Tuesday, April 17, 2012

Bersyukur.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai hai hai !

Peliklah lah dengan Adam Adli ni, si hero kampung konon nya mempertahankan hak mahasisiwa/i bagai.
Alahaiii cik abang, ayah mak awak hantar ke tempat belajar supaya jadik masyarakat yang baik. Yang menguntungkan mak ayah, jadik khalifah yang berguna.

Ni tidak....

Lepas puas turunkan bendera PM separuh, la ni sibuk kalut pulak nak perjuangkan mansuhkan PTPTN. Ya Rabbi, xde akai ke apa budak ni eh?

Tapi kalau tak ada akal pun mmg patut lah pun. Belajar tak habis lagi dah kena gantung sem. Amik kau ! rasakan penangan kehebatan perjuangan mahasiswa kau sangat. ( Amboi, emo semacam! )

Kenapa kena mansuhkan PTPTN?

Adam Adli tu anak 'somebody'. Maksudnya mak ayah memang berharta. Tak makan duit kerajaan pun takpa. Masih boleh hidup senang lenang.

Tapi, yang 200 orang berhimpun kat Dataran Merdeka konon duk protes kat kerajaan mansuhkan dulu PTPTN baru la diorang bersurai. haa tu semua siapa? Balaci si Adam Adli la tu kot. ( ok ,maaf emo lagi )

Korang semua kalau dilahirkan dalam dulang emas,takpa la jugak. Tapi kalau dalam dulang rotan ni haa macam saya, macam mana tu? Bagi kami yang senasib, kami memang bersyukur sangat dapat bantuan dari kerajaan. Boleh je kot dapat pointer 3.5 ke atas. Janji diri sendiri je kan yang nak belajar. Pergi tempat belajar semua niat nak belajar kerana Allah. Jangan dulu sibuk-sibuk masuk campur urusan orang dewasa. Ya, mereka memang dewasa pun sebab pak-pak menteri ni semua dah mentadbir negara lama dah, ada duit sendiri. Korang, si pelajar-pelajar ni apa yang ada? Tu jawab sendiri.

Nak harap maka ayah kita laburkan sampai berpuluh-puluh ribu untuk yuran pengajian kita semua?  Pergi baca Utusan Harian, haa belek kat ruangan komen pembaca. Setiapa hari ada je luahan tak puas hati mak ayah dengan yuran sekolah yang pd pendapat masing-masing mahal. Tu baru maksimum bayaran RM 200 bgi sekolah kerajaan. Tapi sekarang semua dah free. Kerajaan punya la bertimbang rasa.

Masalah betul kalau masing-masing dah cukup hebat, sampaikan nak lawan kerajaan. Cik abang, cik akak nak dilawan kerajaan tu pasai apa? Diorang semua terdiri daripada penggubal-penggubal doktrin negara hebat yang dah habis belajar. Dah naik kuning dah sijil-sijil lulusan universiti terkemuka dunia. Alahai kalau setakat korang yang belajar pun belum habis, universiti pulak setakat pendidikan tempatan je. Tak payah nak tunjuk terror boleh tak? Nak pengsan la asal bukak paper, bukak tv ada je PTPTN dan Protes dari pelajar-pelajar kita ni.

Perlu ke?

Agak kalau korang tak nak buat loan, mak ayah dah cukup kaya. Takpayah ambil bantuan kerajaan. Sbb bantuan ni pun  bukan free, memang sebagai pinjaman je kan. Dah adat orang meminjam, cukup masa pulangkan la balik. Amboiii, banyak cantik da pinjam tak nak bayar.
Siapa ajar? Adam Adli jugakkkk.

So. jangan kecoh2 lah. Adik2 kita semua yang kat kampung tu, masih perlukan lagi bantuan pinjaman tu untuk belajar jauh2. lagi pandai2 dari korang mahasiswa/i tempatan yang sibuk melengung kat Dataran Merdeka tu. korang setakat universiti tempatan. Tapi bakal adik-adik kita ni mana tau akan ada pergi ke Oxford, Harvard, Cambridge, Queensland, Madinah. Kita doakan je okey.

Akhir kata, jangan menolak rezeki yang ada. sebab kita tak tau samada boleh dapat ke tidak rezeki yang lagi baik dari apa yang kita semua ni ada.

Salam sayang untuk si dinding!

2 comments:

  1. awak,,,amboiii emo juga ni,,,kita pn tak setuju gak mcm ni,,kalau bkn kerana ptptn, tak la belaja smpi grad kt KUIM dulu tu,,tak la jumpa awak pn,,,hihih :)

    ReplyDelete
  2. haa kann awk ! dorg ni buatkan kt emo la pulak..;D kalau xde KUIM pulak, tak dpt jumpa budak yg pura-pura tak dpt ANC ni.hihi

    ReplyDelete