Sunday, July 18, 2010

silap

Assalamualaikum dan selamat mlm!

Sebelum tido ni tiba2 tgn rasa mahu menulis.
3 hari xdi update sbb ada induksi. Masya Allah. Hebat induksi tu rupa2 nya. Rugi sgt siapa yg xsempat joint sekali.

Ok lah. Merujuk tajuk entry di atas.

Ma'iz mengaku melakukan kesalahan zina dan dia merujuk kepada Rasulullah s.a.w. sebanyak tiga kali. Setiap kali beliau merujuk kepada baginda, baginda menolak untuk melaksanakan hukuman hudud ke atasnya. Ma'iz pun tetap datang semula untuk membuat pengakuan sekali lagi. Sehinggakan apabila hukuman hudud dikenakan ke atasnya.
dia lari kerana tidak dapat menahan kesakitan hukuman hudud. Orang ramai tidak membenarkan Mai'z lari dan meneruskan pelaksanaan hukuman ke atasnya sehingga mati. Perkara itu sampai kepada Rasulullah dan baginda bersabda: ``Kenapa kamu tidak membiarkan dia (lari) kerana dia mungkin akan bertaubat, maka Allah akan menerima taubatnya.''

Entry ini bukan merujuk kepada zina dan humumannya. Oh tidak. ;)

Cuma apa yang mahu diselak dan direnung sedikit pada kisah di atas.

Bagaimana berkhidmahnya cara Rasulullah dalam menangani masalah. Bukan masalah kecil. Zina. diulangi ZINA. Bukan masalah berkaitan salah laku yang tidak termasuk di dalam konteks dosa-dosa besar. Namun bagaimana rasionalnya baginda dalam menyelesaikan masalah?

Lihat:
Mengapa tidak pada waktu itu, terus sahaja baginda memarahi atas apa yang telah berlaku?
Mengapa tidak, pengakuan yang pertama sahaja terus diterima baginda?
Mengapa baginda memilih untuk menerima pengakuan yang ketiga?

Mungkin pemilik blog hukan dari kalangan ahli yang mampu menghuraikan mengikut kepada skop yang sangat detail dan yang sangat sahih.
Cukuplah hanya sebagai pengajaran yang boleh dipraktiskan sendiri secara peribadinya dalam diri penulis dindimg comot tapi comel ini.;o

Cukup. lihat sendiri apa yang tersembunyi.Zahirkan sendiri mengikut firasat diri.

Bertuah pada siapa yang menginsafi kekurangan diri. La Tahzan ya imraah~ ;p

Salam bertemu!

No comments:

Post a Comment