Thursday, August 12, 2010

.Barakah

Assalamualaikum si dinding comot dan segala isi di dunia ini..Salam Sejahtera sekali lagi..;p

Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ala Ramadhan..

Hihhihi.. sangat seronok pemilik dinding dapat berpuasa untuk hari yang pertama bersama keluarga. Jangan cemburu ye pada sesetengah pihak yg tak dapat berbuka dan bersahur bersama keluarga. ;)

Bagi pemilik dinding comot, puasa pertama merupakan hari yg cukup penting dan sangat bermakna untuk bersama keluarga. Hai macam manalah nasib kawan2 yg jauh kat perantaun tu kan?

Oklah, bercerita mengenai puasa. mungkin ada yg melihat bahawa ibadah ini semakin tahun kelihatan semakin biasa dan tiada apa yg meriah pada sambutanya kan?kan?
itu mungkin bergantung kepada perbezaan 'mind set' yg telah dibuat antara kita penduduk di Asia Tenggara yg dipenuhi dan dilimpahi dengan keamanan dan rezeki yg banyak berbanding dengan negara-negara Timur Tengah.

Bagi mereka, yang didahulukan adalah Ramadhan. dan yng diraikan adalah Syawal. Bulan berbeza mungkin. Tetapi dalam mencari keberkatanNya dan keredhanNya tiada perbezaan. Hanya satu titik pertemuan yang diinginkan.

Moga Ramadhan kali ini, pemilik dinding mampu untuk mengharunginya penuh dengan keinsafan dan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan memandang mata ibu dan ayah yang mengharapkan kejayaan dari puteri bongsunya. Ya, Pemilik Dinding Comel lahhh tu! ;p
hihihihi..

Tiada mahu untuk meneruskan permainan tarian jari-jari ini. Bersiap untuk Asar dan kemudiannya teruskan kepada kertas kerja lalu kita sama-sama menadah tangan kerana mampu menghabiskan Ramadhan pertama dengan baiknya. Insya Allah. Ameen~

RAMADHAN KAREEM,
Kullu sannah wa anta ILALLAHI aqrab, wa'ala to'atihi adwam,
wa ilall jannati ashwaq, wa 'aninnari ad'ad.
Kullu sannas wa anta alfu kheir...


Semoga bertemu lagi si dinding comot!
Salam alaik wa barakallah alaikhum~

No comments:

Post a Comment