Thursday, July 15, 2010

kerdil

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Merujuk kepada tajuk entry di atas. Agak luas konsep definisi yang boleh dihuraikan.
Terpulang kepada mana-mana makhluk yang ingin menafsirkan sebagai apa.

Entry kali ini agak serius mungkin.

Kadang dugaan datang melanda.
Kadang teman tak sehaluan.
Kadang kejayaan gagal dicapai.
SABAR! Itu ujian dariNya.

Namun, kalau dah berusaha sehingga ke peringkat maximun, tapi kejayaan masih gagal dicapai. Kenapa mcm tu?

Jangan hanya bercakap sudah berusaha sudah berdoa sudah bertwakal. Sekadar kata di bibir hanya untuk menutup hakikat sendiri untuk apa?

Mengaku kelemahan sendiri adalah cara yang sgt baik untuk menilai di mana kualiti diri sendiri. Bukan menilai orang lain. Tapi. NILAI LAH DIRI SENDIRI dahulu. Bak pepatah omputih, "Figure urself before u'r judging others"

Kenapa dan kenapa dan kenapa. Kejayaan sukar dicapai walau pelbagai cara sudah dilakukan? Fikir semula tindakan-tindakan yang telah dilakukan. Kalau xhabis-habis menyumpah orang, xhabis-habis mencarik kelemahan dan kesalahan orang lain. Bila masanya utk muhasabah diri sendiri? Fikir dan renungkan.

Mungkin tiba sudah masa untuk mengubah diri supaya menjadi pemaaf. Bukan hanya mendendami kesilapan-kesilapan orang lain. Siapa kita untuk menjadi manusia yang sangat bongkak dgn kelebihan yang ada? Siapa kita untuk jadi makhluk yang sangat ego untuk memaafkan kesalahan orang lain? Siapa kita untuk berlawan siapa lebih hebat dgn makhluk yang lain? Sampah kita jika hanya fikir diri kita lebih hebat dari segalanya.

Sehinggakan kita lupa. KIta lah makhluk yang KERDIL berbandingNya. Dosa sesama makhluk perlu dilunaskan . Buang lah dendam wahai dinding yang comot. Xdi bawa ke mana. Biarkan sesiapa pun yang lebih daripada kita. Mungkin memang bahagiannya, dan rezekinya untuk mendapat keebihan yang lebih daripada kita.

Oleh itu? Untuk berjaya BUKAN hanya usaha semata-mata. Tetapi, PELIHARALAH HUBUNGAN SESAMA MANUSIA. agar dipermudahkan urusan sesama kita. Lagi-lagi pelajar. Belajar pun xhabis lagi. Masih jauh hala tuju dan langkah yang perlu direncana. ;o

Nota kaki: Berkat dan rahmat Allah bergantung kepada sejauh mana kuatnya ingatan kita kepadaNya. <.>

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]



U/P: sila lekat kuat2 ye penulis blog.

Salam dan semoga bertemu lagi.

No comments:

Post a Comment