Usah ditanya.Ini kan rumah kami. Suka kami lah mahu hias kan apa warnanya. Hahhah.. Give me 5 si dinding comot! hihihi..

Ok, semoga esok kita bertemu lagi. Semoga ada entry seterusnya..;P

Salam syg!

Tuesday, July 13, 2010

Selamat kembali!

asssalamualaikum dan salam sejahtera.

Ya Tuhan..
lamanya sgt xupdate blog comel ini. ;o ye. blog sy sgt comel. ada sebarang bantahan?
hahah..silakan utk tekan butang pangkah (x) ya. hihihi..

permulaan semester yang agak baik. yang agak memuaskan i'allah. moga2 berterusan sehingga ke akhirnya.

Walau ia baik, dugaan tetap datang mencabar. Walau ia cantik, pasti ada buruk yang akan terpalit. Walau ia hebat, pasti tersembunyi sedikit lemahnya. Namun itu semua bukan penghalang yang besar. Bahkan sebagai pemangkin semangat utk terus dan terus ke hadapan.

Alhamdullilah Ya Allah, atas rezeki yang telah Engkau berikan. Aku bahagia. Aku gembira. Ya, mungkin sekejap. mungkin xselama-lamnya kita di atas. Mungkin esok pemilik blog ini akan berada di bawah. Tapi, bukan kah itu lumrah dalam kehidupan? Heheh. What turn around will come around dear. ;)

Xpe, sabar terus dalam menjalani tanggungjwab. Berat sebenarnya amanah ni kan? Sebagai anak, sebagai pelajar dan yang paling penting sebagai hambaNya. Ok, i'allah akan menyusul entry yang lain selepas ini ok dinding blog yg comot. kikiki..

Salam penuh rahsia.;p