Monday, June 20, 2011

pembetulan.

assalamualaikum..

lama tak menaip. kan? tapi xpe..perasaan utk melepaskn rindu-rindu menaip ni haruslah ditolak tepi.

ada benda lagi penting perlu ditaip.


Harap kau kawan, baca entry saya ni sampai habis. ye saya harap. sebab awak, dah terlampau jauh salah faham. terlampau jauh mungkin menyimpul dendam. Kerana seorang kawan yg lain. Perlu atau tak, saya tuliskan kan siapa orangnya? Anggap sahaja, itu cerita lama yang dah berhabuk. Tak perlu dibuka. Zaman hingusan, zaman kegelapan.

Kawan, surat ini khas utk awk. ditaip jauh di kaki gunung. Setelah lama masa yang di ambil, dan semakin lama melihat respon yang tidak berbalas.

Kita perlu berbicara.

Bicara seperti orang dewasa. Bukan keanak-anakan yang selalu bergaduh untuk merebut sebatang gula. Walau mungkin kita bergaduh semuanya punca dari akar yang sama,:

KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA.

kita berkawan untuk tempoh yang lama. Kita berkenalan bukan kerana niat yang menyimpang. Tak ada masing-masing berkawan untuk mengambil kesempatan. Sebab, kita berkawan dan tau kelemahan dan kekurangan diri masing-masing. Untuk apa, saya mengambil kesempatan ke atas awk , wahai kawan?


Maaf.
Maaf.
Maaf.
Maaf.


Ye, sgt maaf. Andai ada kesilapan yang dah saya buat sehinggakan awak rasa coretan kemarahan saya tujukan untuk awak. Tidak pernah sekali. Saya tau orang yang banyak membantu saya, macam mana sifatnya. Kita mungkin bukan kawan baik. Tapi pernah kita berkongsi rasa. Kan? Tak perlu untuk menafikan.


Semuanya bermula dgn si dia.

Yup, perempuan hitam manis. Sangat lembut dalam kata-kata.

Tapi sayang...


Kawan..

ape pun salah faham yang terjadi, semoga cepat semuanya kembali. Kita bukan semakin kecil, kita semua semakin dewasa. Semakin perlu untuk matang dalam berfikiran. Maaf, andai sepanjang kita berkawan. Terlampau banyak sudah kata-kata, perbuatan atau segalanya yang dah buat awk terluka hati. Maaf. Buang semua hubungan yg pernah dikongsi. Blok saya, remove saya, xperlu balas segala kenyataan saya. Andai tenang hati awak. dan andai percaya awak pd mereka yang mengatakan yg bukan-bukan mengenai saya. Silakan untuk trs mempercayai ;)

Saya bukan lemah lembut..
yang pandai untuk berbahasa..
yang pandai untuk menarik rambut di dalam tepung..
saya bukan bijak untuk meleraikan kemelut kita berdua.

Sekian. * maaf la, ayat terlampau klasik dan terlampau skema.

2.21pm.
Neverless.

No comments:

Post a Comment