Sunday, March 27, 2011

Tahniah kawan.

Assalamualaikum w.b.t..

Hai dinding comot. Perlu sy terus menulis. :) Sbb dah lama xmenulis. So, kena lah teruskan menulis. Sigh! Mode hari ni, agak kecewa. Ohh bukan sebab putus cinta. Bukan jugak sebab hilang kawan. Tapi sebab yang utama, kawan baik saya dah dapat peluang yang lebih baik dari apa yang saya mahu kan.

TAHNIAH AWAK!

Jujurnya, saya gembira. Tapi sebelah side yang lain, saya berduka. Gembira sebab akhirnya, awak menghampiri ke garisan yang saya impikan. Dukanya, bila saya masih menunggu. Belum lagi menemukan garisan yang diimpikan tu. Bayang pun masih belum kunjung tiba. :(

"Tuhan, berikan aku sedikit lagi kesabaran. Untuk aku sama mengucap syukur atas rezekiMu. Untuk aku sujud dan mengucapkan betapa aku sangat perlukan bantuanMu Ya Allah. Bukan aku tidak bersyukur untuk setiap usaha yang aku semai, dan Alhamdullilah aku beroleh ganjaran atas usaha-usaha tersebut. Namun,aku perlu lebih berusaha untuk dapatkan tempat yang terbaik bagi masa depan ku sendiri. Ya Rabb, temukan aku dengan ketenanganMu. Moga aku masih sabar untuk terus menunggu."

Awak, TAHNIAH. terasa macam awak akan pergi jauh dari saya. Terasa macam awak akan tinggalkan bumi Malaysia. dan tak kan lagi berpaling untuk diri saya. Tapi, saya yakin.! :) Kalau betul ini rezeki awak, Insya Allah masa depan yang awak simpulkan untuk bersama saya semakin kunjung tiba kan?*) Insya Allah. Ameen..

Saya tak kan mengeluh untuk setiap peluh yang keluar untuk saya belajar. Sampai lah ke tahap ini. Macam yang ibu,ayah dan jugak awak pesan. Insya Allah. Saya sayang awak sebab awak lah kawan dunia dan akhirat saya. Tolong pimpin saya untuk menjadi lebih baik. Saya tau saya boleh percaya kan awak. Walau jauh ke depan mana saya pergi, saya masih takut kan api milikNya. Pimpin saya ya awak?

Okey, saya tau awak tak mampu baca. Sebab awak kan tak de internet connection sekarang! HAHAHA. oklah awak. Semoga berjaya. Awak berjaya saya gembira. SEBAB...awak kawan saya mmg saya tak kan lupa kan walau sesaat. :)

Tapi..

saya menyayangi awak kerana pegangan awak. Dan saya juga menyayangi awak kerana agama awak. Saya tau awak berbeza dari yang dulu. Kerana kesabaran awak saya menyayangi awak. :)

Bila pergi jauh-jauh. Jangan tinggalkan saya. Time temuduga untuk semakin jauh dari saya dah dekat. Tolong jangan ingat kan saya. :'( I want what u have. Eagerly. Harapnya, saya juga mampu diberi rezeki tersebut. Insya Allah.

AGAIN. TAHNIAH! s

p/s: saya cemburu kan kejayaan awak.

Selamat Malam.!
0805 pm. I love u mom!

Saturday, February 26, 2011

marble n horrible?

salam n gud morning.

boleh xtolong faham saya? tolong la faham..boleh x eh?
kalau saya cakap saya taknak maksudnya saya nak. kalau saya betul cakap saya nak mmg lah saya akan nak. kenapa tinggalkan saya? penat la mcm ni punya game.! dah cukup tanam baik-baik dah. kalau xjaga terus mati . adoi3 farmville! (kau menjadi kegilaan ku! ) hahahah..

nitey! is not happy.

dawn is yawn.

assalamualaikum..


sebelum saya perlu ke sana esok dan merealease kan tensyen puas2. saya perlu lah harus siapkan sikit bacaan kes ni okeyyy.. tapi sorg2 saja lahh! tiada siapa mau teman meh. kenapa kah? biasa la kot kalau hidup single mingle ni kan. sob sob sob.. sabar sajalah limah.;) (kalau ada anak toke minyak yang datang pinang kau terima saja sambil senyum2 kambing ye! sbb pasni xya berendam air mata peruk kan hati kau yg selalu nak terkecik-kecik tu)hahahha..

okey-okey kembali serius nih. saje tgn menaip hilangkan kuciwa hilangkan segala bagai rase yg bersarang. persetankan semua nya! (wah bahasa agak kejam sikit kan) huahuahua..

baiklah. announcement ni! mokcik mokcik pokcik pokcik semua mari sini semua saya si wanita dan gadis melayu terakhir ni mahu bagi job baik pada makcik pokcik semua!hahaha.. kalau rasa ada anak dara yang mau kawin, meh saya kasik kan tolong adjust jodoh untuk anak anda! ye begini. saya ada sorang kawan. beliau sangat baik sangat-sangat okey.. meletup 5 bintang punya lah sifat terpuji yang dia ada! tambah muka pulak mokcik pokcik jangan risau sangat. comfirm dapat cucu comel-comel belaka. so boleh sini saya tolong kasik edar kan borang. heheh.. msti tnya-tnya dan sambil garu kepala kan kan kan. apa kejadah la si pateha ni nk adjust kan kawan kau tu pada anak ktorang? ye laaa... org yang baik haruslah jodoh baikk jugak mokcik oi oi!

hmm. alkisah nnti lah sampai si tu dulu.. saya perlu sambung layan hati ni. eh layan hati ke? silap-silap. perlu sambung study KOT. ngeh3.. selamat malam semua. kembali jumpa bila saya ni free2 ye!

/ saya perlukan dia. tapi buat masa ni. biarlah semua berjalan sendiri. if fix is become more worst, then till i just wait. gud nite babe.

*1.47am.

Friday, February 25, 2011

kembali pulang.

assalamualaikum.. dan selamat petang.

kalau saya xde readers pun sy xape. tapi yg penting saya masih ada awak si dindig comel. lama xmenjenguk lama juga x menconteng. ok itu xjadi masalah. :p

utk memulakan semula, dah jadi macam benda yang asing. tapi pun xapa juga kan? sbb ini dinding saya, punya suka saya lah! hehehhe..

nanti selepas semua selesai akan mula menulis lagi. sebab masih banyak benda yang tertunggak. bye2 si dinding comot!

Till then, wassalam. ;)

Tuesday, August 31, 2010

assalamualaikum..

Selamat petang dan selamat baik2 semuanya..

Petang ni P.dc xtau lah nk bwt ape.
Hai sgt boring.. sgt tertekan..dan sgt bosan..

Sebabnya:

yg pertama: P.dc xdpt balik cuti2 ni.
yg kedua: Whuaa.. semalam xda kelas.
yg ketiga: campur hari ni dan campur semalam punya cuti. sepatutnya boleh kat rumah ni tido dan berbuka puasa dgn family!
yg kempat: P.dc risau sebenarnye ni, assigment xsipa2 lagi.
nak hantar minggu ni pulak tu..
yg kelima: minggu ni ari JUMAAT, ada midterm untuk Undang-undang Tort. Adoi..
Nasib baiklah teori je ..
yg keenam: Laptop P.dc bermasalah ni! Apa daa~ Risau jugak kalau2 software dan ape segala barainye ntah2 made in china kot? hahaha.. nasiblah labu..;p

Ok nextnye, yg bwt P.dc mmg susah hati sgt2 ni sebab study lah kot..

Asgmnt,Presentation,Kuiz,Midterm.... Oh Tuhan..kalau xkuat ni, dah rebah agaknya jatuh macam nangka busuk.

Takpe2, P.c try elesaikan satu persatu2. Agaknya kan, ni lah ujian Tuhan ek di tahun2 akhir belajar ni mcm2 dugaan yg diturunkan.

Pengalaman nti bila dah habis belajar kot. Hehehe..

Yg penting, P.dc mau cepat2 abis minggu ni! Setle kan dgn midterm dan submit Undang2 Keterangan. Kemudian..Kemudian.Kemudian...Nak cuti! Hoiye!Hoiye! RAYA~

Hehehe..okelah P.dc mau berehat sekejap..kemudian mahu bercinta dgn incik Tort! Kikiki..

Ibid// Kepada yg pg pasar ramadhan tu, hati2 memandu. Sy mahu hidup dgn awk tau.. heheh.. Bye2!

Wasalam.

Tuesday, August 24, 2010

S A B A R

Assalamualaikum..

Sebelum mata jauh melayang, baik lah kejap P.dc pun layankan rentak jari jemari ni.

Hehehe. kepada yang berkenaan, maaf ye izinkan beta mencurik sedikit masa emas yang ada ni untuk bermanja dgn si dinding comot. ;)

Esok kelas pukul 8 pagi. Alaai. masih sangat awal ni kot pukul 1 pagi nak tido dah. Keh3.. So marilah kita semua berfoya-foya sebentar dengan nota-nota cinta yang ada ni oke.

Xtau pun sebenarnya nk bermadah pujangga apa malam-malam camni. Nak mengadu nasib. Haii labu, rilexlah! Masih ada time yg banyak untuk perbaiki apa yang kurang.

Masih ada ruang untuk mengisi ape yang terluang.
Masih wujud peluang untuk memiliki apa yang terbuang.

"O.o"


Kesimpulan? Mari berusaha ! sambil teruskan tersenyum. Jangan dibuang sedikit senyuman hanya kerana sedikit 'gurauan kasar' dari pihak-pihak yang terbabit. :)thanx peeps!

Gila! A Big salutation kat hadirin yang wujud dengan niat untuk mencatas kejayaan orang lain. ;p hihihihi.. anyhow is it happen, i wish guys we will endure our scrol with a huge of smile. n Say Cheese....:)))))


Baiklah, marilah semua tido dan sebelum melelapkan mata, kita berdoa moga esok hari masih ada dan masih wujud ruang untuk mencari kekurangan diri.

Lailan Saleemm~~

Nota kaki: Ini adalah nota bertaip yg tidak memerlukan eksperesi wajah bagi menzahirkan amukan emosi yang wujud. P.dc membaca ia dengan penuh SENYUMAN. oleh itu bersedekahlah anada semua dengan cara yang paling mudah. SENYUM.;)

Wednesday, August 18, 2010

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..
Hari ni pemilik dinding xdapat pergi ke kelas sebab mengalami demam panas yang teramat.Segala perancangan tergendala bila demam ni.. Banyak kuliah dan tutorial yang terpaksa ‘diponteng’ kan. Haii labu, nasib lah semester ni banyak pulak dugaan yang datang bertimpa-timpa. Dengan aktiviti Majlis Perwakilan Mahasiswa nya lagi yang selalu sangat cut masa untuk masuk kelas. Manalah ibu xbising. ;) Hihihi.. xpe bu xpe. Nanti pemilik dinding comot(P.dc) ni cuba untuk struggle dan buktikan pada semua yang sebenarnya tugas Setiausaha MPM ni bagi lagi banyak mendapat redha dariNya kalau kita buat kerja dgn ikhlas dan kerana Allah. Wee~
Mungkin jugak demam ni kan sebagai kaffarah dosa-dosa lalu. Oleh itu, terima saja lah dengan hati yang terbuka oke. Dan Allah sebenarnya sedang menguji keimanan hambaNya lagi-lagi di bulan Ramadhan bulan Barakah ni. ;)

Haa lupa P.dc nak berkongsi tips mengenai kehebatan atas apa juga sumber pertolongan yang Allah turunkan. Sebenarnya P.dc sendiri macam rasa sgt ajaib. Kenapa cepat sangat demam ni kebah? Yelahkan kalau ikutkan kepada akal manusia yang normal, system badan manusia bila dah hang, dah jatuh sakit mesti lah kena amik masa untuk pulihkan semula kan? Ibarat mesin yang beroperasi sentiasa, sekali bila rosak mesti punya amik masa untuk baik pulih dan berfungsi macam sediakala. Ha macantulah jugak tubuh badan manusia.

So, apa yang P.dc nk ckpkn kat sini. Sepanjang P.dc terbaring dan xlarat untuk bangun waima nak solat sekalipun, P.dc amalkan baca selawat syifaa’. Xkisahla time tu kepala nak berpusing 365’ sekalipun. Dan Alhamdulliah. Time P.dc nak turun tunggu van nak ke Hospital Terendak time tu, tiba-tiba P.dc rasa mcm dah diberikan kekuatan oleh Allah untuk rasa cergas sikit berbanding dengan hari semalam nya.

Takjub betul. Tapi xlah terus baik demam tu kan. Cuma diringankan sedikit kesakitan P.dc. Dan mungkin jugak berkat doa-doa insan sekeliling yang masih menyayangi diri P.dc. Terutamanya Ibu dengan ayah. Dan juga Mr X, Anita Zuraina, Nadiah, Pika dan Kak wan. Roomate yang lain pun sama! Thanx pada korang yang prihatin dengan masalah jiran sekeliling. Heheh.. Kesian diorang sampai tak tido malam dibuatnya.
Sehinggakan ke saat ini, P.dc sangat2 bersyukur dengan rezeki yang Allah dah berikan dan masih sempat lagi P.dc bernafas menghirup udara milikNya. Mendengar suara ibu dan ayah. Dan masih mampu mellihat nota-nota yang diberikan oleh pensyarah. Kalau sempat ni, dapat lah P.dc merasai kenikmatan berbuka puasa bersama kawan2..;p Ameen Ya Rabbal Alameen. Alhamdullilah.

Ni P.dc sertakan dengan selawat Syifaa’ nya ok. Tapi ingat! kita bergantung kepada Allah. Bukan kepada ayat. Sebab yang mengkabulkan apa juga permintaan kita adalah Allah. Ayat hanya sebagai medium penghubung antara kita dan pemilk kita. Moga kita sentiasa berada di bawah lembayung RahmatNya.







Moga bertemu di lain dinding!
Selamat berbuka puasa~ ;p