Tuesday, August 31, 2010

assalamualaikum..

Selamat petang dan selamat baik2 semuanya..

Petang ni P.dc xtau lah nk bwt ape.
Hai sgt boring.. sgt tertekan..dan sgt bosan..

Sebabnya:

yg pertama: P.dc xdpt balik cuti2 ni.
yg kedua: Whuaa.. semalam xda kelas.
yg ketiga: campur hari ni dan campur semalam punya cuti. sepatutnya boleh kat rumah ni tido dan berbuka puasa dgn family!
yg kempat: P.dc risau sebenarnye ni, assigment xsipa2 lagi.
nak hantar minggu ni pulak tu..
yg kelima: minggu ni ari JUMAAT, ada midterm untuk Undang-undang Tort. Adoi..
Nasib baiklah teori je ..
yg keenam: Laptop P.dc bermasalah ni! Apa daa~ Risau jugak kalau2 software dan ape segala barainye ntah2 made in china kot? hahaha.. nasiblah labu..;p

Ok nextnye, yg bwt P.dc mmg susah hati sgt2 ni sebab study lah kot..

Asgmnt,Presentation,Kuiz,Midterm.... Oh Tuhan..kalau xkuat ni, dah rebah agaknya jatuh macam nangka busuk.

Takpe2, P.c try elesaikan satu persatu2. Agaknya kan, ni lah ujian Tuhan ek di tahun2 akhir belajar ni mcm2 dugaan yg diturunkan.

Pengalaman nti bila dah habis belajar kot. Hehehe..

Yg penting, P.dc mau cepat2 abis minggu ni! Setle kan dgn midterm dan submit Undang2 Keterangan. Kemudian..Kemudian.Kemudian...Nak cuti! Hoiye!Hoiye! RAYA~

Hehehe..okelah P.dc mau berehat sekejap..kemudian mahu bercinta dgn incik Tort! Kikiki..

Ibid// Kepada yg pg pasar ramadhan tu, hati2 memandu. Sy mahu hidup dgn awk tau.. heheh.. Bye2!

Wasalam.

Tuesday, August 24, 2010

S A B A R

Assalamualaikum..

Sebelum mata jauh melayang, baik lah kejap P.dc pun layankan rentak jari jemari ni.

Hehehe. kepada yang berkenaan, maaf ye izinkan beta mencurik sedikit masa emas yang ada ni untuk bermanja dgn si dinding comot. ;)

Esok kelas pukul 8 pagi. Alaai. masih sangat awal ni kot pukul 1 pagi nak tido dah. Keh3.. So marilah kita semua berfoya-foya sebentar dengan nota-nota cinta yang ada ni oke.

Xtau pun sebenarnya nk bermadah pujangga apa malam-malam camni. Nak mengadu nasib. Haii labu, rilexlah! Masih ada time yg banyak untuk perbaiki apa yang kurang.

Masih ada ruang untuk mengisi ape yang terluang.
Masih wujud peluang untuk memiliki apa yang terbuang.

"O.o"


Kesimpulan? Mari berusaha ! sambil teruskan tersenyum. Jangan dibuang sedikit senyuman hanya kerana sedikit 'gurauan kasar' dari pihak-pihak yang terbabit. :)thanx peeps!

Gila! A Big salutation kat hadirin yang wujud dengan niat untuk mencatas kejayaan orang lain. ;p hihihihi.. anyhow is it happen, i wish guys we will endure our scrol with a huge of smile. n Say Cheese....:)))))


Baiklah, marilah semua tido dan sebelum melelapkan mata, kita berdoa moga esok hari masih ada dan masih wujud ruang untuk mencari kekurangan diri.

Lailan Saleemm~~

Nota kaki: Ini adalah nota bertaip yg tidak memerlukan eksperesi wajah bagi menzahirkan amukan emosi yang wujud. P.dc membaca ia dengan penuh SENYUMAN. oleh itu bersedekahlah anada semua dengan cara yang paling mudah. SENYUM.;)

Wednesday, August 18, 2010

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..
Hari ni pemilik dinding xdapat pergi ke kelas sebab mengalami demam panas yang teramat.Segala perancangan tergendala bila demam ni.. Banyak kuliah dan tutorial yang terpaksa ‘diponteng’ kan. Haii labu, nasib lah semester ni banyak pulak dugaan yang datang bertimpa-timpa. Dengan aktiviti Majlis Perwakilan Mahasiswa nya lagi yang selalu sangat cut masa untuk masuk kelas. Manalah ibu xbising. ;) Hihihi.. xpe bu xpe. Nanti pemilik dinding comot(P.dc) ni cuba untuk struggle dan buktikan pada semua yang sebenarnya tugas Setiausaha MPM ni bagi lagi banyak mendapat redha dariNya kalau kita buat kerja dgn ikhlas dan kerana Allah. Wee~
Mungkin jugak demam ni kan sebagai kaffarah dosa-dosa lalu. Oleh itu, terima saja lah dengan hati yang terbuka oke. Dan Allah sebenarnya sedang menguji keimanan hambaNya lagi-lagi di bulan Ramadhan bulan Barakah ni. ;)

Haa lupa P.dc nak berkongsi tips mengenai kehebatan atas apa juga sumber pertolongan yang Allah turunkan. Sebenarnya P.dc sendiri macam rasa sgt ajaib. Kenapa cepat sangat demam ni kebah? Yelahkan kalau ikutkan kepada akal manusia yang normal, system badan manusia bila dah hang, dah jatuh sakit mesti lah kena amik masa untuk pulihkan semula kan? Ibarat mesin yang beroperasi sentiasa, sekali bila rosak mesti punya amik masa untuk baik pulih dan berfungsi macam sediakala. Ha macantulah jugak tubuh badan manusia.

So, apa yang P.dc nk ckpkn kat sini. Sepanjang P.dc terbaring dan xlarat untuk bangun waima nak solat sekalipun, P.dc amalkan baca selawat syifaa’. Xkisahla time tu kepala nak berpusing 365’ sekalipun. Dan Alhamdulliah. Time P.dc nak turun tunggu van nak ke Hospital Terendak time tu, tiba-tiba P.dc rasa mcm dah diberikan kekuatan oleh Allah untuk rasa cergas sikit berbanding dengan hari semalam nya.

Takjub betul. Tapi xlah terus baik demam tu kan. Cuma diringankan sedikit kesakitan P.dc. Dan mungkin jugak berkat doa-doa insan sekeliling yang masih menyayangi diri P.dc. Terutamanya Ibu dengan ayah. Dan juga Mr X, Anita Zuraina, Nadiah, Pika dan Kak wan. Roomate yang lain pun sama! Thanx pada korang yang prihatin dengan masalah jiran sekeliling. Heheh.. Kesian diorang sampai tak tido malam dibuatnya.
Sehinggakan ke saat ini, P.dc sangat2 bersyukur dengan rezeki yang Allah dah berikan dan masih sempat lagi P.dc bernafas menghirup udara milikNya. Mendengar suara ibu dan ayah. Dan masih mampu mellihat nota-nota yang diberikan oleh pensyarah. Kalau sempat ni, dapat lah P.dc merasai kenikmatan berbuka puasa bersama kawan2..;p Ameen Ya Rabbal Alameen. Alhamdullilah.

Ni P.dc sertakan dengan selawat Syifaa’ nya ok. Tapi ingat! kita bergantung kepada Allah. Bukan kepada ayat. Sebab yang mengkabulkan apa juga permintaan kita adalah Allah. Ayat hanya sebagai medium penghubung antara kita dan pemilk kita. Moga kita sentiasa berada di bawah lembayung RahmatNya.







Moga bertemu di lain dinding!
Selamat berbuka puasa~ ;p

Thursday, August 12, 2010

.Barakah

Assalamualaikum si dinding comot dan segala isi di dunia ini..Salam Sejahtera sekali lagi..;p

Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ala Ramadhan..

Hihhihi.. sangat seronok pemilik dinding dapat berpuasa untuk hari yang pertama bersama keluarga. Jangan cemburu ye pada sesetengah pihak yg tak dapat berbuka dan bersahur bersama keluarga. ;)

Bagi pemilik dinding comot, puasa pertama merupakan hari yg cukup penting dan sangat bermakna untuk bersama keluarga. Hai macam manalah nasib kawan2 yg jauh kat perantaun tu kan?

Oklah, bercerita mengenai puasa. mungkin ada yg melihat bahawa ibadah ini semakin tahun kelihatan semakin biasa dan tiada apa yg meriah pada sambutanya kan?kan?
itu mungkin bergantung kepada perbezaan 'mind set' yg telah dibuat antara kita penduduk di Asia Tenggara yg dipenuhi dan dilimpahi dengan keamanan dan rezeki yg banyak berbanding dengan negara-negara Timur Tengah.

Bagi mereka, yang didahulukan adalah Ramadhan. dan yng diraikan adalah Syawal. Bulan berbeza mungkin. Tetapi dalam mencari keberkatanNya dan keredhanNya tiada perbezaan. Hanya satu titik pertemuan yang diinginkan.

Moga Ramadhan kali ini, pemilik dinding mampu untuk mengharunginya penuh dengan keinsafan dan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan memandang mata ibu dan ayah yang mengharapkan kejayaan dari puteri bongsunya. Ya, Pemilik Dinding Comel lahhh tu! ;p
hihihihi..

Tiada mahu untuk meneruskan permainan tarian jari-jari ini. Bersiap untuk Asar dan kemudiannya teruskan kepada kertas kerja lalu kita sama-sama menadah tangan kerana mampu menghabiskan Ramadhan pertama dengan baiknya. Insya Allah. Ameen~

RAMADHAN KAREEM,
Kullu sannah wa anta ILALLAHI aqrab, wa'ala to'atihi adwam,
wa ilall jannati ashwaq, wa 'aninnari ad'ad.
Kullu sannas wa anta alfu kheir...


Semoga bertemu lagi si dinding comot!
Salam alaik wa barakallah alaikhum~

Friday, August 6, 2010

.sibuk

assalamualakum dan selamat petang! :)

Hello n hai semua!

Kesian dinding comot ni dah rehari-hari ditinggalkan tanpa sedikit palitan..
hihihi.. pemilik dinding agak sibuk sedikit dengan urusan yang perlu diselesaikan..

Minggu ni merupakan minggu paling sibuk di dunia bagi pemilik dinding.. manakan tidak, Makan Malam Graduasi perlu di hadiri. Dengan Majlis Konvokesyen lagi. Kemudiannya melayari laman sesawang untuk tugasan assigment. haii bila lah badan mahu dibelai dengan keempukan katil?:p

Xpe2..sesungguhnya, menuntut ilmu benda yang paling mulia kan dinding?
biar penat.biar letih.biar jauh sekalipun perjalanan. yg wajib perlu didepankan. yg kurg wajib perlu dibelakangkan sedikit. kikiki..;)

Bercerita berkaitan dengan Istiadat Konvokesyen yg pemilik dinding comot ni hadiri, bagus kot pada siapa yg mempunyai semangat yang kuat untuk belajar.

Cuba korang bayangkan jap ek......

Untuk Anugerah Terbaik Keseluruhan je, bila nama pemilik tu dianugerakan semua student dari fakulti korang akan bangun dan kemudian bagi tepukan siap diiringi lagi alunan gemelan. fheww~ Bangga kan? ;pppp

Terberangan sekejap lah tu diri pemilik blog. kikiki..berangan xsalah kan?
Lambung setinggi mana pun nk berangan, biar dia sangkut kat pokok kelapa pun xpe..

Hehehe.. Tapi xkesah pun tu semua. pemilik dinding sangat suka dengan istiadat semalam! Yes! Fateha Arshad like this~ hihihih..

Dan buat plus yg lagi pemilik dinding comot suka. TERIMA KASIH untuk awk yg menghepikan keadaan semalam.. (",)

Moga yg suci itu hubungan.. yg bahagia itu pemilik hubungan. Insya Allah. Ameen..

Untuk si bunga, duduk diam2.. ! wink3#

Selamat berjumpa di lain hari si dinding comot!

Salam>>.