.....hadapi dgn senyuman. semua yg terjadi biar sahaja terjadi. hadapi dgn jiwa tenang. semua, kan baik2 sahaja. bila ketetapan Tuhan. sudah ditetapkan, tetaplah sudah.....
Friday, October 9, 2009
::Dia idamanku::
Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetujuuntuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing- masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Sehingga suatu hari, si jejaka d ipanggil oleh bala tenterauntuk pergi ke medan perang.Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku." Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian... Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan.Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.
Tiba-tiba..si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi rodasambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agakterkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihatke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada sigadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untukmakan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi.Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina...
Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...
May all the love in the world comes to you & your loved ones after reading this. Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia ini????Menerima seadanya...dgn hati yg tulus dan ikhlas......... fikir2kanlah..
::I feel guudd~::
kembali bertemu di contengan yg seterusnya..setelah dua hari sy tidur lewat..hari ni dpt pulang ke pangkuan tersayang! hooreyy! ceritanya bermula apabila sy ditugaskan utk menyiapkan asgmnt csc 1012..*last minutes work* hari isnin ni, sy perlu submit dan sekaligus present pd cik yus..bersama kwn2 terhebat di alam maya ni, iaitu cidak, ika dan nita sekalung penghargaan pd korg sbb berjaya menjadikan mata anda2 semua bengkak seperti di gigit semut hitam.. kesian pada kami semua bukan..heheh..
2 malam berturut2 sy tidur pada pukul 4 pagi..dan bgn keesokan harinya pada pukul 6.30 pg juga..ehem..kepala terus menjadi beku..mungkin adrenalin xdpt menembusi ruang dinding oblogata ku kot..dan bersedia mengadap paper utk midterm undang-undang syarikat..apa yg telah dijawab?tidak tahu....kerana begitu bnyk juga fakta kes yg mana nama nya agak berbelit..sekadar contoh..
- Macaura lwn. Northen Assurance Co. Ltd (1925) AS615
- Hotel Jaya Puri Berhad lwn National Union of Hotel, Bar and Restaurant Workers (1980)
- Hawkesbury Development Co. Ltd lwn. Landmark Finance (1969)
dan lalu..ini lah keletihan yg sy ingin zahirkan di rumah..berehat dan bersantai..mungkin akan kt bertemu di lain contengan..
papai..
Sunday, October 4, 2009
..tempat sy selalu bermain2..
Saturday, October 3, 2009
::Its Red!::
apa perasaan korg bila korag rasa ditipu?hidup2 la kn..xkn nk tipu time da bersoal jawab kat nun di bwh tanah tu..hehhe..sangat sakit hati dan sangat tidak selesa bukan?tulah...betul kata kwn sy..hati tu allah bg sekeping...untuk kita kongsi dgn org yg kt sayang..kt cinta..
tp, bukanlah maksudnya bila org yg disayangi je msti couple..oh..bukan lahh...boleh masuk juga kwn yg paling rapat...famly yg paling dikasihi atau sapa2 je yg boleh dikongsi rasa kasih dan sayang kita..
Kadang2 kita minta pada allah supaya bg bunga yg cantik, mekar dan segar berkembang..
tp allah bg pula kaktus..yg tajam dan melukakan jari..
kadang kita minta lg pada allah supaya bg rama2 yg indah, terbang bebas dan berwarna warni..
tp allah bg kita ulat beluncas, yg kecik dan kdg2 mngelikan mata kasar yg melihat..
sabar,,,jgn lah merungut...tu semua kan akan memberi 1000 kebaikan di hari akan dtg..allah tahu apa yg di jadikan utk hambanya...(^^,)
Hati yg bersih..hati yg suci...jagalah ia..jgn mudah kita serahkan 100% kpd mana-mana org yg layak utk mdpt kasih dan syg kita..sbb..bila terjadi sesuatu, hati ni juga lah yg perlu kita rawat..sendiri pula tu..bulan dgn manusia yg menghancurkan hati kita..kan?oleh itu..berhati2 hati dlm memberi hati kita kpd manusia yg layak mndptkn hati ini..suci dan bersih..hanya utk hati yg suci dan bersih juga..!!
bye then~
::Beautiful Liar?!
Ada satu cerita yg nk dikongsikan bersama..
sy ada sorg kwn baik..
semenjak kecik lg ktorg sama2 mmbesar..
dan kami mmbsr sbgai sorg teman yg pling akrab..
raya yg lepas kami sempat berjumpa sebelum dia pulang belajar di Okinawa..
ini kisah cerita cinta kami ank remaja..
*sapa2 yg xberminat xpyh baca*
heheh..
ikutilah kisah seterusnya........
Perjalanan cinta mereka..
ibarat lela dan majnun..
romeo dan juliet..
2 hati menjadi satu..
semua yg dilalui indah2 belaka..
bersama ke sana dan ke sini..
tp batas pergaulan masih di jaga...
Satu hari...
sesutu terjadi dlm hgbn mereka..
ye..perkara normal dlm bercinta..
hbgn yg kecil menjadi parah...
dlm tempoh seminggu..
kwn sy (hati) membawa diri..
2,3 hari berlalu...
kekasihnya (jantung) xputus2 memujuk..
masuk hari yg seterusnya..
jantung diam membisu..
mmbwtkan hati tertanya2..
*kalau korg yg gurl ni problem dgn bf pun mst sama gk kn*
pastu around 2 weeks after..
hbgn diorg berjln seperti biasa..
tu pun disbbkn hati mencari jantungnya..
*perempuan mmg lembut hati*
*bg lelaki yg xreti menghargai cinta yg suci, keluar dan cari perempuan lain yg sama mcm korg*
Tiba-tiba..
one day coming..
jantung terbuka cerita...
ada wanita lain yg cuba merampas kedudukan hati dlm hidupnya..
tnpa bertanya bg mndptkan kpstian, hati mmbwt kesimpulan sendiri..
bahawa...
Jantung berlaku curang di belakangnya..
jantung cuba mencari kebahagian sendiri sewaktu hbgn mereka bermasalah..
hati yg kecewa kerana rasa dipermainkan...
membawa diri...
jauh....
dan lama....
dn hati mngambil keputusan...
Jantung mungkin memerlukan wanita lain....
lalu dgn perlahan2..
hati yg kecewa bercinta..
mngundurkan diri..
walau susah utk ditelan..
walau perit utk dilalui..
kehidupan hati kembali seorang...
dan jantung..
langsung tidak mencari hatinya kembali.......
Persoalannya:Adakah tepat keputusan mereka??
::Pay Back Time::
Banyak yg dah berlaku..
Monday, September 28, 2009
::AnDai AdA CiNtA....::
Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti. Itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sakit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang….
1-KUAT AGAMANYA.
Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
2-BAIK AKHLAKNYA.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-unsur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada keluarga begitu ketara.
3-TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, disko, pub dan bar?
4-AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan uwang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikonsi bersama mereka yang berhak.
6-TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
7-TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.
8-RAKAN PERGAULANNYA.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
9-BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk ibu bapa dan keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.