Tuesday, August 31, 2010

assalamualaikum..

Selamat petang dan selamat baik2 semuanya..

Petang ni P.dc xtau lah nk bwt ape.
Hai sgt boring.. sgt tertekan..dan sgt bosan..

Sebabnya:

yg pertama: P.dc xdpt balik cuti2 ni.
yg kedua: Whuaa.. semalam xda kelas.
yg ketiga: campur hari ni dan campur semalam punya cuti. sepatutnya boleh kat rumah ni tido dan berbuka puasa dgn family!
yg kempat: P.dc risau sebenarnye ni, assigment xsipa2 lagi.
nak hantar minggu ni pulak tu..
yg kelima: minggu ni ari JUMAAT, ada midterm untuk Undang-undang Tort. Adoi..
Nasib baiklah teori je ..
yg keenam: Laptop P.dc bermasalah ni! Apa daa~ Risau jugak kalau2 software dan ape segala barainye ntah2 made in china kot? hahaha.. nasiblah labu..;p

Ok nextnye, yg bwt P.dc mmg susah hati sgt2 ni sebab study lah kot..

Asgmnt,Presentation,Kuiz,Midterm.... Oh Tuhan..kalau xkuat ni, dah rebah agaknya jatuh macam nangka busuk.

Takpe2, P.c try elesaikan satu persatu2. Agaknya kan, ni lah ujian Tuhan ek di tahun2 akhir belajar ni mcm2 dugaan yg diturunkan.

Pengalaman nti bila dah habis belajar kot. Hehehe..

Yg penting, P.dc mau cepat2 abis minggu ni! Setle kan dgn midterm dan submit Undang2 Keterangan. Kemudian..Kemudian.Kemudian...Nak cuti! Hoiye!Hoiye! RAYA~

Hehehe..okelah P.dc mau berehat sekejap..kemudian mahu bercinta dgn incik Tort! Kikiki..

Ibid// Kepada yg pg pasar ramadhan tu, hati2 memandu. Sy mahu hidup dgn awk tau.. heheh.. Bye2!

Wasalam.

Tuesday, August 24, 2010

S A B A R

Assalamualaikum..

Sebelum mata jauh melayang, baik lah kejap P.dc pun layankan rentak jari jemari ni.

Hehehe. kepada yang berkenaan, maaf ye izinkan beta mencurik sedikit masa emas yang ada ni untuk bermanja dgn si dinding comot. ;)

Esok kelas pukul 8 pagi. Alaai. masih sangat awal ni kot pukul 1 pagi nak tido dah. Keh3.. So marilah kita semua berfoya-foya sebentar dengan nota-nota cinta yang ada ni oke.

Xtau pun sebenarnya nk bermadah pujangga apa malam-malam camni. Nak mengadu nasib. Haii labu, rilexlah! Masih ada time yg banyak untuk perbaiki apa yang kurang.

Masih ada ruang untuk mengisi ape yang terluang.
Masih wujud peluang untuk memiliki apa yang terbuang.

"O.o"


Kesimpulan? Mari berusaha ! sambil teruskan tersenyum. Jangan dibuang sedikit senyuman hanya kerana sedikit 'gurauan kasar' dari pihak-pihak yang terbabit. :)thanx peeps!

Gila! A Big salutation kat hadirin yang wujud dengan niat untuk mencatas kejayaan orang lain. ;p hihihihi.. anyhow is it happen, i wish guys we will endure our scrol with a huge of smile. n Say Cheese....:)))))


Baiklah, marilah semua tido dan sebelum melelapkan mata, kita berdoa moga esok hari masih ada dan masih wujud ruang untuk mencari kekurangan diri.

Lailan Saleemm~~

Nota kaki: Ini adalah nota bertaip yg tidak memerlukan eksperesi wajah bagi menzahirkan amukan emosi yang wujud. P.dc membaca ia dengan penuh SENYUMAN. oleh itu bersedekahlah anada semua dengan cara yang paling mudah. SENYUM.;)

Wednesday, August 18, 2010

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..
Hari ni pemilik dinding xdapat pergi ke kelas sebab mengalami demam panas yang teramat.Segala perancangan tergendala bila demam ni.. Banyak kuliah dan tutorial yang terpaksa ‘diponteng’ kan. Haii labu, nasib lah semester ni banyak pulak dugaan yang datang bertimpa-timpa. Dengan aktiviti Majlis Perwakilan Mahasiswa nya lagi yang selalu sangat cut masa untuk masuk kelas. Manalah ibu xbising. ;) Hihihi.. xpe bu xpe. Nanti pemilik dinding comot(P.dc) ni cuba untuk struggle dan buktikan pada semua yang sebenarnya tugas Setiausaha MPM ni bagi lagi banyak mendapat redha dariNya kalau kita buat kerja dgn ikhlas dan kerana Allah. Wee~
Mungkin jugak demam ni kan sebagai kaffarah dosa-dosa lalu. Oleh itu, terima saja lah dengan hati yang terbuka oke. Dan Allah sebenarnya sedang menguji keimanan hambaNya lagi-lagi di bulan Ramadhan bulan Barakah ni. ;)

Haa lupa P.dc nak berkongsi tips mengenai kehebatan atas apa juga sumber pertolongan yang Allah turunkan. Sebenarnya P.dc sendiri macam rasa sgt ajaib. Kenapa cepat sangat demam ni kebah? Yelahkan kalau ikutkan kepada akal manusia yang normal, system badan manusia bila dah hang, dah jatuh sakit mesti lah kena amik masa untuk pulihkan semula kan? Ibarat mesin yang beroperasi sentiasa, sekali bila rosak mesti punya amik masa untuk baik pulih dan berfungsi macam sediakala. Ha macantulah jugak tubuh badan manusia.

So, apa yang P.dc nk ckpkn kat sini. Sepanjang P.dc terbaring dan xlarat untuk bangun waima nak solat sekalipun, P.dc amalkan baca selawat syifaa’. Xkisahla time tu kepala nak berpusing 365’ sekalipun. Dan Alhamdulliah. Time P.dc nak turun tunggu van nak ke Hospital Terendak time tu, tiba-tiba P.dc rasa mcm dah diberikan kekuatan oleh Allah untuk rasa cergas sikit berbanding dengan hari semalam nya.

Takjub betul. Tapi xlah terus baik demam tu kan. Cuma diringankan sedikit kesakitan P.dc. Dan mungkin jugak berkat doa-doa insan sekeliling yang masih menyayangi diri P.dc. Terutamanya Ibu dengan ayah. Dan juga Mr X, Anita Zuraina, Nadiah, Pika dan Kak wan. Roomate yang lain pun sama! Thanx pada korang yang prihatin dengan masalah jiran sekeliling. Heheh.. Kesian diorang sampai tak tido malam dibuatnya.
Sehinggakan ke saat ini, P.dc sangat2 bersyukur dengan rezeki yang Allah dah berikan dan masih sempat lagi P.dc bernafas menghirup udara milikNya. Mendengar suara ibu dan ayah. Dan masih mampu mellihat nota-nota yang diberikan oleh pensyarah. Kalau sempat ni, dapat lah P.dc merasai kenikmatan berbuka puasa bersama kawan2..;p Ameen Ya Rabbal Alameen. Alhamdullilah.

Ni P.dc sertakan dengan selawat Syifaa’ nya ok. Tapi ingat! kita bergantung kepada Allah. Bukan kepada ayat. Sebab yang mengkabulkan apa juga permintaan kita adalah Allah. Ayat hanya sebagai medium penghubung antara kita dan pemilk kita. Moga kita sentiasa berada di bawah lembayung RahmatNya.







Moga bertemu di lain dinding!
Selamat berbuka puasa~ ;p

Thursday, August 12, 2010

.Barakah

Assalamualaikum si dinding comot dan segala isi di dunia ini..Salam Sejahtera sekali lagi..;p

Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ala Ramadhan..

Hihhihi.. sangat seronok pemilik dinding dapat berpuasa untuk hari yang pertama bersama keluarga. Jangan cemburu ye pada sesetengah pihak yg tak dapat berbuka dan bersahur bersama keluarga. ;)

Bagi pemilik dinding comot, puasa pertama merupakan hari yg cukup penting dan sangat bermakna untuk bersama keluarga. Hai macam manalah nasib kawan2 yg jauh kat perantaun tu kan?

Oklah, bercerita mengenai puasa. mungkin ada yg melihat bahawa ibadah ini semakin tahun kelihatan semakin biasa dan tiada apa yg meriah pada sambutanya kan?kan?
itu mungkin bergantung kepada perbezaan 'mind set' yg telah dibuat antara kita penduduk di Asia Tenggara yg dipenuhi dan dilimpahi dengan keamanan dan rezeki yg banyak berbanding dengan negara-negara Timur Tengah.

Bagi mereka, yang didahulukan adalah Ramadhan. dan yng diraikan adalah Syawal. Bulan berbeza mungkin. Tetapi dalam mencari keberkatanNya dan keredhanNya tiada perbezaan. Hanya satu titik pertemuan yang diinginkan.

Moga Ramadhan kali ini, pemilik dinding mampu untuk mengharunginya penuh dengan keinsafan dan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan memandang mata ibu dan ayah yang mengharapkan kejayaan dari puteri bongsunya. Ya, Pemilik Dinding Comel lahhh tu! ;p
hihihihi..

Tiada mahu untuk meneruskan permainan tarian jari-jari ini. Bersiap untuk Asar dan kemudiannya teruskan kepada kertas kerja lalu kita sama-sama menadah tangan kerana mampu menghabiskan Ramadhan pertama dengan baiknya. Insya Allah. Ameen~

RAMADHAN KAREEM,
Kullu sannah wa anta ILALLAHI aqrab, wa'ala to'atihi adwam,
wa ilall jannati ashwaq, wa 'aninnari ad'ad.
Kullu sannas wa anta alfu kheir...


Semoga bertemu lagi si dinding comot!
Salam alaik wa barakallah alaikhum~

Friday, August 6, 2010

.sibuk

assalamualakum dan selamat petang! :)

Hello n hai semua!

Kesian dinding comot ni dah rehari-hari ditinggalkan tanpa sedikit palitan..
hihihi.. pemilik dinding agak sibuk sedikit dengan urusan yang perlu diselesaikan..

Minggu ni merupakan minggu paling sibuk di dunia bagi pemilik dinding.. manakan tidak, Makan Malam Graduasi perlu di hadiri. Dengan Majlis Konvokesyen lagi. Kemudiannya melayari laman sesawang untuk tugasan assigment. haii bila lah badan mahu dibelai dengan keempukan katil?:p

Xpe2..sesungguhnya, menuntut ilmu benda yang paling mulia kan dinding?
biar penat.biar letih.biar jauh sekalipun perjalanan. yg wajib perlu didepankan. yg kurg wajib perlu dibelakangkan sedikit. kikiki..;)

Bercerita berkaitan dengan Istiadat Konvokesyen yg pemilik dinding comot ni hadiri, bagus kot pada siapa yg mempunyai semangat yang kuat untuk belajar.

Cuba korang bayangkan jap ek......

Untuk Anugerah Terbaik Keseluruhan je, bila nama pemilik tu dianugerakan semua student dari fakulti korang akan bangun dan kemudian bagi tepukan siap diiringi lagi alunan gemelan. fheww~ Bangga kan? ;pppp

Terberangan sekejap lah tu diri pemilik blog. kikiki..berangan xsalah kan?
Lambung setinggi mana pun nk berangan, biar dia sangkut kat pokok kelapa pun xpe..

Hehehe.. Tapi xkesah pun tu semua. pemilik dinding sangat suka dengan istiadat semalam! Yes! Fateha Arshad like this~ hihihih..

Dan buat plus yg lagi pemilik dinding comot suka. TERIMA KASIH untuk awk yg menghepikan keadaan semalam.. (",)

Moga yg suci itu hubungan.. yg bahagia itu pemilik hubungan. Insya Allah. Ameen..

Untuk si bunga, duduk diam2.. ! wink3#

Selamat berjumpa di lain hari si dinding comot!

Salam>>.

Sunday, July 18, 2010

silap

Assalamualaikum dan selamat mlm!

Sebelum tido ni tiba2 tgn rasa mahu menulis.
3 hari xdi update sbb ada induksi. Masya Allah. Hebat induksi tu rupa2 nya. Rugi sgt siapa yg xsempat joint sekali.

Ok lah. Merujuk tajuk entry di atas.

Ma'iz mengaku melakukan kesalahan zina dan dia merujuk kepada Rasulullah s.a.w. sebanyak tiga kali. Setiap kali beliau merujuk kepada baginda, baginda menolak untuk melaksanakan hukuman hudud ke atasnya. Ma'iz pun tetap datang semula untuk membuat pengakuan sekali lagi. Sehinggakan apabila hukuman hudud dikenakan ke atasnya.
dia lari kerana tidak dapat menahan kesakitan hukuman hudud. Orang ramai tidak membenarkan Mai'z lari dan meneruskan pelaksanaan hukuman ke atasnya sehingga mati. Perkara itu sampai kepada Rasulullah dan baginda bersabda: ``Kenapa kamu tidak membiarkan dia (lari) kerana dia mungkin akan bertaubat, maka Allah akan menerima taubatnya.''

Entry ini bukan merujuk kepada zina dan humumannya. Oh tidak. ;)

Cuma apa yang mahu diselak dan direnung sedikit pada kisah di atas.

Bagaimana berkhidmahnya cara Rasulullah dalam menangani masalah. Bukan masalah kecil. Zina. diulangi ZINA. Bukan masalah berkaitan salah laku yang tidak termasuk di dalam konteks dosa-dosa besar. Namun bagaimana rasionalnya baginda dalam menyelesaikan masalah?

Lihat:
Mengapa tidak pada waktu itu, terus sahaja baginda memarahi atas apa yang telah berlaku?
Mengapa tidak, pengakuan yang pertama sahaja terus diterima baginda?
Mengapa baginda memilih untuk menerima pengakuan yang ketiga?

Mungkin pemilik blog hukan dari kalangan ahli yang mampu menghuraikan mengikut kepada skop yang sangat detail dan yang sangat sahih.
Cukuplah hanya sebagai pengajaran yang boleh dipraktiskan sendiri secara peribadinya dalam diri penulis dindimg comot tapi comel ini.;o

Cukup. lihat sendiri apa yang tersembunyi.Zahirkan sendiri mengikut firasat diri.

Bertuah pada siapa yang menginsafi kekurangan diri. La Tahzan ya imraah~ ;p

Salam bertemu!

Thursday, July 15, 2010

kerdil

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Merujuk kepada tajuk entry di atas. Agak luas konsep definisi yang boleh dihuraikan.
Terpulang kepada mana-mana makhluk yang ingin menafsirkan sebagai apa.

Entry kali ini agak serius mungkin.

Kadang dugaan datang melanda.
Kadang teman tak sehaluan.
Kadang kejayaan gagal dicapai.
SABAR! Itu ujian dariNya.

Namun, kalau dah berusaha sehingga ke peringkat maximun, tapi kejayaan masih gagal dicapai. Kenapa mcm tu?

Jangan hanya bercakap sudah berusaha sudah berdoa sudah bertwakal. Sekadar kata di bibir hanya untuk menutup hakikat sendiri untuk apa?

Mengaku kelemahan sendiri adalah cara yang sgt baik untuk menilai di mana kualiti diri sendiri. Bukan menilai orang lain. Tapi. NILAI LAH DIRI SENDIRI dahulu. Bak pepatah omputih, "Figure urself before u'r judging others"

Kenapa dan kenapa dan kenapa. Kejayaan sukar dicapai walau pelbagai cara sudah dilakukan? Fikir semula tindakan-tindakan yang telah dilakukan. Kalau xhabis-habis menyumpah orang, xhabis-habis mencarik kelemahan dan kesalahan orang lain. Bila masanya utk muhasabah diri sendiri? Fikir dan renungkan.

Mungkin tiba sudah masa untuk mengubah diri supaya menjadi pemaaf. Bukan hanya mendendami kesilapan-kesilapan orang lain. Siapa kita untuk menjadi manusia yang sangat bongkak dgn kelebihan yang ada? Siapa kita untuk jadi makhluk yang sangat ego untuk memaafkan kesalahan orang lain? Siapa kita untuk berlawan siapa lebih hebat dgn makhluk yang lain? Sampah kita jika hanya fikir diri kita lebih hebat dari segalanya.

Sehinggakan kita lupa. KIta lah makhluk yang KERDIL berbandingNya. Dosa sesama makhluk perlu dilunaskan . Buang lah dendam wahai dinding yang comot. Xdi bawa ke mana. Biarkan sesiapa pun yang lebih daripada kita. Mungkin memang bahagiannya, dan rezekinya untuk mendapat keebihan yang lebih daripada kita.

Oleh itu? Untuk berjaya BUKAN hanya usaha semata-mata. Tetapi, PELIHARALAH HUBUNGAN SESAMA MANUSIA. agar dipermudahkan urusan sesama kita. Lagi-lagi pelajar. Belajar pun xhabis lagi. Masih jauh hala tuju dan langkah yang perlu direncana. ;o

Nota kaki: Berkat dan rahmat Allah bergantung kepada sejauh mana kuatnya ingatan kita kepadaNya. <.>

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]



U/P: sila lekat kuat2 ye penulis blog.

Salam dan semoga bertemu lagi.

Wednesday, July 14, 2010

rebas.rintik

Assalamualaikum..

Bicara tanapa suara. Hanya pandangan mata sebagai penawar. Hihihi.. Hujan membawa rahmat. Ya! Tiada suara perlu diluah.. sekadar sebuah senyum di utus mesra . Tanda perkenalan. ;o

Menggengam janji. kau ku sanjung tinggi. Moga secebis senyuman menjadi penawar ketika hati bergelodak. Lalu, kau hulur payung tanda salam kasihmu. (menari dan terawang2) .

Kalau ada sejuta seperti mu. Yakin, hanya kau satu di hati. Jika kau bukan seperti yang lain. Yakin hati ini mmg milikmu. Jika kata mu hanya satu untukku, Yakin kau pasti akan bahagia di sampingku..

Wink3! Perasaan apa yg sedang bermain2 di laman hati wahai dinding comot?!
Usah ditanya.Ini kan rumah kami. Suka kami lah mahu hias kan apa warnanya. Hahhah.. Give me 5 si dinding comot! hihihi..

Ok, semoga esok kita bertemu lagi. Semoga ada entry seterusnya..;P

Salam syg!

Tuesday, July 13, 2010

Selamat kembali!

asssalamualaikum dan salam sejahtera.

Ya Tuhan..
lamanya sgt xupdate blog comel ini. ;o ye. blog sy sgt comel. ada sebarang bantahan?
hahah..silakan utk tekan butang pangkah (x) ya. hihihi..

permulaan semester yang agak baik. yang agak memuaskan i'allah. moga2 berterusan sehingga ke akhirnya.

Walau ia baik, dugaan tetap datang mencabar. Walau ia cantik, pasti ada buruk yang akan terpalit. Walau ia hebat, pasti tersembunyi sedikit lemahnya. Namun itu semua bukan penghalang yang besar. Bahkan sebagai pemangkin semangat utk terus dan terus ke hadapan.

Alhamdullilah Ya Allah, atas rezeki yang telah Engkau berikan. Aku bahagia. Aku gembira. Ya, mungkin sekejap. mungkin xselama-lamnya kita di atas. Mungkin esok pemilik blog ini akan berada di bawah. Tapi, bukan kah itu lumrah dalam kehidupan? Heheh. What turn around will come around dear. ;)

Xpe, sabar terus dalam menjalani tanggungjwab. Berat sebenarnya amanah ni kan? Sebagai anak, sebagai pelajar dan yang paling penting sebagai hambaNya. Ok, i'allah akan menyusul entry yang lain selepas ini ok dinding blog yg comot. kikiki..

Salam penuh rahsia.;p

Saturday, February 20, 2010

.kacau.redah.

Assalamualaikum..

Lama tidak menjengah. Ada yg baru rupanya-rupanya. Terima kasih kepada blog walking yg masih melihat dan *menunggu* post terbaru sy. Ye, sy dapat melihat anda tanpa anda seperti mana anda melihat sy. Rindu juga pada kamu semua invisible blog walking  dunia semakin maju bukan? Oleh itu, peringatan utk diri sy juga. Berhati-hati. Langit tdk selalunya cerah utk si tupai yg lincah. Angin yg kuat kadang-kadang datang menderu. Tanpa sempat si tupai lincah bersembunyi di taman persembunyian. Hikhik..maaf agak melalut. Maaf juga. Ini rumah sy dan sy berhak utk mencoretkan segalanya bagi isi rumah ini. Mungkin tidak mahal. Mungkin tidak cantik. Namun, eksklusif utk tatapan peribadi. .;p

Urm..

Apa mahu menconteng?

Manusia itu berakal. Adanya akal utk diletakkan di tempat yg mulia. Di atas tempat yg tertinggi lokasinya dalam jasad yg sempurna. Namun, jika salah letakkan? Hancurlah peribadi. Runtuhla akhlak. Perpegang kepada janji Allah. Atas setiap yg dilakukan. Pasti ada pembalasan. Menyorot kembali kepada Al-Kulliyah sebentar tadi. Seronok! “Selagi mana seseorang itu bertawakal, maka Allah akan menghantatr pertolongan kepadanya”. Kawan-kawan. Kita manusia. Kita bukan Nabi. Tapi, kenapa Nabi yg mana telah ada tempatnya di syurga itu mampu utk berusaha melakukan seperti kita manusia biasa wajar melakukannya? *fikir.renung.amal*

Bukan mengharapkan kesempurnaan. Namun, berlari mengejar kepada titik kesempurnaan itu satu sifat yg sgt terbaik.

Berharap juga diri ini mampu berubah utk ke arah itu.

p/s:agak islamik pengisian. Mengapakah? Heheh…usah di tanya si dinding comot. Hati yg hitam perlu sentiasa di siram dengan air yg suci.

Merenung masa depan yg masih kabur . Allah..kuatkan aku Ya Allah.

Friday, January 29, 2010

Assalamualaikum si dinding comot…

Uhh~ penat3#.. Fiqh Munakahat asgmnt dah siap. Tapi untuk presentationnya masih lagi belum di usik. N so far, untuk Undang-undang Jenayah alhamdullilah kuiz td dah selesai juga. Ngee~ Seronok sebab dapat bawa buku masuk. ;p Yang dah selesai juga bagi subjek akidah..Lega dan lapang..

xperlu nak semak-semak kan otak tertekan. Yelah kan, yang mana yang nak didahulukan. Yang mana yang nak dilewatkan. Itu semua kena post kat memo board ok. Nex to hadis project! Yuhuuu~ don’t u dare to change my mood hah!;)) Lega rasenya.. Siap sudah.

Ini sekarang baru sudah berbincang dengan senior.

Kes Soon Singh. Tabik pada kawan-kawan yang dapat selesaikan masalah ini dengan mudah. Kertas penghakiman hampir 2 terkoyak dua. Namun berbekalkan semangat “Ijtihadu wa lal Taksal” mata yang mengantuk terpaksa digagahkan. Buka sebesar2 nya dan sebulat2 nya. Hehehe..

Sedikit yang difahami mengenai kes ini:

Rupa-rupanya tak lah susah sangat. Yang perlu difahami adakah perayu bersetuju dengan penghakiman yang diputuskan mahkamah? Dan mengapa mahkamah memutuskan untuk menerima Kes Soon Singh ini adalah tepat dan munasabah..;)) Itu sahaja. Hujah? Cari sendiri…;p

Masa untuk tidur!

Selamat malam dinding..
`akan dtg.

Monday, January 25, 2010

Insan ini insan hina.

Salam semua..

*Tulisan ini adalah catatan dari computer dan tidak memerlukan tanda tangan*

Menjadi persoalan? Baiklah. Baiklah. Wahai seluruh rakyat semua, sini lah dengar beta nk bertitah: Agak menjadi polimik dalam entry sebelum ini. Ya! Adalah satu di antara yang banyak menjadi pilihan. Uhhh~

Seperti yang diketahui, tulisan tidak menzahirkan perasaan. Namun ia terpulang kepada pembaca untuk menilai dan merasai perasaan si penulis. Dalam kata menyusun bicara, dalam perbuatan menyusun langkah. Ada perkataan mungkin tanpa diniat mengguris perasaan. Maaf semua atas khilaf diri yang hina. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang mengakui kesalahan diri. Dan jangan menjadi munafik. Kalau sekali berjanji jangan berkali-kali mungkiri.

Untuk pengetahuan semua:

Jika ada mana-mana pihak yang terasa hati akan dengan tulisan yang telah terlakar. MAAF. Blog ini di bina atas tuntutan peribadi si penulis. Maka, jika terkena pada mana-mana pihak. MAAF juga. Lagi sekali di ingatkan, tulisan tidak menggambarkan dan menzahirkan intonasi. Sekadar perasaan yang terluka di coretkan atas dinding yang terbina.

Dalihan untuk menghibur hati ibarat menabur janji atas coretan pantai. Sekali bah, semua nya berubah.

Ya, entry kali ini agak formal. Habblun Min Allah wa Hablun Min Nas. Diam adalah pengawal paling waspada. Let it go. Buangkan semua. Ya, saksi yang mendengar saksi yang mengetahui. Dia. Hanya Dia.
Kuatkan aku Ya Allah…

“More arguments you win, the more fewer friends u will”

Saturday, January 23, 2010

serius. boring

Wehh~ Boringggggg!!!Seorang. Baring sambil memandang siling bilik. Hari sabtu kat sini?! Learn the fact man! Kini seorang. Sampai bila perlu seorang? Selama-lamanya?

Wah. Ayat dah pasrah cam kena tgl boyfriend pulak ye. Hahahaha.. Tidak! Dia masih di situ menunggu. Insya Allah. Uhh~ boring dan bosan sempat menjengah segenap ruang serta sempat juga menggelakkan tanpa sedikit pun perasaan belas. Siap kau cik bosan! Minggu depan tuan dinding balik rumah jgn harap kau dapat gelakkan lg ye!

Ayah, sampai ht cuti 10 hari tak bwk tuan dinding sekali kan? Uhuk3..Tak pe. Nasib baik dalihan yg di bawak sangat kuat. Kuliah. Kuliah. Kuliah. Dekan. Dekan. Dekan. Sighs~

Ni masih nk berkata2 pasal malaun yg ckp bodoh tu! Poyo sangat kau kan? Nasib la hati ni dah disiram dgn kata2 perangsang yg kuat. Kalau tak….mmg kau balik kena perkataan bodoh tu! Mulut tu kalau tak reti berajar meh sini meh. Agaknya perlu diseretkan mulut yg mcm itik tu kat atas batu kerikil yang kau selalu jalan time pg kelas kan? Kemudian, nk bagi kelihatan sedikit kejam, perahkan air limau kat mulut yg diseret tu. Last sekali letakkan segumpal cili api pendek yg dah siap geleng kat luka seretan tu. Lihat lah lihat? Ish..

p/s: Adik2 di luar, jgn tiru perangai kejam si penulis ok?

Sudahlah. Kat sini je pun rasa mrh nk dilepaskan. Moga dosa2 kau si malaun dah diampunkn. Mahu sambung buat assgment Fiqh Munakahat. Haa sapa2 yg dah xthn nk kawin, meh nikah kat sini. Hahaha.. Selamat tinggal dinding setia~

-Tinggal sekejap.-

Thursday, January 21, 2010

bengang

slm n hai..

kenapa perlu lalui hari ni dgn sgt rase xbest? cerita nya start mcm ni. agak terlewat pg ke kelas yg stat pukul 2 td. Lepas zohor terus hntar kad balik kg. A little bit menyumbang kpd kelewatan adalah juga dari cik ita yg lembut ni.. wee~ btw, that is not the problem. Biasalah dr ni pun selalu gk lewat g kelas.

So, bila kaki melangkah masuk ke kelas, Ustat dah ada. Xpe, ustat xmarah.

Kemuncak kepala angin dah nak sampai

tiba2 si fergie berbunyi. Ops.. wrong time u park the msg nadia. Dan menimbulkan satu ayat yg kurang baik bunyinya dari manusia dan hamba Allah paling baik sekali di dunia ni. *Ye ke??*

Ee tolong lah... Korang dgr ek ayat yg ringkas tapi menusuk ni.

"BODOH betul hanset xsilent"
Erk.. apa salah yg besar sgt sampai hukuman berbentuk perkataan hina tu? Weh.. Ustat pun xheboh k. Tolong lah jaga adab sikit. Xpyh la pikir diri tu dah hebat sgt. Hebat ke kau nk ckp org bodoh? Apa anugerah yg kau da dpt ha malaun?! Adehh~ sedar la sikit bila bercakap. Pandang bumi tempat kau berpijak. Jgn ckp ikut suka je.

Apa sedap dan seronok serta best sgt ke kau ckp org dgn perkataan tu? Eh makhluk! kau dengar ye. Dgn 3x dean's list yg dah wujud, kau renungkan sikit ape bodoh ke ha dr ni? Ergh! fed up nk lyn la perasaan sgt hina yg dtg ni!

Anyway, thanx jugak pd kau. Sbb perasaan berkobar2 kobar dtg nk tunjukkan pd kau. Bodoh bukan utk dr ni.!!!!!!!

nota kaki: Puas rasenya dpt lepaskan perasaan ni. ;p PUAS!
wehh kau, sory ek kalau terbaca. Kau yg perlu mtk maaf dulu. Dan mengaku perkataan tu mmg ditujukan utk siapa. ade FAHAM??


papai..

.- dan utk hari ni.

gantung

slm everyone!

haalo si dinding tempat menconteng..
mmg begini kah bila sudah lama tidak menjengah, maka segala pergerakan menjadi kaku?
begini kah?
adakah begini?
mungkinh ia akan berlaku selama-lamanya?
tidak lah mungkin kan?

(apa ni?) ntah-.

jom bercakap pasal wacana ilmiah. "Penggunaan Kalimah Allah di kalangan Bukan Islam".
3 panel dari 3 sudut yg berbeza. Jika mahu mendengar elakkan utk dtg dengan satu stigma diri yg sgt konkrit tapaknya. Kerana takut akan mengundang polimik pd pemikiran sendiri. Dari sudut perundangan. Sudut Dakwah dan Juga dari sudut bahasa. Agak menarik utk dikongsi. Cuba try buang satu kalimah demi satu kalimah pada tulisan jawi "Allah". dan hasilnya?menakjubkan bukan?!
Wujud Allah pd setiap tinggalan perkatan yg telah dibuang satu demi satu. Try dulu baru tau.

bersambung esok.kelas pukul? 8.00 pg ok!

-. mencari.-

Tuesday, January 19, 2010

bagai sirih pulang ke gagang

salam n hai..

agak lama. mengambil masa utk kembali semula. kelihatan seperti semuanya baru. seperti juga melangkah kaki memasuki rumah baru. alam baru. dunia baru. dan ya...alam baru...
eh. alam baru? bunyi tidak enak bukan. alam baru?? sighs~ lupakan. kembali kepada yg asal. yg pokok. yg furu'.

knp baru kini kaki melangkah memasuki rumah ini kembali?knp?
ye! kerana 'kau' manusia! ini rumah siapa?

rumah sy bukan?teruskan membaca jika ada yg sudi. lihat simbol kecil lg comel di hujung belah kanan di skreen anda? npk?
sila lah out jika ada yg tdk berkenan. terima kasih.

musim dan fasa yang baru.
ya. selamat kembali buat diriku. kerana sudi kembali masuk dan menjengah laman usangku ini.

(^^,)

.-terus dan terus.