Wednesday, August 18, 2010

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..
Hari ni pemilik dinding xdapat pergi ke kelas sebab mengalami demam panas yang teramat.Segala perancangan tergendala bila demam ni.. Banyak kuliah dan tutorial yang terpaksa ‘diponteng’ kan. Haii labu, nasib lah semester ni banyak pulak dugaan yang datang bertimpa-timpa. Dengan aktiviti Majlis Perwakilan Mahasiswa nya lagi yang selalu sangat cut masa untuk masuk kelas. Manalah ibu xbising. ;) Hihihi.. xpe bu xpe. Nanti pemilik dinding comot(P.dc) ni cuba untuk struggle dan buktikan pada semua yang sebenarnya tugas Setiausaha MPM ni bagi lagi banyak mendapat redha dariNya kalau kita buat kerja dgn ikhlas dan kerana Allah. Wee~
Mungkin jugak demam ni kan sebagai kaffarah dosa-dosa lalu. Oleh itu, terima saja lah dengan hati yang terbuka oke. Dan Allah sebenarnya sedang menguji keimanan hambaNya lagi-lagi di bulan Ramadhan bulan Barakah ni. ;)

Haa lupa P.dc nak berkongsi tips mengenai kehebatan atas apa juga sumber pertolongan yang Allah turunkan. Sebenarnya P.dc sendiri macam rasa sgt ajaib. Kenapa cepat sangat demam ni kebah? Yelahkan kalau ikutkan kepada akal manusia yang normal, system badan manusia bila dah hang, dah jatuh sakit mesti lah kena amik masa untuk pulihkan semula kan? Ibarat mesin yang beroperasi sentiasa, sekali bila rosak mesti punya amik masa untuk baik pulih dan berfungsi macam sediakala. Ha macantulah jugak tubuh badan manusia.

So, apa yang P.dc nk ckpkn kat sini. Sepanjang P.dc terbaring dan xlarat untuk bangun waima nak solat sekalipun, P.dc amalkan baca selawat syifaa’. Xkisahla time tu kepala nak berpusing 365’ sekalipun. Dan Alhamdulliah. Time P.dc nak turun tunggu van nak ke Hospital Terendak time tu, tiba-tiba P.dc rasa mcm dah diberikan kekuatan oleh Allah untuk rasa cergas sikit berbanding dengan hari semalam nya.

Takjub betul. Tapi xlah terus baik demam tu kan. Cuma diringankan sedikit kesakitan P.dc. Dan mungkin jugak berkat doa-doa insan sekeliling yang masih menyayangi diri P.dc. Terutamanya Ibu dengan ayah. Dan juga Mr X, Anita Zuraina, Nadiah, Pika dan Kak wan. Roomate yang lain pun sama! Thanx pada korang yang prihatin dengan masalah jiran sekeliling. Heheh.. Kesian diorang sampai tak tido malam dibuatnya.
Sehinggakan ke saat ini, P.dc sangat2 bersyukur dengan rezeki yang Allah dah berikan dan masih sempat lagi P.dc bernafas menghirup udara milikNya. Mendengar suara ibu dan ayah. Dan masih mampu mellihat nota-nota yang diberikan oleh pensyarah. Kalau sempat ni, dapat lah P.dc merasai kenikmatan berbuka puasa bersama kawan2..;p Ameen Ya Rabbal Alameen. Alhamdullilah.

Ni P.dc sertakan dengan selawat Syifaa’ nya ok. Tapi ingat! kita bergantung kepada Allah. Bukan kepada ayat. Sebab yang mengkabulkan apa juga permintaan kita adalah Allah. Ayat hanya sebagai medium penghubung antara kita dan pemilk kita. Moga kita sentiasa berada di bawah lembayung RahmatNya.







Moga bertemu di lain dinding!
Selamat berbuka puasa~ ;p

No comments:

Post a Comment